051

392 77 6
                                    

Parti tersebut bersambung semula dengan sesi memberi hadiah. Semua orang menerima hadiah yang diterima oleh semua orang dengan hati terbuka walaupun hadiah itu bukan apa yang mereka sangkakan. 

"Ah hyung... apa ni..." Jisung tersentuh hati yang Haechan telah hadiahkan dia kasut menari yang baharu. Disebabkan kasut menari dia yang selalu dia pakai tapaknya makin rosak, dia suka akan hadiah yang Haechan hadiahkan.

"Hyung faham keadaan Jisung sekarang, I was there too before jadi kita sebagai penari kena ada spare kasut menari, in case apa-apa berlaku." Haechan yang menjadi jurulatih menari di tempat kerja dia, dia memahami perasaan Jisung yang kini berada di peringkat akhir dalam jurusan tarian di univesitinya. 

"Thanks hyung.." Jisung membalas dan terus menutup mukanya daripada dinampak oleh ramai kerana dia menangis, membuat yang lain 'awww' kan dia kerana kecomelannya. 

Mereka meneruskan lagi sesi memberi hadiah kepada sesama sendiri. Semua orang gembira dengan hadiah apa yang diberikan pada mereka dan kebanyakkan hadiah yang Jihae diterima adalah barang-barang untuk anaknya.

Selepas sesi tersebut, mereka luangkan masa bersama dengan bermain beberapa permainan sesama sendiri, berborak tentang kehidupan mereka dan sebagainya. Disebabkan ia malam Krismas, mereka tidak perlu risau tentang pekerjaan atau kelas mereka pada keesokan harinya. 

Haechan, Jisung dan Jeno sedang berborak sesama sendiri dan entah kenapa mereka mula membuat pertandingan menari sesama sendiri dengan Jeno menjadi juri. Mark dan Chenle menjadi penonton mereka manakala Jihae dengan wanita yang merupakan teman wanita Chenle yang dinama sebagai Jiheon sembang berkenaan apa yang mereka mampu boleh buat topik. 

Jaemin berada di balkoni di sebuah bilik di rumah Chenle dan sedang menikmati suasana salji di musim sejuk itu. Nafas yang dihembus keluar dari bibirnya itu terbentuk menjadi kabus di suasana itu. 

"Tak join yang lain ke, Jaemin?" Suara Renjun tiba-tiba menjemput Jaemin yang sedang menikmati permandangan itu. 

"Tak pe lah. Aku just nak duduk sini kejap." Jaemin jawab. Renjun yang baru lepas keluar dari tandas itu memutuskan untuk sertai Jaemin walaupun sejuk tapi dia rasa masa ini dia boleh bercakap dengan Jaemin. 

"So....lagi tiga bulan Jihae nak beranak dah." Jaemin memulakan perbualan mereka dan Renjun angguk kepalanya. 

"Kau ada buat persiapan tak?" Jaemin soal dan Renjun faham akan apa yang dimaksudkan persiapan itu. Renjun menghelakan nafas sebelum dia menjawab.

"Apa lagi yang aku harus siapkan? Aku cuma nak tengok Jihae happy je, itu ja penting." Renjun menjawab, kedua-dua tangannya dicengkam untuk mendapat haba dari badannya. 

"Tapi kau pula? Kau happy ke sekarang?" Jaemin soal lagi. 

"Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi keutamaan aku ialah Jihae dan kegembiraan dia." Renjun jawab. Sebanyak mana Jaemin nak bantu kawan dia tapi apa dayanya untuk memaksa kawan dia kan...

"Aku dah buat janji kau dulu. Jagakan dia untuk kau. Dan kali ni, kau pula ambil alih untuk jagakan dia untuk aku. Kau rasa kau boleh buat untuk aku?" 

Mengenangkan kenangan lama itu telah buat Jaemin fikir betapa dia terhutang budi pada Renjun kerana jaga Jihae tapi setelah bertahun berlalu, dia rasa betapa beratnya tugas yang Renjun akan serahkan padanya nanti. 

Jaemin dengan perlahan, angguk kepalanya walaupun dia rasa bersalah untuk ambil tugasan itu. Tapi demi Renjun, dia sanggup buat apa-apa sahaja. 

"And...nanti bagi surat ni dekat Jihae lepas...aku dah tak ada." Renjun hulurkan sekeping sampul surat yang ada nama Jihae pada sampul tersebut. Jaemin ambil surat itu tanpa was-was. 

"Aku...nak cakap something. Boleh tak?" Jaemin pula hendak bercakap. Renjun mengangguk kepalanya, memberi kebenaran pada Jaemin untuk bercakap. 

"Aku...layak ke untuk jaga Jihae...lepas apa yang dah berlaku sebelum ni..?" Jaemin yang teringat akan perkara dahulu itu, menjadi risau jika dia layak untuk menerima tugas yang seberat ini. 

"Semestinya, Jaemin. Kau dengan aku sahaja tahu bagaimana Jihae ni, termasuk dengan mak dia. Kita dua lah yang mampu jaga dia, tolong dia dan juga iring dia. Kalau aku tiada, kau ada. Kalau kau tak ada, aku ada." Jaemin masih kelihatan risau jika Jihae tidak terima dia. 

"Tak perlu risau, Jaemin. Dia dah berubah, Jihae dulu dah tak wujud. Dia dah menjadi orang yang baharu, macam kau. Jihae selalu kata yang kau dah berubah sangat. Aku percaya yang kau layak jaga dia." Renjun memberikan kata-kata semangat pada Jaemin agar dia tidak perlu risau akan masa depannya dengan menjaga Jihae. 

Walaupun Jaemin kurang keyakinan dalam menjaga orang dalam kehidupan dia tetapi dia akan cuba yang terbaik dia untuk menjaga Jihae, demi Renjun. 

Renjun menghulurkan tangan dia pada Jaemin untuk memastikan Jaemin akan berjanji dengan dia agar dia akan jaga Jihae dan Jaemin berjabat tangan Renjun, menerima cabaran untuk jaga Jihae untuk dia. 

"Ini Dare aku untuk kau, tapi kali ni, bukan tiga bulan tapi seumur hidup kau." 

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! happy august dan juga happy girlfriend day! eventho aku tiada partner untuk terima ucapakan ni jadi aku ucapkan untuk korang! ^^ btw, lepas chap ni, akan ada banyak menangis etc but aku satisfied dengan chap ni like srsly suka >< anyways, harap korang enjoy chap ni <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now