026

630 99 7
                                    

Waktu untuk pulang balik rumah telahpun sampai dan semua orang dalam pejabat mula mengemas barang-barang mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Jihae yang masih lagi tidak habis dengan kerja dia itu tidak akan berpulang ke rumahnya seperti orang lain tetapi Hyejin bantah.

"No, Jihae. Kau boleh buat kerja tu esok. Kau harus jaga diri kau dengan anak dalam kandungan kau." Hyejin bebel pada Jihae yang degil untuk tidak mahu berhenti membuta kerja dia. 

Haruto yang berada di situ juga sependapat dengan Hyejin kerana dia turut juga memikir yang Jihae harus mengurangkan kerja-kerja berat agar dia tidak sakit dan susahkan diri dia dengan anak dalam kandungannya. 

"Tapi.." Tidak habis Jihae menjawab, ada seseorang mencelah.

"Betul tu, Jihae. Awak tak perlu segera siapkan semuanya. Nanti saja awak siapkan." Jaemin menghadiri diri dia dalam perbualan mereka. Mereka terkejut untuk melihat muka Jaemin yang diubat dengan bandage itu kerana pergaduhan dia dengan Sungho.

"Apa dah berlaku pada muka bos?" 

"Dah luka dah muka hensem bos." Ujar kedua-dua Haruto dan Hyejin setelah melihat muka Jaemin. Jaemin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dan berkata bahawa dia tidak apa-apa, cuma beberapa luka di mukanya sahaja.

"Apa yang sebenarnya berlaku antara tuan dengan Encik Kang?" Soal Jihae pula yang risau dan curiga akan apa telah berlaku pada siang hari tadi. 

;;;

Setelah Jaemin menyuruh Sungho masuk ke pejabat dia, beliau mengambil tempat duduk tanpa meminta kebenaran Jaemin. Jaemin sudah tidak tahan dengan perangai buruk dia itu.

"Apa yang nak dibincangkan ni? Saya ada banyak kerja kena siap." Ujar Sungho, sembang seperti dia mempunyai banyak kerja padahal semua kerja dia diberi kepada Jihae. Jaemin mengambil nafas dalam sebelum dia mula bercakap.

"Saya dengar yang awak tak pernah buat semua kerja yang saya serahkan pada awak tetapi suruh Puan Nam buatkan. Betulkah?" Persoalan Jaemin membuat Sungho mula cemas dan mulakan lakonan baik dia.

"Mana ada, tuan. Saya kan manager department maka, separuh daripada kerja tu saya serah pada Jihae agar kerja kami sama rata." Kata Sungho untuk mempertahankan diri dia tetapi Jaemin tidak percaya akan kata-kata dia. 

"Dan sudah lama kamu berbuat 'kerja' gaji buta ini dan seksa Puan Nam. Tambahan, awak juga menyuruh Puan Nam buat semua kerja yang saya suruh awak siapakan walaupun mengetahui keadaan Puan Nam sekarang." Jaemin berkata sambil mempertahankan hak Jihae dalam pekerjaan.

"Tidak kisah lah, semua orang akan dapat layanan yang sama walaupun mereka sakit atau tidak." Sungho yang tidak berperut hati itu berkata dan tidak kisah akan keadaan Jihae sekalipun.

"Sudah lama saya perhatikan kamu, terutamanya dengan Puan Nam. Disebabkan layanan teruk awak pada pekerja awak, saya terpaksa buang awak dari posisi manager awak dan juga pekerjaan awak dari sini." Kata Jaemin yang terbuat Sungho terkejut akan apa Jaemin katakan.

"Pecat saya? Tuan tak boleh buat saya macam ni, saya senior terhormat di tempat ni. Saya dah bekerja hampir seumur hidup saya di sini. Tolong tuan. Saya ada keluarga yang saya harus jaga." Sungho mula merayu pada Jaemin tapi Jaemin tidak endah akan kata-kata Sungho. 

"Maafkan saya, Encik Kang. Kerana kelakuan buruk awak terhadap para pekerja di sini, saya perlu lakukan sesuatu agar persekitaran tempat kerja saya tidak tercemar dengan perangai buruk awak. Sila pulangkan kad manager awak dan awak boleh kemas semua barang awak." Kata Jaemin tapi Sungho menghalang dirinya untuk pulangkan kad pengurus yang tergantung pada leher dia itu. 

Jaemin tiada masa untuk hadapi perangai kebudak-budakan Sungho yang tidak mahu pulangkan sesuatu yang bukan kepunyaannya lalu dia pergi pada Sungho untuk cabut kad pengurus itu tetapi Sungho belasah Jaemin di muka yang memyebabkan mereka berdua mula menggunakan keganasan terhadap satu sama lain.

;;;

Hyejin mengecis setelah Jaemin menceritakan apa yang berlaku antara dia dengan Sungho. 

"Memang patut dia kena belasah balik." Hyejin komen dan Haruto juga setuju dengan pendapat Hyejin. Manakala Jihae berasa sangat bersalah akan Sungho yang telahpun dipecat kerja itu. 

"Kejap. Since manager department sudah tiada, siapa akan ambil posisi manager pula?" Hyejin soal dan teruja untuk tahu siapa bakal jadi pengurus seterusnya. 

"Hal itu akan diketahui pada esok hari." Jawab Jaemin. Hyejin nampak begitu teruja hingga memukul bahu Jihae akan perasaan teruja.

Jaemin meminta dirinya untuk pergi dan memesan pada Jihae untuk tidak memikirkan apa-apa yang buruk berlaku pada Sungho.

"Dia memang layak apa yang dia dapat sebab layan awak macam tu." Kata Jaemin untuk pastikan Jihae tidak perlu risau pada Sungho. Jihae percaya pada Jaemin dan melepas segala perasaan berat itu dari bahu dia.

"Jeno, siapa akan jadi manager nanti?" Jeno yang mengikut Jaemin dari belakang itu diberhentikan oleh Hyejin kerana soalan tersebut. Jeno hendak menjawab tetapi...

"Jeno, aku tinggal kau kalau kau lambat!" Jerit Jaemin yang sudah berada di depan lif itu. Jeno pun beredar tanpa memberi sebarang peluang pada Hyejin. 

Jihae cuma tertawa kecil bersama Haruto akan cubaan Hyejin itu. Jihae berasa tenang setelah Jaemin menerangkan apa yang telah berlaku dan berharapkan Sungho tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Jihae akan apa yang telah berlaku. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello everything! kembali aku dgn chap terbaru! harap semua enjoy dgn chap kali ni dan kali ni panjang sikit, hehe >< anyways, hope everyone stay safe and have a great day today <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now