008

1.2K 150 11
                                    

Hari Isnin tiba dan Renjun dan Jihae pergi ke kerja mereka seperti biasa. Masuk papa pukul 8 pagi dan balik pada pukul 5 petang.

Jihae berbincang dengan Renjun tentang dia mahu pergi bercuti bersama dengannya dan Renjun balas...

" Okay, rasanya pergi holiday boleh bagi minda kita tenang sikit untuk buat tu. Nanti Injoon tanya boss Injoon nak ambil cuti. "

Setelah Jihae mendapat persetujuan dari Renjun, Jihae bercadang untuk meminta cuti pada keesokan harinya di kerja. Jihae sedang membuat kerjanya dan sedang memikirkan tentang bagaimana hendak dia minta cuti dari bos dia a.k.a Jaemin.

" Pergi saja minta, dia takkan marah lah. " Kata Hyejin kepada Jihae yang kelihatan gementar itu.

Jihae kumpul semua keberanian dia dan berjalan pergi ke pejabat Jaemin. Jihae melihat pejabat Jaemin melalui kaca pada pintu dia dan kemudian, Jeno yang berdekatan dengan pejabat Jaemin itu bertanya kepada Jihae.

" Jihae, nak jumpa bos kah? " Jihae angguk kepalanya perlahan dan Jeno bercakap pada telefon yang bersambung dengan telefon Jaemin.

" Jihae boleh masuk. " Jeno berkata sambil tersenyum kepada Jihae. Jihae dengan tergesa-gesa masuk ke dalam pejabat Jaemin. Kelihatan Jaemin nampak sibuk dengan kerja kertas dia.

" Yea Jihae? Awak nak jumpa saya.. " Ujar Jaemin tanpa memandang Jihae kerana sibuk menanda kertas. Jihae tergesa-gesa nak berkata pada Jaemin terbuatnya bermain-main dengan ibu jarinya.

" Tuan, saya nak minta ambil cuti dua minggu. Boleh? " Ujar Jihae dengan perasaan gementar. Jaemin berhenti membuat kerja dia dan terus pandang Jihae.

" Cuti? Untuk? " Jaemin soal dan Jihae beritahu mengapa dia hendak bercuti untuk dua minggu. Jaemin angguk kepalanya apabila Jihae terangkan mengapa dia hendak bercuti.

" Baiklah, demi awak dengan keluarga awak. Isi borang ini kepada saya dan beri pada saya esok. Lepas tu, awak boleh bercuti. " Kata Jaemin sambil memberi borang percutian kepada Jihae.

Jihae dengan mata bersinar itu ambil borang itu dan tunduk hormat kepada Jaemin tanda terima kasih kepadanya. Sebelum Jihae beredar dari pejabat Jaemin, sempat lagi Jaemin berkata...

" Jihae, have fun during holiday awak. " Jihae tersenyum dan lagi sekali, Jihae tunduk kepada Jaemin sebelum keluar dari pejabat Jaemin.

Jeno yang nampak Jihae keluar dari pejabat Jaemin, kelihatan sangat gembira hingga dia terlompat-lompat. Jeno keliru akan mengapa Jihae begitu gembira lalu dia masuk ke pejabat Jaemin untuk bertanya apa telah berlaku.

" Jihae nampak happy sangat. Kau kata apa-apa kah kat dia? " Ujar Jeno apabila dia masuk ke pejabat Jaemin.

" Dia minta cuti so aku bagi lah kat dia. " Balas Jaemin, lagi sekali, tidak memandang siapa yang bertanya kepadanya.

" Oh. Untuk? " Jeno berkata sambil mengambil tempat duduk di depan meja Jaemin.

" Dia nak pergi bercuti dengan Renjun lah tu. Apa lagi... " Jaemin menjawab sambil membaca kertas kerja dia.

" Kau tak terasa..ya know? Sedih yang Jihae pergi bercuti? " Apabila Jeno berkata itu, Jaemin sedar apa yang sebenarnya berlaku.

" Haah lah! Dia bercuti dua minggu maknanya, dia takkan masuk kerja untuk dua minggu! " Kata Jaemin, yang baru sahaja sedar.

" Awww, aku tak dapat jumpa Jihae untuk dua minggu. " Kata Jaemin sambil membuat muka sedih dan membuat Jeno jengkel akan kata-kata Jaemin.

" Dua minggu ja, bukan dua tahun. " Balas Jeno. Jaemin tidak mampu buat apa-apa kecuali bersedih sahaja.

" Yeah! Kita akan pergi bercuti! " Ujar Jihae dengan teruja apabila dapat tahu yang Renjun juga boleh ambil cuti.

" So, kita nak bercuti ke mana? " Kata Renjun yang bersiap sedia untuk sediakan perkara yang diperlukan untuk bercuti.

" Hari tu kita dah pergi Paris so kali ni, jom pergi Canada. " Jawab Jihae dengan riang. Renjun angguk kepalanya dan menaip sesuatu dalam telefonnya.

" Canada boleh since ada banyak tempat yang menarik kita boleh lawat di sana. " Balas Renjun setelah mencari info tentang tempat menarik di Canada.

" Yeah, Canada let's go! " Jerit Jihae dengan teruja. Dengan ini, mereka telah tetapkan tarikh mereka dan lokasi untuk bercuti mereka. It's gonna be blast for both of them.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now