039

447 86 12
                                    

Hari kedua untuk percutian Jeju mereka telah tiba dan hari ini, mereka akan pergi mendaki gunung iaitu Gunung Hallasan. Semua orang telah siapkan pemakaian dan peralatan mereka untuk mendaki gunung. 

"Jihae akan ikut ka? Kan dia mengandung.." Ujar salah seorang mereka sebelum mereka memulakan perjalanan mereka untuk naik.

Jaemin juga sedar akan keadaan Jihae dan ingin menyuruh Jihae tunggu di bawah sambil menikmati kawasan terindah di sana tetapi Jihae membantah.

"Tak pa, saya okay ja. Baru sebulan lebih, tak perlu risau. Kalau saya penat, saya berhenti lah." Kata-kata Jihae membuat ramai lega kerana dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk teruskan perjalanan mereka. 

Tetapi akan ada mereka yang akan bantu Jihae jika dia dalam masalah. 

Selepas 3 jam mendaki, mereka sampai ke kemuncak dan ia agak memenatkan untuk beberapa mereka yang tidak sering bersenam tetapi ia adalah satu pengalaman untuk mereka. 

Jihae berjaya sampai dengan pertolongan Haruto di sebelahnya kerana Junkyu pun turut juga perlahan dalam mendaki maka, Haruto berada di belakang dengan dua orang itu.

Setelah mendapat tahu keadaan Renjun, Haruto menjadi semakin memerhatikan Jihae agar tiada apa-apa yang berlaku pada Jihae kerana dia tidak mahu Jihae dalam apa-apa kesusahan memandangan Jihae telah banyak bantu dia ketika dia dalam kesusahan. 

"Nah, air." Jaemin serahkan sebotol air sejuk kepada Jihae dan Jihae mengambil dengan mengucapkan terima kasih padanya. 

Jihae meneguk air sejuk itu dengan pantas sekali dan Jaemin mengambil tempat di sebelah Jihae sementara menunggu Jihae mengambil nafas setelah penat mendaki.

"Wah~ Leganya, rasa macam nak pengsan ja tengah-tengah jalan tadi. Nasib ada Haruto." Jihae ujar sambil mengelap mulutnya dengan kain yang dia bawa untuk lap peluh. 

"Yelah, kalau tak ada dia, mesti kau dah sesat tadi, nak lalu mana." Jaemin berkata. Jihae mempu melepaskan ketawa kecil mendengar komen Jaemin. 

Mendengar suara tawa Jihae telah membuat Jaemin mengingat semula kenangan mereka berdua, Jihae ketika itu sungguh gembira bersamanya tetapi Jaemin sserta-merta memberhentikan fikiran itu agar tiada apa-apa perasaan mula timbul.

"Well, asalkan kau selamat, aku dah happy." Kata Jaemin sambil tersenyum yang terbuat Jihae merasa jantung dia berdegup kencang seketika, mengingatkan semula kenangan mereka bersama. 

Senyuman bodoh lagi menawan itu telah buat Jihae jatuh hati padanya dahulu tetapi itu pada masa lalu. Matanya sekali tertumpu pada Renjun dan Renjun sahaja. Jihae tenangkan jantung dia dari berdegup kencang. 

"Kau okay tak? Kenapa letak tangan kau atas jantung kau?" Ujar Jaemin dengan cemas melihat Jihae letak tangannya atas dadanya. 

"Eh! Bukan, bukan! Na-nak kira nadi jantung ja! Hahahaha!" Jihae cuba untuk tenangkan Jaemin agar tidak risaukan dia. 

Pada petang hari pula, mereka sambung semula percutian mereka ke pantai sebelah hotel mereka. Ia mungkin nampak seperti pantai biasa tetapi pantai ini mempunyai perkhidmatan yang bagus. 

Mereka semua menikmati masa mereka di sana dengan bermandian di dalam laut, menjamu selera makanan yang terhidang, menjemur badan di bawah matahari, bermain apa-apa permainan dan sebagainya. 

Jihae pula bermandian di dalam laut bersama dengan Hyejin dan Mina. Walaupun usia mereka bukan usia remaja tetapi tetap bermain seperti remaja. 

"Jihae, nak join main bola tampar tak?" Soal Mina dari jauh. 

"Tak apa! Korang mainlah, unnie nak berehat sekejap." Dengan itu, dengan 6 pemain, mereka memulakan permainan bola tampar mereka di tepi pantai. 

Jihae pula berteduk di bawah payung yang telah tersiap sedia dengan tikar untuk duduk atas. Jihae menghirup minumannya yang telah diserah oleh pelayan beberapa minit yang lalu. 

"Hai noona~" Suara Haruto terdengar oleh Jihae dan Jihae membalas hai dia. 

"Hey Haruto! Tak join diorang main ka?" Soal Jihae yang melihat Haruto mengambil tempat di sebelah Jihae. 

"Tak apa lah. Haruto nak bergaul dengan noona. Lama dah Haruto tak bermanja dengan noona." Ujar Haruto yang telah membaringkan kepalanya atas bahu Jihae. 

"Aigoo, kenapa baby sangat hari ni, Haruto? Hmm? Nak nonna manjakan Haruto eh?" Jihae berkata sambil memicit kuat pipi Haruto kerana gedik ingin bermanja dengan Jihae walaupun dah masuk umur dewasa. 

"Ahhhh! Sakit noona!" Teriak Haruto dan terus menepis tangan Jihae daripada memicit pipi Haruto. Haruto mengusap perlahan pipinya yang merah dan Jihae pula tertawa sahaja melihat Haruto merajuk. 

"Hahaha! Nak manja sangat kan? Tu lah padahnya." Jihae berkata sambil tertawa. 

Kemudian, mereka berdua terdiam, mendengar bunyi mereka yang sedang melakukan aktiviti mereka dan bunyi ombak laut membising pendengaran mereka. 

"Haruto harap....Renjun hyung cepat sembuh.." Haruto kata secara tiba-tiba. Jihae setuju dengan kata-kata Haruto.

"Dia dah sembuh, kita pergi bercuti sama-sama, dengan noona, Renjun hyung, Jihoon sekali dan juga anak noona nanti." Kata Haruto sambil memandang perut Jihae. 

"Surely Haruto akan jadi abang yang terbaik buat....noona dah fikir nama untuk anak noona?" Soal Haruto. 

"Tak lagi. Jantina pun belum tahu lagi." Jawab Jihae. 

"Tak mengapa, abang Haruto akan tunggu si kecil keluar yea." Haruto kata yang membuat Jihae tersenyum. 

Jihae berasa gembira bahawa dia dikelilingi dengan orang-orang yang berfikiran positif dan baik dan bersyukur untuk ada mereka bersama dengan dia. Jihae mengharapkan benda-benda yang baik berlaku padanya untuk masa kini dan juga masa hadapan. 

.
.
.

t b c

ara's note 

hello semua! dah seminggu since aku update frequent ni and aku harap korang semua yg membaca enjoy setakat ni, sorry if story ni agak slow, idk why aku buat mcm ni T.T anyways, if korang ada idea untuk nama anak jihae dan renjun, dipersilakan untuk komen yea <3 


Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now