048

365 74 2
                                    

Beberapa minggu telahpun berlalu dan semua orang telah ketahui akan berita anak perempuan Jihae kerana Hyejin hebarkan pada semua orang yang telah menyebabkan semua orang memberikan hadiah atas sambutan anak perempuannya itu. 

"Terima kasih semua, korang ni baik sangatlah bagi hadiah banyak-banyak ni." Jihae ujar apabila melihat banyak-banyak hadiah yang dia terima oleh rakan-rakan sekerja dia. 

"Jangan risau, unnie. Ni tanda terima kasih kami pada unnie sebab selalu bantu kami bila dalam masalah." Kata salah seorang pekerja wanita.

"Betul, kami tak boleh function betul kalau Jihae tiada." Balas seorang lagi pekerja laki yang lebih tua dari Jihae. Jihae mampu menerima semua kata-kata pujian dan juga hadiah yang telah mereka berikan. 

"Baiklah semua, kembali ke tempat kerja masing-masing. Jangan berlengah-lengah sangat, kerja banyak nak kena siap." Jeno tiba-tiba datang untuk bersuraikan mereka yang telah berkumpul di tempat duduk Jihae. 

"Thanks, Jeno." Jihae membalas dalam diam pada Jeno manakala Jeno membalas dengan senyuman manis dia. 

"Ya, Jeno. Ada apa yang saya boleh bantu?" Dengan itu, mereka semua kembali kerja seperti biasa semula. 

Jihae yang begitu rendah diri mampu bergembira riang di dalam. Begitu ramai orang yang kisah padanya hingga ke tahap begini. Sesungguhnya dia hidup di syurga. Tetapi syurga dia tidak akan kekal selamanya. 

;;; 

Hari Krismas semakin dekat, menandakan mereka yang menyambut sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan tersebut. 

Dua hari sebelum Krismas, Renjun dan Jihae sedang membeli-belah akan barang-barang yang harus disediakan. Ternyata, Dreamies bercadangkan untuk adakan parti Krismas dikalangan mereka dan semestinya Renjun dan Jihae terlibat juga dalam hal ini. Oleh itu, mereka sedang membeli-belah barang untuk parti tersebut. 

"Rasanya diorang nak makan tak salad?" Soal Jihae yang sedang memegang sekotak sayur-sayuran dalam tangannya. 

"Mungkin, mana tahu diorang nak." Renjun balas dan Jihae meletak beberapa sayur-sayuran dalam troli mereka. 

Sedang Jihae memeriksa barang-barang yang telah dia pilih di dalam troli dia, Jihae terasa belakangnya dilanggar dengan troli lain maka, Jihae periksa dan terjumpa Jeno dan Jaemin di pasaraya tersebut. 

"Oh, hi Jihae!" Jeno memulakan perbualan mereka. Jihae tersenyum apabila terjumpa mereka berdua. Jaemin dan Renjun turut juga mengucapkan hai mereka pada satu sama lain. 

Mereka berborak untuk sementara akan apa yang mereka akan masak untuk parti mereka dan sebagainya, Renjun dan Jaemin menjadi pendengar untuk perbualan mereka sahaja. 

"Oh, salad! Bagus juga tu, Jeno sesuai lah makan salad sebab asyik makan benda yang tak berkhasiat je selalu." Jaemin komen tiba-tiba yang membuat Jeno menamparkan di bahu kerana mendedahkan informasi yang tidak patut dikongsi manakala Renjun dan Jihae tertawa akan interaksi mereka. 

"So, apa hadiah aku untuk tahun ni, Jihae? Aku mengharapkan sesuatu yang bagus...?" Jeno tertanya akan hadiah apa akan Jihae berikan pada Jeno. Apakah Krismas tanpa hadiah kan...

"Hmmmm....kasih sayang dari aku pada kau?" Jihae membalas yang membuat Jeno terkejut akan hadiah Jihae yang bukannya barang fizikal. 

"Hahahah! Ada lah, nanti aku bagi. Mana boleh bagitau." Jihae berkata. 

"Aku pula macam mana?" Jaemin mencelah masuk dalam perbualan mereka dan Jihae membuat muka berfikir untuk sementara sebelum dia menjawab. 

"Aku dah kerja bawah kau, itu bukan dikira hadiah ke?" Jihae berkata yang terbuat Jeno dan Renjun terkejut akan kata-kata atau serangan dari Jihae. 

"Haha, lawak. Buat lagi nanti kau kena pecat." Jaemin membalas sambil tersenyum tapi mereka tahu itu senyuman maut. 

"Haha! Melawak je, jangan risau. Semua orang akan dapat hadiah dari one and only Jihae, okay?" Jihae berkata sambil menepuk bahunya dengan bangga atas apa yang dia kata. 

"Renjun dah dapat hadiah paling lumayan dari Jihae." Jeno ujar, menunjukkan hadiah lumayan itu adalah anak perempuan mereka dan Renjun membalas dengan senyuman, ketahui apa yang dimaksudkan Jeno. 

Jaemin melihat dan mendengar sahaja perbualan mereka dengan senyuman pada bibirnya. Jaemin terfikir bagaimana Renjun mampu menahan dan melalui kesakitan ini dimana dia ketahui bahawa dia tak boleh bersama dengan kekasihnya selamanya. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! chap kalini agak bosan sikit sbb dah taktau nak taip apa dah and harap korang enjoy chap kali ni <3 also kalau korang nk baca ff renjun aku yg baru, go check it out at my acc. aku published chapter 1 dah btw ^^ anyways have a nice day everyone and stay safe 🥰

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now