042

409 78 5
                                    

Jihae semakin kerap pergi melakukan pemeriksaan doktor agar kandungan dia sentiasa sihat dan Jihae berubah pemakanan dia demi kandungan dia. Cara pemakaiannya juga berubah agar dia tidak tercekik dalam pakaian ketat dia. 

Semua orang perasan akan perubahan Jihae dan mendoakan Jihae dapat cahaya mata yang sihat dan comel pada masa hadapan. 

Pada masa yang sama, tugasan Jihae yang sentiasa banyak setiap hari itu menjadi sikit walaupun Jihae mampu buat tetapi semua orang tidak mahu Jihae kerja berlebihan agar Jihae pun terima sahaja tanpa membantah. 

"Jihae, kau dah tahu anak kau lelaki atau perempuan?" Hyejin soal pada Jihae yang sedang makan makanan yang sepatutnya ketika waktu rehat mereka. Ia sudah dua bulan sejak pemeriksaan ultrasound dia dan baby bump Jihae semakin besar. 

"Belum, next week baru nak pergi check dengan Renjun." Jawab Jihae sambil mengunyah makanan dia. Hyejin mengangguk kepala. 

"Oh okay, nanti dah dapat tahu, bagitau tau. Aku nak pergi beli hadiah untuk si kecil ni. Btw, kau dah fikir nama dah untuk anak kau?" Hyejin melemparkan lagi soalan pada Jihae. 

"Hmmm, dah bincang dengan Renjun. Kalau laki, Junhae, kalau perempuan, Haejun." Jihae jawab.

"Awww~ comel ja nama, macam tuan dia." Hyejin puji sambil memicit pipi Jihae. Jihae cuma biarkan Hyejin picit pipi dia kerana sudah selalu Hyejin suka picit pipi dia.

Kemudian, datang pasangan bercinta yang terhangat di pejabat mereka, duduk di meja makan Hyejin dan Jihae. 

"Tadi suruh ambil salad, aku ambil lah salad."

"Ish, kau ni. Aku sugarcoated ja tadi untuk taknak si Jinhee tu ejek aku gemuk lagi." Wooyoung dan Mina sedang bertengkar tentang mereka berdua sahaja tahu manakala Hyejin dan Jihae dengar sahaja pertengkaran mereka. 

"Apa pula kali ni?" Jihae yang ingin tahu itu bertanya agar mereka berdua berhenti bertengkar. 

"Si Wooyoung ni lah, Mina kan tak suka kat Jinhee tu and tadi Mina borak dengan Jinhee and kata yang Mina nak makan salad tapi taknak pun sebab tak nak kena ejek dengan Jinhee tapi Wooyoung ni pergi gak ambil salad." Mina terangkan apa yang berlaku pada dua wanita itu.

"Mana lah aku nak tau, kau kekadang mood tukar setiap dua saat." Wooyoung kata untuk mempertahankan diri dia. 

"Tapi bukan kali ni. Kita dah couple sebulan tapi kau masih tak kenal siapa aku, hmph!" Mina terus merajuk dengan Wooyoung manakala Wooyoung sudah penat dengan kelakukan kebudak-budakan Mina. 

"Haih, korang still awal dalam hubungan, it's okay untuk gaduh pasal benda bodoh." Hyejin berkata, teringat akan zaman muda dia. 

Jihae juga terkenang akan waktu muda dia di sekolah, teringat akan zaman cinta monyet dia dengan Jaemin. Sesungguhnya dia bodoh ketika itu tetapi dia mengambil itu sebagai pengajaran untuk tidak tertipu lagi.

Masa berganjak ke waktu pekerjaan mereka semula dan semua orang tekun dalam melakukan kerja mereka. Sedang Jihae membuat kerjanya di komputernya, namanya diseru oleh Jeno. Ternyata, Jaemin ingin berjumpa dengan dia. 

"Ya tuan? Ada apa-apa masalah kah?" Soal Jihae kepada Jaemin yang fokus pada komputernya. Jihae pelik yang Jaemin memanggil dia masuk ke pejabatnya memandangkan Jihae sudah jarang masuk sini. Tambahan pula, Jeno juga berada di sebelahnya juga. 

"Ya, sebenarnya saya panggil awak ke sini demi pihak Jeno." Jihae lagi terkejut untuk dengar ini. 

"Jeno sepatutnya tolong saya dengan kerja saya lepas habis waktu kerja tapi dia terpaksa pulang ke rumah mak dia sebab ada kecemasan so, dia nak minta tolong awak untuk ambil tempat dia sementara tu. Sehari ja pun." Jaemin terangkan dengan selanjutnya. 

"Hmmm, saya boleh bantu tapi saya akan lakukan terbaik saya lah. Saya tak tahu bagaimana kerja sebagai PA bos." Jihae terima permintaan pertolongan Jeno itu. 

Jeno ucapkan terima kasih pada Jihae kerana sudi membantu dia dan dia akan belanja Jihae sebaik dia pulang balik nanti. 

Lalu, mereka berdua beredar dari pejabat Jaemin dan Jihae keluarkan telefonnya untuk memesan pada Renjun bahawa dia akan balik lambat.

"Jihae, saya dah bagitau Renjun yang awak akan balik dengan saya jadi, awak tak perlu telefon dia nanti." Jaemin berkata sebelum Jihae keluar dari pejabat dia. Jihae ucapkan terima kasih kerana lakukan kerja dia dengan awal. 

Jihae pelik yang sejak ini Jaemin banyak berhubung dengan Renjun tanpa pengetahuan Jihae tetapi dia gembira untuk lihat dua jejaka itu sudah rapat semula seperti biasa.

.
.
.

t b c

ara's note

chapter kali ni aku chill sikit sbb nak bagi screentime to mina and wooyoung 🤣 anyways harap korng enjoy chap kalini and stay safe yall 💖 also thanks to yg recommend the names untuk nama anak jihae 💗

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now