016

1.2K 137 3
                                    

Sepanjang malam itu, Jihae berkepit sebelah Jaemin dengan memegang tangan dia. Ramai sudah tersilap jangka mereka berdua adalah pasangan tetapi mereka menafikan sahaja. Ada masa Jaemin jalan terlalu laju dan Jihae tegur dia seperti Jaemin pesan.

" Enjoying the party? " Soal Encik Choi apabila dia ternampak Jaemin sedang duduk sambil makan bersama Jihae di sebelah dia.

Jaemin serta-merta bangun untuk bersalaman dengan Encik Choi dan mengucapkan terima kasih kerana menjemput dia datang. Jihae pula tidak berhenti makan kerana dia terlalu lapar.

" Awak datang seorang kah? " Soal Seojin telah ikut ayahnya. Dengan gaun ungu, kasut tumit tinggi yang mengikut warna gaun, aksesori yang mahal lagi cantik itu menampakkan kecantikan Seojin tetapi itu tidak tertarik kepada Jaemin.

" Tak lah, saya datang dengan rakan sekerja saya. " Balas Jaemin, menunjuk kehadiran Jihae yang sedang makan. Apabila namanya disebut, Jihae terbangun dan berikan penghormatan pada Encik Choi sambil mengucapkan terima kasih kerana menganjurkan parti ini. Seojin cuma mengerling sahaja mata dia.

Mereka bersembang-sembang lagi tentang kerja yang membuat Seojin bosan dan berlalu pergi ke tempat lain.

" Nanti saya hubungi kamu sebaik parti ini tamat. "

" Baiklah. Terima kasih, Encik Choi. " Balas Jaemin sambil tersenyum manis sehingga Encik Choi pergi berjumpa dengan orang lain. Jaemin duduk semula di sebelah Jihae.

" Sembang rancak nampak. " Ujar Jihae yang telah makan pencuci mulut yang ketiga dia. Terlalu lapar katanya. Atau bukan..?

" Tak larat lah asyik cakap tentang bisnes ja. " Kata Jaemin, merungut sambil melonggarkan tali leher dia sedikit.

" Bertenang, wahai Encik Na. Cuba rileks dengan makanan yang terhidang ni. " Kata Jihae, menenangkan fikiran Jaemin dengan makanan yang sedap yang telah terhidang depan mereka itu.

Jaemin mengambil satu makanan dan memakannya dengan satu suap sahaja. Dia tidak mahu mengotorkan tangannya. Mereka berdua bersembang untuk sementara waktu tentang apa yang mereka boleh sembangkan. Dari topik kerja ke topik masalah dunia seperti mengapa mereka masih membazir kertas ke topik ini...

" Aku nak tau something. Kau still tak ada girlfriend kah? " Soal Jihae, meletak kepalanya atas tangan yang sedang sandar pada meja. Jaemin terdiam seketika kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab jika dia sendiri tak berhenti memikirkan tentang Jihae.

" Ermm.. " Jihae terus memotong ayat Jaemin kerana dia sedar akan sesuatu.

" Lagu ni best lah! " Kata Jihae, mendengar lagu perlahan lagi rancak itu. Lagu itu merupakan lagu yang selalu dipasang di prom sekolah. Tidak tahu pula mereka akan pasang lagu tersebut di acara sebegini.

" Jom menari. " Ujar Jihae yang sudah berdiri dari tempat dia. Jaemin menolak tawaran dia dengan memberi alasan 'tidak tahu menari'.

" Menipu lah, orang yang kata tak tahu menari lah, tau menari sebenarnya. Jom. " Jihae berkata dan tarik Jaemin ke lantai tarian. Walaupun Jaemin tidak mahu kerana dia tidak mahu untuk perasaan dia berubah sepertimana dia rasa ketika di bangku sekolah pada Jihae lagi.

Mereka berdua berdiri di tengah-tengah lantai tarian. Jaemin tidak tahu apa yang hendak dibuat. Tambahan lagi, ramai orang yang sedang bergoyang kiri dan kanan tidak membantu dia.

" Kau ikut ja aku. " Ujar Jihae. Jihae mengajar bagaimana hendak Jaemin menari dan Jaemin ikut dengan pantas sekali.

" Tak susah kan.. " Ujar Jihae dan Jaemin tersenyum sahaja sambil melihat bawah agar kaki dia tidak terpijak kaki Jihae.

" Jaemin. " Ujar Jihae dan Jaemin pandang mata Jihae sebaik namanya disebut. Jihae terbantut akan apa yang hendak dia cakap kerana Jaemin. Cara Jaemin pandang dia itu teringatkan dia bagaimana Jaemin sering pandang dia ketika mereka berdua masih bersama. Walaupun ia cuma memandang satu sama lain, ia membuat Jihae rindu akan saat-saat begitu dengan Jaemin.

" Apa kau nak cakap? Jangan biar aku tergantung sini sambil pandang kau. " Ujar Jaemin yang sudah malu hendak pandang Jihae lama-lama. Jihae tertawa kecil kerana Jaemin sedar akan Jihae sedang renung muka dia.

" Kita tak pernah menari macam ni sebelum ni. " Ujar Jihae, teringatkan semula memori sekolah mereka.

" Yeah sebab sekolah kita tak pernah buat prom...? " Balas Jaemin, mengingatkan akan sekolah mereka tidak melakukan prom atau sebarang acara sebegini ketika mereka di sekolah dahulu.

" Okay, itu satu perkara tapi waktu kita bersama dulu, kita tak pernah buat ni. And ni actually first time aku. Even dengan Renjun pun aku tak pernah menari macam ni. " Kata Jihae.

Dia sejujurnya tidak pernah menari sebegitu dengan Renjun. Sebab itu dia berkata sedemikian. Bukan kerana dia tidak mahu tetapi mereka tiada masa untuk perkara sebegitu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dan ia menyentuh hatinya kerana dia akhirnya dapat menari sebegitu tetapi bukan dengan orang yang dia cintai.

" Well, ni pun first time aku juga. So jangan risau kalau kau pun buat salah. Aku lagi banyak salah. " Kata Jaemin, membuat Jihae tertawa.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now