047

404 78 3
                                    

Seminggu telahpun berlalu dan hujung minggu telah sampai. Renjun dan Jihae berada di hospital. Mesti anda curiga kenapa pasangan tersebut berada di hospital.

"Takutlah, Injoon." 

"Tak perlu takut, Injoon akan bersama dengan Hae." 

Pasangan tersebut sedang menunggu akan keputusan ujian ultrasound Jihae. Ternyata, mereka akan ketahui apakah jantina anak mereka. Mereka berdua tidak sabar perempuan atau lelaki anak mereka. 

"Puan Nam, puan dah boleh berjumpa dengan doktor." Datang seorang jururawat yang bertugas dan memberitahu Jihae demikian. Jihae menjadi gementar untuk berjumpa, memikir segala perkara buruk yang mampu berlaku dalam saat itu.

Tetapi adanya Renjun bersamanya, perasaan gementar Jihae menurun. Renjun akan sentiasa bersama dengan Jihae walau apa-apa pun berlaku. 

Setelah mereka berdua masuk ke pejabat seorang doktor wanita yang telah menjalankan ujian ultrasound Jihae, mereka berdua terduduk di kerusi di depan meja doktor itu.

Jihae begitu gementar hingga memegang erat tangan Renjun .

"Tahniah, Puan Nam. Puan akan dapat anak perempuan." Doktor itu umumkan berita baik itu yang telah buat Jihae lega dan syukur bahawa semuanya berjalan dengan lancar. Renjun turut juga berasa syukur bahawa semuanya berjalan lancar buat Jihae. 

Jihae begitu gembira hingga dia sudah merancangkan segala perkara untuk anak perempuan mereka. Renjun gembira untuk lihat Jihae teruja untuk anak mereka. 

"OMG, tak sabarnya! Hae nak buat anak kita main segala sukan! Tapi bukan semua, tak nak paksa dia buat yang dia tak nak. Hae nak jadi ibu yang bertimbang rasa, caring pasal perasaan dia dan jadi kawan baik dia juga." Jihae berkata dengan teruja hingga memikir masa depan anaknya itu. 

Renjun cuma tersenyum sepanjang Jihae membayangkan masa depan anak perempuannya itu. 

"Injoon pula? Injoon nak anak kita buat apa?" 

"Injoon harapkan dia jaga kesihatan, jadi anak yang baik, tak susahkan orang dan semestinya, tak cakap jahat belakang orang." Jihae angguk kepalanya, setuju dengan pendapat Renjun.

"Dan semestinya, dia kena muka comel macam Hae." Kata-kata telah buat Jihae tertawa kecil, tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. 

"Mana boleh, dia kena comel juga macam Injoon." Dan mulalah mereka berdua bertengkar lawak antara satu sama lain, mengatakan muka anak mereka harus seiras diantara mereka. 

"Okay, kita bet. Kalau anak kita ada rupa macam Injoon, Injoon kena belanja Hae." 

"And kalau muka dia ada rupa Hae pula, Injoon nak Hae janji dengan Injoon yang Hae jangan sedih, happy dengan apa yang ada dan terus hidup dengan riang lepas apa yang dah berlaku." Permintaan Renjun itu terbuat Jihae tersoal.

"Ish, pelik je wish Injoon ni. Tapi Hae dah memang happy dengan apa yang dah ada. Ada Injoon, eomma, Jihoon dan dilindungi dengan kawan-kawan yang baik. So, basically wish Injoon dah ditunai lama dah." Jihae berkata.

"Tak kisah, Injoon nak juga wish macam tu." Jihae yang penat bertengkar itu, mengalah sahaja dan terima sahaja permintaan Renjun. 

Renjun tidak kisah bagaimana rupanya anak mereka, dia inginkan yang terbaik dan paling terbaik untuk Jihae kerana dia tidak mahu Jihae masuk ke waktu gelapnya semula. Saat-saat dahulu itu masih lagi menghantui Renjun walaupun sudah bertahun perkara itu berlalu. 

"Jom pergi makan aiskrim." 

"Semalam bukan Hae dah makan aiskrim ke?" Renjun keliru dengan nafsu mengidam Jihae yang seringkali tukar hari demi hari. 

"Ini untuk sambut jantina anak kita. Bukan selalu kan.." Jihae berkata sambil memuncung bibirnya dengan comel pada Renjun dan Renjun tahu dia tidak boleh kata tak untuk muka itu. 

;;;

Malam menjelang dan Jihae berada di biliknya, sedang berborak dengan Hyejin tentang apa yang berlaku pada harinya dan semestinya dia beritahu yang anaknya akan menjadi anak perempuan. 

Sedang Jihae berborak itu, Renjun berada di dalam bilik pejabat di rumahnya, sekeping kertas dan pen hitam menemaninya pada waktu itu. Apa sedang dia buat? 

Renjun kelihatan dalam kepeningan, apa yang dia harus tulis dalam kertas itu. Kemudian, dia mendapat insprasi dan mula menulis dengan ghairah. 

5 minit kemudian, Jihae memanggil Renjun untuk memaklumkan bahawa makan malam mereka sudah sampai; mereka tidak masak tetapi memesan makanan dari restoran sahaja disebabkan Renjun kepenatan untuk masak. 

Renjun menyahut panggilan Jihae dan menyimpan surat tersebut di tempat yang selamat. Sebenarnya, apa yang dia tulis dalam surat itu? 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! aku harapkan semua sihat walafiat dan selamat di rumah masing-masing, kes makin hari makin meningkat, buat aku terfikir apa akan jadi masa depan kita 😂 anyways, harap korang enjoy chapter kali ni <3


Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now