034

600 93 0
                                    

Malam menjelang dan ternyata semua orang yang terlibat dengan percutian tersebut berada di bilik makan dimana mereka sedang mengadakan makan malam. Semua orang berpakaian normal dan bukan uniform pekerjaan mereka yang merupakan pandangan yang lain untuk mereka menyebabkan mereka seringkali berjumpa di tempat kerja sahaja. 

"Jihae! Duduk dengan kami!" Jerit Hyejin yang telah sampai lebih awal dari Jihae dan terduduk di meja yang dibuka untuk mereka duduk bersama dengan suaminya. Jihae berjalan pergi untuk duduk bersama mereka. 

"Comelnya Jihae when lepas rambut~" Puji Hyejin setelah Jihae melabuhkan punggungnya di kerusi dan Jihae menerima pujian Jihae dengan ikhlas.

"Thanks, unnie. Jarang Jihae lepas rambut." Ujarnya, bermain-main dengan rambut panjangnya.

"Yelah, kat tempat kerja ja, ikut rambut ponytail. Ini debut kau untuk buat hairstyle begini ke kerja lepas ni." Kata Hyejin, memujuk Jihae untuk berbuat style rambut sebegitu di tempat kerja.

"Elok ka? Hmmm, nanti Jihae fikirkan." Jihae berkata, membuat Hyejin gembira bahawa Jihae akan membuat style rambut itu ke tempat kerjanya. Wooyoung turut puji Jihae akan gaya rambut dia yang comel itu. 

"Haruto, mari duduk dengan kami. Ada tempat lagi." Hyejin menjemput Haruto dan Junkyu untuk duduk bersama mereka sebaik ternampak Haruto dan Junkyu terpinga-pinga untuk cari di mana mereka boleh duduk dengan sedulang makanan dalam tangan mereka.

Dua pemuda itu pun duduk di tempat mereka dan ucapkan terima kasih pada Hyejin kerana memberikan tempat duduk kepada mereka. 

"Eh, Jihae noona ka ni? Lama dah tak nampak noona lepas rambut noona. Last time nampak waktu noona jadi cikgu Haruto." Haruto bercerita yang membuat Jihae lagi bermerah muka kerana pujian-pujian rakan sekerja dia.

"Kejap, Jihae nak pergi makanan." Jihae segera berdiri dari tempat dia untuk ambil makanan setelah melihat baris untuk ambil makanan telah berkurang. 

10 minit selepas Jihae memilih, dia kembali dengan pilihan makanan dia dan juga minuman. Dia tidak sabar untuk makan kerana makanan yang dia sudah lama tidak makan. 

Sebaik dia sampai ke meja makan, Jihae terkaku seketika apabila ternampak tiga orang penghuni baharu dan salah seorangnya adalah Jaemin. Melihat Jaemin membuat dia lagi merah muka kerana teringat akan apa yang berlaku beberapa jam yang lalu. 

"Oh? Hi Jihae, makan apa tu?" Haechan yang periang itu bertanya apa yang Jihae telah ambil untuk makan. Jihae menjawab soalan Haechan tanpa sebarang masalah dan menghadkan pandangan dia pada semua orang kecuali Jaemin. Membuat tentangan mata dengan Jaemin akan mengakibatkan dia untuk meletup dengan kemaluan. 

Jaemin sedar yang Jihae sedang mengabaikan pandangan dia maka, Jaemin juga cuba untuk tidak pandangan Jihae agar suasana tidak menjadi kekok. Jaemin makan makanan dia dengan tenang tapi dia tahu jantung dia tengah berdegup laju kerana teringat akan apa berlaku antara dia dengan Jihae. 

Mereka semua bersembang antara satu sama lain, apa-apa topik saja mereka angkat, semua mereka borakkan. Jihae merasa gembira untuk dapat akhirnya untuk berehat dan berseronok dengan rakan-rakan pekerja dia dan mengenali watak-watak baharu mereka selain di tempat kerja. 

"Aigoo, Mina. Kau minum dua gelas kecil pun dah mabuk. Alahai, susahkan aku ja lah nak bawa kau masuk bilik." Wooyoung merungut yang membuat orang lain tertawa. Ia sudahpun mencapai hampir 12 tengah malam dan mereka berpulang ke bilik masing-masing agar mereka boleh tidur dan bangun awal esok hari. 

Masing-masing memisah arah setelah sampai ke tingkat bilik mereka. Haruto ucapkan selamat malam pada Jihae dan Hyejin turut juga lakukan yang sama. 

"Noona, jangan lupa esok kejutkan semua orang dengan siren." Ujar Haechan pada Hyejin. Ternyata, mereka sudahpun rapat walaupun baru berkenalan sehari dan Hyejin setuju dengan cadangan Haechan. 

"Mesti, kau bangun awal esok so kita boleh sekali pecah masuk bilik yang lain." Hyejin sambung dengan teruja yang terbuat Jihae risau jika Hyejin akan betul-betul buat demikian.

"Jangan gila sangat, sayang. Kang esok saya yang jadi singa kat awak." Wooyoung berkata yang terbuat yang lain ketakutan kerana Wooyoung berkata ayat-ayat itu dengan penuh keseraman. 

Kedua-dua Wooyoung dan Hyejin ucapkan selamat malam kepada yang lain dan masuk ke dalam bilik mereka. Meninggalkan Hyejin bersama Jeno, Haechan dan juga Jaemin. 

"Siap sedia esok sebelum aku pecah masuk bil-" Sebelum Haechan dapat habiskan ayat dia, Jeno telahpun ketuk kepada Haechan agar hentikan lakonan tersebut. 

"Jumpa korang esok. Selamat malam." Jeno ucapkan dan Haechan dan Jeno masuk dalam bilik mereka. 

Sebaik Jihae ucapkan selamat malam kepada mereka, dia terus masuk ke dalam bilik dia tanpa memandang malah lihat Jaemin. Jaemin mengesankan Jihae masih lagi tidak mahu berkata apa-apa padanya. 

Jaemin menutup pintu bilik selepas Jihae masuk dahulu. Suasana mereka menjadi kekok dengan pantas sekali kerana Jaemin tidak tahu bagaimana hendak bercakap atau pujuk Jihae. 

Jihae terus mencapai telefonnya, fon telinga dan terus baring atas katilnya dengan menutup satu badan dia selepas dia menukar pakaiannya ke pakaian tidur. 

Disebabkan Jaemin tidak tahu hendak pujuk Jihae, dia fikirkan esok bagaimana hendak berbaik semula dengan Jihae. Manakala Jihae cuma mahu tanam diri dia dalam selimut dia kerana dia tidak mahu ingatkan balik apa dah berlaku tetapi memori itu masih segar dalam minda dia. 

"Na Jaemin bodoh! Bodoh!" 

.
.
.

t b c

ara's notes

hi hello semua! sorry if aku lambat update, aku dah nak hampir the end of sem and mcm biasa, kerja banyak T.T disbbkan update lambat, aku bagi chap yg lebih pnjng sikit kalini so harap korang enjoy chap kali ni ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now