prologue

4.6K 276 55
                                    

" Hae, cepat! Kita dah lambat! " Ujar Renjun yang sedang kelam-kabut memakai jaket kerjanya dengan roti dalam mulutnya.

Jihae pula sedang mencuci tangannya dan terus mengelap tangannya dengan kain yang tergantung pada kerusi. Kedua-duanya memakai kasut masing-masing pada waktu yang sama dan sempat senyum kepada sama sendiri.

" Apa senyum-senyum? " Ujar Renjun yang mempunyai kesusahan nak pakai stoking dia.

" Kenapa kita dua kena lambat pada waktu yang sama? " Kata Jihae, membetulkan kasut tumit tinggi dia.

" Destiny, babe. " Kata Renjun selepas selesai memakai kasut dia. Renjun menghulurkan tangannya kepada Jihae dan Jihae mencapainya selepas dia habis pakai kasut.

Mereka berdua menaiki kereta Renjun. Renjun menghantar Jihae ke tempat kerjanya.

Mereka sampai selepas perjalanan ke tempat kerja Jihae selama sepuluh minit. Sebelum Jihae keluar dari kereta Renjun, mereka berdua sempat memberi selamat tinggal dan ciuman pada pipi.

" Jumpa lepas kerja. " Kata Renjun yang berada dalam keretanya dan Jihae melambai selamat tinggal kepada Renjun.

Walaupun mereka sudahpun berkahwin lima tahun, mereka tetap berkelakuan seperti budak-budak sekolah yang baru sahaja bercinta. Teringat akan ketika masih di bangku sekolah pula si Jihae.

Jihae memandang jam tangan dia dan muka terkejutnya terus terlekat pada mukanya kerana dia sudah lama lebih sepuluh minit dah. Boss aku akan maki aku!

Semasa Jihae berlari masuk dalam bangunan tempat kerja dia, dia asyik melihat jam dia sahaja, ingin lihat berapa lama dia boleh naik ke pejabat dia. Ketika dia sibuk pandang jam dia, dia tidak sedar dia terlanggar seseorang hingga orang yang pegang barang itu jatuhkan barang dia dan juga mereka turut jatuh.

Mereka berdua mengerang dengan kesakitan dan Jihae orang pertama yang sedar akan situasi. Jihae menjadi kelam-kabut balik dan bantu orang itu angkat barang.

" Saya minta maaf sangat-sangat. I'm such a troublesome. " Kata Jihae kepada orang itu.

" It's okay. " Sebaik Jihae mendengar orang yang membalas dia, minda Jihae terus terfikirkan seseorang. Aku kenal suara tu tapi siapa?

" Awak okay? " Kata orang itu balik kepada Jihae. Jihae kembali ke realiti dan terkejut melihat siapa yang telah dia langgar.

" Jeno? " Kata Jihae dengan terkejut dan orang yang dia langgar itu ialah Lee Jeno, kawan sekolah dia dahulu.

Jeno pamerkan senyuman manis dia kepada Jihae sambil melambai tangannya. Dia pun ingat Jihae.

" Hai, Jihae. Lama dah kita tak jumpa. " Ujar Jeno dengan senyuman lebar pada mukanya. Dia kelihatan gembira untuk berjumpa dengan Jihae semula.

" Hi! Since when kau mula kerja sini? Tak pernah nampak pun. " Kata Jihae dengan gembira. Dia sudah kerja di syarikat itu lebih lima bulan dan ini kali pertama dia nampak Jeno bekerja di sini.

" Baru sahaja semalam. Disebabkan CEO syarikat ni dah turunkan tugasnya kepada orang lain, CEO baru nak aku jadi PA dia. " Kata Jeno selepas selesai mengutip semua barang dia yang jatuh.

Jihae tahu tentang CEO syarikat itu sudah bersara tetapi tidak sangka pula CEO baru sudah diperbaharui dengan cepat.

" Tapi siapa CEO baru? " Jihae yang tidak kenal tentang organisasi atasan, dia begitu lembab dalam bab begini.

" Kejap lagi dia- Oh! Tu dia. " Kata Jeno dan mereka berdua pandang ke belakang untuk melihat CEO yang baru itu.

Jihae yang mempunyai senyuman lebar itu terus berhenti senyum kerana CEO baru itu ialah...

" Na Jaemin?! " Kata Jihae dengan terkejut sambil menutup mulutnya.

Orang yang dia benci selama ini, kini kembali ke kehidupannya semula.

.
.
.

t b c

ara's note 💌

hi semua! since aku publish balik fanfic ni, idk berapa ramai yg dah baca story ni dulu but aku akan publish balik all the chapters everyday smpai the newest chapter keluar so harap yall enjoy membaca semula fanfic ni ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now