029

606 87 0
                                    

"Oh? Percutian ke Jeju?" Jihae angguk kepalanya dengan teruja setelah dia memberitahu tentang tempat kerjanya ingin lakukan lawatan ke Jeju. 

"Ya! Katanya, Jaemin bagi kami bawa partner so, kita boleh pergi sama-sama." Jihae berkata dengan teruja sehingga Renjun boleh nampak sinaran dari muka gembira Jihae. 

Renjun mahu sangat ikut tetapi dia ada perjumpaan doktor pada hari-hari tertera. 

"Tapi, Injoon ada appointment dengan doktor hari Sabtu." Senyuman lebar Jihae terus menjadi murung selepas Renjun berkata sedemikian. 

"Injoon tak boleh tundakan appointment tu ka? Jarang kita nak luangkan masa bersama sekarang since Renjun asyik jumpa doktor." Kata-kata Jihae itu telah membuat Renjun rasa bersalah kerana benar, mereka semakin kekurangan masa bersama disebabkan penyakit kanser Renjun. 

"Sorry, sayang. Sebanyak mana Injoon nak datang tapi Injoon tak nak susahkan Hae ataupun sesiapa di lawatan tu semata-mata penyakit Injoon." Renjun ujar sambil memberi pelukan pada Jihae tanda minta maaf. 

Mahu sahaja Jihae paksa Renjun pergi tapi dia juga tidak mahu susahkan ramai orang. Tambahan lagi dia tengah mengandung. Bayangkan jika mereka berdua sakit pada waktu yang sama, tak menyusahkan orang lagi ka?

"Okaylah. Nanti Hae bawa balik macam-macam cenderhati untuk Injoon." Jihae berkata sambil menggosok mukanya pada dada Renjun dan mengeratkan pelukan mereka. Renjun tersenyum nipis sambil mengucup lembut kepala Jihae. 

Renjun cuma mengharapkan Jihae sentiasa selamat dan tiada apa-apa yang buruk berlaku pada dia ketika di Jeju. Memberi sepenuh kepercayaan dia pada Jaemin agar dia jagakan Jihae.

;;;

Hari untuk mereka pergi ke Jeju telahpun sampai. Jihae telah sampai ke Lapangan Terbang Incheon yang telah dihantar oleh Renjun pada Jumaat pagi sebelum Renjun masuk kerja.

"Hati-hati dan jaga diri di sana. Have fun!" Renjun ucapkan sebelum dia meninggalkan Jihae di lapangan terbang bersama dengan rakan-rakan sekerja dia. 

"Jihae dah sampai!" Ujar Hyejin sebaik dia nampak kelibat Jihae dengan beberapa bagasi bersama dia. Jeno yang terdengar Hyejin itu, mencatat nama mereka yang telah datang. 

"Oh? Renjun tak ikut sekali?" Hyejin sedar akan Jihae datang keseorangan tanpa Renjun itu memandangkan Hyejin berkata dia ingin membawa Renjun bersama.

"Dia ada appointment doktor so, tak dapat nak hadir." Ujar Jihae, menggaru kepalanya. Hyejin angguk dengan kefahaman. Hyejin kenalkan suami dia kepada Jihae yang telah datang dengan Hyejin. 

"Wah, tingginya dia." Balas Jihae melihat berbeza ketinggian dia dengan suami Hyejin yang bernama Yunho itu. Yunho tertawa apabila Jihae berkata sedemikian.

"Itu lah kan. Anak kami tu ikut si ayah galah dia nanti." Ujar Hyejin, bercakap tentang anak dia yang akan menjadi tinggi seperti bapanya. Jihae melepaskan tawa kecil. 

Sedang mereka berborak, Jihae sedar akan seseorang yang dia kenal sangat. 

"Haechan?" Kata Jihae dan terbuat seseorang memusing ke belakang apabila namanya dipanggil. Haechan tersenyum apabila terjumpa Jihae lagi. 

"Jihae, hai! Datang sorang ka?" Haechan soal tentang kehadiran dia ke percutian Jeju ini. Jihae mengangguk kepalanya dan menyangka Haechan akan datang ke percutian Jeju mereka bersama dengan Jeno. 

"Injoon ada appointment doktor so dia tak boleh datang." Jawab Jihae sambil memberitahu mengapa Renjun tidak dapat hadir. Haechan lalu menyoal apa yang membuat Renjun sakit.

"Sejak ni dia tak berhenti batuk dan bagai so dia cuba sembuhkan diri dia dengan jumpa doktor agar penyakit dia tak menjadi serius." Jawab Jihae dan Haechan mengangguk kepalanya dengan kefahaman. Jeno yang terdengar perbualan mereka turut juga mengambil tahu info tersebut.

Mereka cuma menganggap penyakit Renjun akan sembuh dengan segera tapi apa yang mereka tidak tahu ialah penyakit Renjun akan menjadi kronik tidak lama lagi.

"Harap dia cepat sembuh. Risau, tak nak future appa kita sakit. Kan, Jihae?" Kata Haechan yang telah ketahui Jihae telah mengandung sebulan itu. Jihae setuju dengan Haechan. Dia mampu berdoa agar Renjun sihat cepat. 

Tiba-tiba, akhirnya datang Haruto setelah mereka menunggu ketibaan dia yang telah membawa seorang lelaki bersama. 

"Sorry lambat! Traffic jam." Ujar Haruto sambil tercunggap-cunggap setelah lari pecut ke tempat perjumpaan mereka. Kawan dia turut juga tercunggap-cunggap. 

Jeno menanda nama Haruto setelah ketibaan dia telah sampai. Setelah Jeno laporkan pada Jaemin bahawa semua telah sampai, Jaemin memberi sedikit taklimat kepada mereka agar utamakan keselamatan mereka di Jeju, ikut jadual yang telah mereka aturkan untuk aktiviti mereka dan jangan lupa untuk berseronok di sana. 

Semua orang bersorak dengan seronok dan mengharapakan semuanya berjalan dengan lancar. Jihae berkongsi keseronokan dengan mereka dan tidak sabar untuk ke Jeju. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! update terbaru untuk sweetheart dah publish 😚 harap korang enjoy bab² bosan ni ")) anyways, ni untuk memberi hadiah kepada adik² yg masih sekolah setelah lima hari bersekolah, tahniah! anda semua berjaya sekolah untuk lima hari! 😆 hope yall stay safe and have a great day <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now