032

584 87 1
                                    

Setelah lama menunggu, kad untuk bilik mereka telahpun sampai dan masing-masing mula memilih pasangan mereka untuk sebilik. Lama-kelamaan, semua yang rapat dengan Jihae mempunyai pasangan mereka dan tinggal Jihae dan Jaemin yang masih tiada pasangan.

Jihae sedar akan mereka berdua tiada rakan sebilik dan Jihae bercadang untuk menempah lagi satu bilik untuk dirinya tetapi ternyata, sudah tiada bilik kekosongan yang ada.

"Tak pa, Jihae. Kau sebilik lah dengan Jaemin, apa salahnya...Tapi kalau dia cuba buat apa-apa kat kau, ketuk bilik aku tau. Bilik Jaemin depan dengan bilik aku ja." Hyejin pesan agar tiada apa-apa yang berlaku pada Jihae ketika Jihae dengan Jaemin sebilik.

Jihae cuma tertawa melihat Hyejin dan Jaemin cuba untuk bertengkar tapi Yunho dan Haechan hentikan sebelum apa-apa berlaku. Semestinya dia tiada masalah untuk sebilik dengan Jaemin jika dalam keadaan sebegini tetapi dia takut nanti ada orang tersalah sangka mereka berdua pula.

Semua orang segera ke bilik masing-masing. Jihae terpegun dengan kemewahan bilik mereka kerana mereka mendapat bilik yang ada pemandangan Jeju yang cantik. Jihae begitu teruja sehingga terserlah keseronokkan dia pada Jaemin.

Saat sebegini membuat Jaemin teringat ketika mereka berdua masih bersama. Jaemin rindu untuk lihat muka gembira dan teruja JIhae itu lalu dia senyum melihat Jihae gembira di saat itu.

Jihae perasan agar dia menunjukkan kejakunan dia yang mungkin akan buat Jaemin fikir betapa jakunnya dia seperti dia berada di negara orang asing. Jihae berhenti berkelakuan sedemikian dan ternampak yang Jaemin sedang tersenyum melihat dia. Lalu Jihae berdehem...

"Sorry, terlalu excited tadi." Kata Jihae sambil memandang ke tempat lain agar muka merahnya tidak dilihat oleh Jaemin. 

"Ah, tak pa. Saya tahu ni first time awak ke Jeju, saya takkan judge." Balas Jaemin, terduduk atas salah satu katil yang tersedia itu. 

"Since esok kita start aktiviti kita, apa kata awak mandi dulu? Saya pergi bilik Jeno so that awak ada privasi sendiri." Ujar Jaemin lalu keluar dari bilik dia, meninggalkan Jihae di dalam keseorangan.

Jihae sedar akan sejak ini, Jaemin sudah berubah menjadi orang baharu. Bukan budak laki yang pernah hancurkan hati dia pada waktu sekolah dulu tetapi seorang lelaki yang cuba untuk perbaiki balik hubungan dia dengan Jihae dan mungkin betul untuk dia berikan peluang kedua dan berbaik dengan Jaemin seperti yang Renjun cakapkan. 

Mungkin Jaemin bukanlah sejahat mana yang dia jangkakan. 

;;;

"Woi, tak reti ketuk pintu ka? Aku tengah pakai baju ni." Ujar Jeno dan sedang memakai baju dia setelah baru lepas mandi. Jaemin sekarang berada di bilik Jeno dan Haechan iaitu bersebelahan dengan bilik dia dengan Jihae. 

"Eleh, macam tak biasa pula aku main masuk macam ni." Jaemin balas dengan ketawa sambil menutup semula pintu bilik. 

"Kenapa kau tak masuk bilik kau? Bilik sendiri kan ada.." Haechan yang sedang terbaring atas katilnya, menyelit masuk perbualan Jaemin dan Jeno.

"Jihae tengah mandi so, aku bagi privasi untuk dia." Jaemin terduduk di katil Haechan sebaik dia berkata itu. Jeno mengangguk kepalanya dengan kefahaman tetapi Haechan bereaksi lain.

"Habis? Itu tak ada makna untuk kau pecah masuk bilik kami while Jihae mandi." Haechan kata, cuba untuk mengusik Jaemin lagi. 

"Habistu? Takkan aku ganggu dia mandi kot? Kalau aku perempuan, tak pa lah. Aku laki, Jihae perempuan." Jaemin menyerang balik. 

"Ya, kau perempuan. Tegur sikit, dah merajuk." Haechan balas balik, membuat suasana mereka menjadi tegang. 

"Ha okay, stop gaduh. Haih, gurau korang boleh buat orang salah sangka tau." Jeno yang masih disitu, meleraikan pertengkatan mereka. Gaduh gurauan mereka seperti budak sekolah sahaja.

"Biasalah, Haechan dah lama tak ajak gaduh. Macam ni lah jadinya." Sebaik Jaemin berkata itu, Haechan telahpun lempar bantal pada muka Jaemin.

Disitu bermulalah pergaduhan bantal mereka berdua. Jeno cuba hentikan mereka berdua agar tidak kotorkan bilik mereka dengan bulu bantal tetapi sudahpun terlambat. 

"Kejap." Ujar Jaemin tiba-tiba, berhenti memukul bantalnya pada Haechan sambil memeriksa kocek seluarnya untuk sesuatu. 

"Mana phone aku?" Soal Jaemin.

"Ha hilang dah! Beli yang baru lah, Nana." Kata Haechan, terduduk semula atas katilnya sambil memanggil nama panggilan Jaemin.

"Takkan hilang. Mungkin ada dalam bilik kau. Nanti ambil lah, apa yang nak panik.." Jeno berkata berdasarkan pengalaman dia yang telah kenal Jaemin hampir seumur hidupnya, pasti yang telefon Jaemin berada dalam bilik dia.

"Aku akan dapat telefon dari pihak atasan pasal kerja. Alamak, takut tak sempat nak angkat call tu. Aku pergi ambil phone aku jap." Kata Jaemin yang terus keluar dari bilik tersebut untuk ambil telefon dia.

Kedua-dua Jeno dan Haechan berdiri terjegat di bilik mereka kerana Jaemin keluar begitu pantas sekali.

"Jap, bukan dia kata Jihae tengah mandi ka sekarang ni?" 

.
.
.

t b c

ara's note

assalam dan selamat hari raya kepada pembaca² sweetheart! minta maaf dan ampun if aku ada terbuat salah dan juga sbb selalu update story lambat 😂 disbbkan takleh nak bagi duit raya, kita bagi chapter baru saja lah dan harap semua stay safe sepanjang raya ni, patuhi sop dan kita jaga kita <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now