015

1.1K 135 18
                                    

" Alamak, dah lambat! " Jerit Jihae, kelam-kabut turun dari tingkat atas dengan cepat kerana dia sudah lambat untuk pergi ke parti tersebut.

Renjun yang sudah siap memakai pakaian kemas untuk pergi ke perjumpaan doktor dia, sedar akan Jihae yang sedang cepat-cepat mencari kasut dia. Renjun periksa Jihae dan terpegun akan pakaian Jihae. Gaun putih yang diperbuat daripada sutera, sarung tangan putih dan gaya rambut yang kemas nampak begitu cantik di mata Renjun.

" Apa tengok-tengok? " Ujar Jihae apabila dia sedar akan suaminya sedang renung dia lama hingga ternganga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Apa tengok-tengok? " Ujar Jihae apabila dia sedar akan suaminya sedang renung dia lama hingga ternganga. Renjun serta-merta menutup mulutnya dan berasa malu akan apa telah berlaku tadi, sungguh dia terasa dia jatuh cinta semula pada isterinya.

Renjun memeluk Jihae setelah dia memakai kedua-dua belah kasut tumit tingginya yang berwarna putih itu.

" Pergi baik-baik tau. " Kata Renjun, cium dahi Jihae. Jihae tersenyum manis Renjun dan angguk kepalanya.

" Injoon pun juga. Lepas habis appointment, balik terus. Jangan nak pergi mana. Kalau Hae tau Injoon keluar dengan mana-mana perempuan, nanti kena dengan Hae. " Kata Jihae, membuat Renjun tergelak akan ancaman Jihae yang comel itu.

" Okay. Oh, Hae tutup kesan tu kah? " Soal Renjun, menyentuh leher Jihae. Dia sedang cakap tentang love bites yang Renjun buat pada leher Jihae beberapa hari yang lalu.

" Yalah, Hae tak nak nampak murah depan orang okay.. " Kata Jihae, pipinya bertukar merah apabila Renjun mengungkit balik tentang perkara tersebut.

" Nampak cantik lah. Don't you think? " Ujar Renjun dan diterima pukulan lembut pada dadanya oleh Jihae.

" Jangan nak gatal sangat. " Kata Jihae. Renjun menggosok dadanya yang sakit itu, dia cuma berjenaka sahaja dengan Jihae. Kemudian, telefon Jihae berdering. Jihae periksa dan ternyata Jaemin telah sampai.

" Jaemin sampai dah. " Kata Jihae. Renjun angguk kepalanya dan berikan pelukan terakhir pada Jihae.

" Have fun. " Renjun memeluk rapat badan Jihae dan mengucapkan selamat tinggal pada Jihae sebelum dia beredar ke parti tersebut bersama Jaemin.

Jihae membuka pintu rumah dan Jaemin sudahpun sampai depan rumah, dalam keretanya. Jihae mengucapkan selamat tinggal pada Renjun dan melambai tangannya pada Renjun hingga kelibat rumah dan Renjun berjauhan dari dia.

" Kau nampak cantik. " Kata Jaemin apabila lampu isyarat bertukar merah.

" Cantik? Aku nampak fabulous tau. " Ujar Jihae dengan bangga, membuat Jaemin tertawa kecil. Jihae dulu dengan sekarang sama sahaja.

Perjalanan mereka ke destinasi mereka dipenuhi dengan lagu yang telah dipasang pada radio. Jikalau tiada radio itu, semestinya perjalan mereka akan senyap dan kekok.

Mereka telah sampai ke destinasi mereka iaitu di sebuah hotel lima bintang dimana parti tersebut berlangsung. Mereka keluar dari kereta Jaemin dan melihat ramai orang telah hadir ke parti tersebut dengan melihat kuantiti kereta yang berada di tempat parking kereta.

Jihae membetulkan rambut dia sebelum dia beredar bersama dengan Jaemin ke dewan. Sepanjang perjalanan ke sana, Jaemin mengeluarkan kad jemputan yang telah Encik Choi edarkan kepada jemputan beliau. Dikatakan, mereka yang mempunyai kad tersebut sahaja dijeput hadir, jika tiada, mereka tidak boleh masuk ke parti tersebut.

Mereka telah masuk ke dewan tersebut setelah melepasi sekuriti. Jihae terpegun akan kemewahan dewan yang telah dihias cantik itu. Jaemin berhenti berjalan apabila dia sedar akan kehadiran Jihae tiada di sebelahnya.

Jaemin tersenyum apabila melihat muka Jihae yang terpegun seperti budak kecil itu. Dia nampak comel dan cantik pada waktu yang sama.

" Jihae, you coming? " Soal Jaemin. Jihae berhenti melihat dan ikut Jaemin, rapat dengan Jaemin agar dia tidak hilang.

Merata Jihae ikut Jaemin hingga dia berasa penat, Jaemin berjumpa dengan beberapa rakan perkongsian dia yang dia kenal dan ia memenatkan Jihae untuk ikut dia merata.

Mereka berhenti seketika untuk berehat dan Jihae mengeluh perlahan. Menyesal pula dia terima permintaan Jaemin untuk ke parti ini.

Tidak sampai beberapa minit, kelibat Jaemin hilang dari pandangan Jihae. Mata Jihae serta-merta cari si pemuda itu dan terjumpanya tidak jauh darinya lalu Jihae berjalan dengan hati-hati kerana memakai kasut tumit tinggi.

Jaemin menunduk terima kasih kepada rakan perkongsian dia setelah dia berjumpa dengannya. Tersenyum riang dia dapat berjumpa dengan rakan-rakan bapanya itu. Tiba-tiba, dia terasa genggam tangan pada lengan Jaemin.

Jaemin pusing dan ternampak Jihae yang kepenatan itu. Dia terlupa akan kehadiran Jihae sepanjang masa itu.

" Please, jangan tinggalkan aku. " Kata Jihae yang muka kemerahan itu kerana penat walaupun penghawa dingin yang kuat dibuka dalam dewan tersebut. Jaemin berasa bersalah kerana telah menyusahkan Jihae.

Jaemin melepaskan tangan Jihae dari lengannya dan pegang tangan Jihae. Jihae terkejut akan aksi Jaemin.

" Sorry. Nanti tegur aku kalau aku laju sangat. " Kata Jaemin dengan suara lembut dia. Jihae terasa jantungnya berdegup kencang kepada Jaemin. Terasa seperti dia jatuh cinta semula pada Jaemin, seperti dahulu.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now