058

423 78 0
                                    

6 bulan kemudian...

"Noona! Haejun muntah lagi!" Jihoon jerit apabila anak saudara dia muntah atasnya apabila didukung dalam dakapannya. Panik sudah budak itu sebaik bayi itu mengeluarkan lagi muntahan dari mulutnya.

Enam bulan sudahpun berlalu dan Jihae menyesuaikan kehidupannya tanpa kehadiran Renjun disebelahya. Ia merupakan perjalanan yang menyakitkan untuknya bahawa suami tercintanya sudahpun tiada tetapi demi janjinya bersama Renjun, dia akan teruskan kehidupannya dengan penuh kegembiraan.

Jihae yang datang dengan kain diberi sebaik sahaja dia menyambut Haejun dalam tangannya. Jihoon ambil kain itu dan lap tangannya yang kotor itu.

"Aigoo Haejun...berapa kali dah muntah ni? Nak kena bawa pergi klinik ni." Jihae berkata dengan penuh kerisauan pada anaknya itu. 

"Kau tak cuba bagi Haejun makan apa-apa pelik kan, Jihoon?" Jihae mula soal pada adiknya itu akan berkenaan Haejun seringkali muntah itu. Jihoon yang sering menjaga Haejun sejak dua menjak itu risau kerana Jihoon kadang kala beri makanan yang tak sepatutnya pada bayi yang baru 6 bulan lahir itu. 

"Ma-mana ada, noona. Haha!" Jihoon menggaru kepalanya dengan gementar sambil tertawa palsu. Jihae yang kenal sangat adiknya, ketahui bahawa Jihoon sedang menipu. Dia ada bagi makan benda bukan-bukan pada Haejun ni...

Kemudian, terdengar bunyi hon kereta di luar rumah mereka. Jihoon pergi periksa siapakah yang telah datang manakala Jihae uruskan keadaan Haejun. 

"Noona, Jaemin hyung dengan Jeno hyung datang!" Jerit Jihoon sebaik dua pemuda itu telah sampai ke rumah mereka, seperti biasa. 

Seperti yang disedia maklum, dua jejaka itu sudah membuat lawatan ke rumah Jihae seperti rutin harian mereka setelah apa yang telah berlaku pada Jihae. Mereka bantu Jihae agar kehidupannya kembali normal seperti biasa tetapi dengan tiada kehadiran Renjun.

"Mana dia anak buah kesayangan Uncle Jeno?" Jeno terjah masuk ke premis rumah Jihae seperti kepunyaan dan menjerit ayat tersebut. Tiada sesiapa kisah akan Jeno kerana mereka sudah terbiasa dengannya.

"Dia tak sihat rasanya...sejak ni asyik muntah je.." Jihoon jawabkan bagi pihak Jihae. Jeno pergi periksa akan keadaan bayi itu yang Jihae sudah letak dalam buaian bayi itu. 

"Alololo, kesiannya dia..." Dengan itu, Jeno sudah tenggelam dalam kecomelan Haejun. Jihoon turut juga sertai Jeno. 

"So, apa kes dengan Haejun? Dia okay tak?" Jaemin soal pada Jihae akan keadaan Haejun.

"Rasanya tak...hari ni dia dah muntah dua kali. Ni mesti Jihoon bagi dia makan something ni..." Jihae kata, masih suspek adiknya punca anaknya asyik muntah.

"Mungkin Hae yang bagi dia makan benda yang tak patut." Jaemin berkata, cuba mempertahankan Jihoon.

"Mana ada. Hae bagi dia apa yang eomma suruhkan tau..Tapi takkan Hae terlepas pandang pula kan..." Jihae mula rasa keraguan kerana dia tidak ingat makanan apa yang dia berikan pada Haejun pada hari itu.

Aksi memikir Jihae itu tercomel di mata Jaemin yang terbuat Jaemin tersenyum dalam diam sambil melihat Jihae memikir itu. Jihae sedar bahawa Jaemin sedang membuat 'muka' itu dan terus berhenti. 

Semenjak ini juga, apa-apa yang Jihae buat, Jaemin sering menunjukkan muka senyum dia dengan hati mata itu pada Jihae. Dan setiap kali Jihae nampak Jaemin sedang buat muka itu, dia tanya Jaemin kenapa dia berair muka sebegitu. 

"Sebab Hae comel sangat." Dan itu jawapan Jaemin setiap kali ditanya. Ia membuat Jihae berbunga hati seketika kerana jarang dia terima pujian sebegitu dari sesiapa, 

Tapi makin lama, makin terjatuh hatinya pada Jaemin semula tetapi juga, kemungkinan Jaemin cuma nak berbaik dengan dia disebabkan itu adalah tugasnya sepanjang menjaga Jihae.

Jihae pun tak fikir lama tentang hal itu dan berbuat baik semula pada Jaemin. 

"Hae dah makan ke hari ni?" Jaemin soal pada Jihae. Sejak itu juga, Jaemin mendapat tahu, daripada Jihoon, bahawa Jihae sering lupa untuk makan disebabkan dia asyik jaga Haejun.

"Dah." Jihae jawab pendek tanpa memandang Jaemin. Dengan aksi ini sahaja Jaemin sudah tahu Jihae tidak makan lagi untuk hari itu. 

Jaemin menghela nafas berat dan mengangkat beg plastik yang dipenuhi dengan ayam goreng yang dia beli bersama Jeno sebelum dia sampai ke rumah Jihae. Mata Jihae terus tertumpu pada makanan yang sedang pegang dan cuba untuk ambil tapi Jaemin elakkan.

"Tadi bukan dah kata dah makan ke..?" Jaemin mengusik Jihae.

"Okay, Nana dah tangkap Hae. Yea, Hae tak makan lagi hari ni. Haejun lah, kejap muntah, lepas tu menangis sebab terjatuh susu dia. Tak sempat Hae nak makan." Akhirnya Jihae mengaku bahawa dia tidak makan lagi pada hari tersebut dan telah buat Jaemin puas dengan jawapan sebenar dia. 

"Macam tu lah, tak payah nak tipu. Kalau lapar, bagitau je. Nanti Nana belikan." Jaemin kata sambil menyerahkan beg plastik itu pada Jihae agar dia dapat hidangkan untuk semua makan sekali. 

Cara Jaemin layan Jihae dan juga berbaik dengannya telah menawan hatinya semula. Jihae tidak pasti apa yang sebenarnya Jaemin sedang lakukan pada hatinya tetapi Jihae pasti yang dia sudah jatuh hati balik pada Na Jaemin.

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! aku kembali dgn chapter baru! mulai chapter ni, dah banyak fast forward since itu yg kalian mahukan jadi, kalian akan dapatkan ^^ dan story ni dah nak habis gak T.T

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now