021

927 114 4
                                    

Mereka berdua sampai ke pejabat mereka lima minit sebelum waktu rehat mereka tamat. Nasib Jaemin tidak melewatkan lagi perjalanan mereka. Sebaik Jihae kembali duduk di tempat duduknya, Hyejin tidak berhenti tersengih melihat Jihae. Jihae tidak tahu apa yang Hyejin mahukan dari dia lalu dia abaikan sahaja Hyejin.

" So, korang dua pergi makan mana? " Soal Hyejin dengan penuh antisipasi.

" Kedai biasa ja. " Balas Jihae. Hyejin tidak berhenti tanya dia macam-macam kerana dia mahu tahu apa yang telah berlaku antara mereka berdua walaupun Jihae kata tiada apa-apa yang penting berlaku.

Kemudian, datang salah seorang pekerja mereka dan meletak satu timbunan kertas kerja atas meja Jihae. Kedua-dua Jihae dan Hyejin pandang siapakah beliau dan Hyejin terus menyerling siapakah orang itu.

" Nah, kerja baru kau. " Ujar seorang laki yang bernama Kang Sungho. Dia merupakan penyelia Jihae dan Hyejin dan dia akan laporkan kepada mereka jika ada apa-apa maklumat baharu. Tetapi, sejak Jaemin menjadi bos mereka, perangai Sungho tidak bagus, terutamanya terhadap Jihae.

" Nampak seronok ja kau, Jihae. " Ujar Sungho sambil menjeling matanya dia kepada Jihae seperti dia tidak puas hati. Hyejin perasan akan jelingan Sungho yang membuatnya mengeluh dengan tidak puas hati.

Hyejin sedar akan Jihoon yang sering berbuat jahat dengan Jihae seperti memaksa Jihae siapkan kerja dia apabila ia masa untuk Jihae balik atau menyuruh Jihae lakukan banyak kerja dan siapkan semua itu sebelum dia balik.

" Ada apa-apa kah, Encik Kang? " Soal Jihae dengan peramah. Jihae tidak perasan akan cara Sungho melayan dia ialah jahat sejak ini kerana Jihae pun terasa dia patut mendapat layanan sebegitu. Bukan sebab dia pernah lakukan yang sama kepada Sungho tetapi disebabkan Sungho mempunyai pangkat yang lebih tinggi dari dia, terpaksa juga dia layan.

" Ya, siapkan semua laporan ni sebelum balik. Aku nak semua ni atas meja aku sebelum kau balik. " Sungho berikan tiga fail laporan kepada JIhae. Jihae ambil fail-fail tersebut dan ikut sahaja arahan dia. Terpaksa dia kena balik lewat hari ini.

Selepas Sungho pergi, Jihae pula mengeluh perlahan. Dia pun tabah sahaja dengan apa dia terima.

" Jihae, kau kena lapor kat bos kalau dia asyik anggap kau macam kuli. Dia ada tangan, bukan nak siapkan sendiri laporan ni semua.. " Kata Hyejin yang cuba untuk bantu Jihae tentang cara layanan Sungho terhadap dia. Kalau Hyejin di bawah kasut Jihae, sudah lama dia lapor pada Jaemin.

" It's okay, unnie. Saya dah tak larat nak layan perangai budak-budak Encik Kang. Lagipun, saya ada perkara lagi penting daripada Encik Kang. " Jihae berkata sambil membuka setiap fail yang diterima itu. Hyejin berasa sedih kepada Jihae, mahu sahaja dia bantu tetapi dia tidak mahu susahkan Jihae.

Sepanjang dua wanita itu sedang berbicara, Jeno yang tidak berjauhan tapi nampak mereka berdua itu perasan akan cara Encik Kang layan Jihae. Dia terasa kesian kepada Jihae juga, seperti Hyejin.

Jeno mengetuk pintu pejabat Jaemin sebelum dia dibenarkan masuk. Ternyata Jaemin sedang menulis sesuatu dalam buku notanya. Jeno laporkan jadual Jaemin pada petang tersebut. Dia mempunyai perjumpaan dengan syarikat Lee pada pukul 3 petang.

" Okay, nanti sebelum pukul 3, panggil saya. Kita pergi sama-sama. " Jawab Jaemin, matanya tidak lekang dari buku nota dia. Jeno mengangguk kepalanya dan sebelum dia keluar, Jeno teringat akan apa yang telah berlaku antara Encik Kang dan Jihae lalu dia naikkan topik tersebut kepada Jaemin.

" Jaemin, aku nak cakap dengan kau sekejap. " Ujar Jeno, tidak panggil Jaemin secara formal.

" Kalau sebab makan malam, malam nanti aku masak. " Ujar Jaemin, mata tidak pandang Jeno kerana sibuk menulis lagi.

" Bukan tu tapi pasal Jihae. " Jaemin berhenti menulis apabila nama Jihae disebut oleh Jeno. Perhatian Jaemin terus tertumpu pada Jeno.

" Aku tak tau kau sedar atau tak tapi Encik Kang tak pernah layan Jihae dengan baik. Setiap kali ada kerja baru aku bagi pada Encik Kang, dia bagi Jihae suruh siapkan padahal Jihae ada kerja lain nak kena uruskan. " Jeno teruskan dengan penyataan dia.

" Entah lah benda ni penting untuk kau atau tidak tapi aku rasa kesian kat Jihae sebab kena layanan teruk dari rakan sekerja dia. " Kata Jeno, rasa simpati pada Jihae semakin berkembang apabila dia ingatkan balik bagaimana Encik Choi pernah lempar pada Jihae fail pada muka Jihae.

" Sejak bila benda ni berlaku? " Soal Jaemin pula.

" Sejak kau dengan aku mula kerja sini? Dah lama lah tapi semakin lama, semakin teruk jadinya. " Jawab Jeno. Jaemin angguk kepalanya dan faham akan situasi tersebut. Ini samada cara Encik Kang layan orang lain sebegitu atau dia memang tidak suka pada Jihae. 

.
.
.

t b c

ara's note

untuk upcoming chap akan dtng lepas chap ni, akan ambil lama untuk update maka, harap korang boleh tunggu untuk update tu ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now