041

415 87 0
                                    

"Apa?! Renjun ada kanser paru-paru, bila ni?" Jeno terkejut untuk ketahui berita mengejutkan itu. 

"Dia bagitau aku bulan lepas dan suruh aku jangan bagitau Jihae pasal hal ni." Jaemin kata lagi. 

"Tapi kenapa?" Jeno soal lagi.

"Kalau kita bagitau Jihae, Jihae akan risau, tak berhenti fikir pasal kesihatan Renjun sampai lupakan kondisi dia dan kemungkinan gugur kalau dia tak ambil pemakanan yang betul." Jaemin jawab, memberi kesedaran pada Jeno. 

Jeno mampu melepaskan keluhan berat kerana apa yang dia dengar ini, dia sendiri tidak tahu apa harus dia buat dengan info tersebut. 

"So, apa plan kau sekarang?" Jeno tanya, duduk di sebelah Jaemin yang terduduk di sofa di ruang tamu rumah mereka untuk memberi sokongan pada Jaemin kerana memegang sesuatu yang berat pada mindanya. 

"Aku ikut ja apa yang Renjun suruh: jagakan Jihae. Aku tak tahu berapa lama tapi apa-apa untuk Renjun, aku akan usahakan untuk dia." Jaemin berkata.

Jaemin mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar untuk pasangan itu tetapi dia tahu yang pengakhiran mereka tidak akan berakhir dengan gembira sekali maka, dia akan berada di sisi Jihae bila-bila sahaja.

Jeno tidak tahu apa dia nak buat, dia cuma fikirkan yang Renjun tidak lama lagi akan tinggalkan mereka dan terutamanya Jihae. Dia akan bantu mereka sebanyak mana yang dia boleh.

"Siapa ja tahu pasal ni?" Jeno bertanya lagi.

"Kau dengan Haruto ja. Aku akan rasa Haechan tahu tapi entahlah, dia tak tanya apa-apa pun." Jaemin menjawab dan Jeno cuma mengangguk kepalanya sahaja. 

;;;

Jihae terus terbaring atas sofa dengan Renjun yang terduduk setelah tiga hari tidak duduk di rumah dia dengan suami kesayangan dia. 

"Mesti Injoon rindukan Hae kan?" Kata Jihae sambil bermain-main dengan jari-jemari Renjun.

"Mestilah. Siapa ja tak rindu dekat isteri lepas berhari tak jumpa? Orang gila ja akan buat macam tu." Renjun jawab yang terbuat Jihae tertawa. 

"Macam mana appointment Injoon dengan doktor? Dah semakin pulih ka?" Jihae soal pula tentang perjumpaan Renjun dengan doktor seperti setiap minggu dia buat.

Renjun teringat apa telah berlaku sehari lepas dimana dia terpengsan di hospital dan nasib dia dapat pulang sebelum Jihae sampai ke rumah. 

"Boleh lah..." Renjun  memberi jawapan palsu dengan nada suara tidak yakin kerana dia sendiri tidak tahu dia akan baik atau tidak. 

"Hmmmm, okay. Asalkan Injoon cepat sihat, semua orang doakan yang Injoon cepat sembuh juga." Jihae berkata dengan penuh harapan pada Renjun. 

Renjun mampu tersenyum dan ucapkan terima kasih kepada semua yang harapkan dia sihat. 

"Oh, Hae nak tanya. Injoon sebenarnya sakit apa? Injoon tak pernah bagitau dekat Hae..." Soalan maut dilempar pada Renjun sebelum dia boleh mati lagi. Apa patut dia jawab? Takkan nak kata dia ada kanser? Mesti Jihae akan panik. 

Jihae menunggu akan jawapan Renjun dengan penuh antisipasi. Sebelum Renjun boleh berkata apa-apa, telefon Jihae berdering yang menyebabkan Jihae menjawab telefon dia dan lupakan soalan dia yang dia beri pada Renjun. 

Renjun lega yang Jihae tidak soal dah tentang kesihatan dia. Sekarang, dia harus berlakon yang okay di depan Jihae dan tidak lakukan apa-apa kesilapan agar Jihae tidak suspek apa-apa pada Renjun. 

;;;

Setelah tiga bulan berlalu, Jihae telah melakukan pemeriksaan kandungan di dalam perutnya. Jihae paling teruja untuk lakukan pemeriksaan ultrasound kerana dia akan melihat serba sedikit imej dalam kandungan dia. 

Bersama dengan Renjun, Jihae menunggu akan keputusan ultrasound dia dan Jihae terkejut dan gembira apabila melihat gambar keputusan ultrasound dia.

"Dalam jangkaan kami, bayi puan akan lahir pada Mac 22 pada tahun hadapan." Doktor wanita yang memeriksaan kandungan Jihae berkata sambil tersenyum.

"Wah! Sehari beza dengan birthday Injoon lah! Bertuah lah nanti birthday sambut dengan appa dia." Ujar Jihae dengan teruja. Renjun pun turut juga bergembira dengan Jihae. 

Seperti dia rancangkan, dia harus berlakon depan Jihae yang dia sihat tetapi di dalam hatinya, dia tahu ini salah tapi demi nak jaga Jihae, dia harus berbuat demikian. Untuk kebaikan Jihae dan bayi dia. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! ha untuk bab psal mengandung ni, aku kemingkinan akan ada salah sbb buat basic research ja so if ada salah, sila tegur yea and also, harap korang enjoy chap ni <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now