053

395 78 2
                                    

"Tahniah, Puan Huang. Anak puan dah selamat dilahirkan!" Jururawat dan doktor semua bersorak dengan gembira apabila bayi Jihae sudah bersalin dengan selamat oleh Jihae. 

Jihae tersenyum dengan lemah setelah meneran bayinya keluar dari badannya. Jihae mencapai perlahan pada bayinya dan gembira bahawa cahaya mata yang pertamanya dilahir dengan selamat. 

"Kita akan uruskan anak puan sementara puan berehat yea." Doktor yang membantu Jihae bersalin itu berkata yang membuat Jihae angguk dengan perlahan kepalanya kerana terlalu penat. 

Dengan sekelip mata, Jihae menutup matanya agar dia boleh berehat sehingga terbangun semula. 

Sementara Jihae tertidur itu, ibu Jihae dan Jihoon yang menunggu akan Jihae bersalin itu, gembira dan lega bahawa Jihae dan bayinya telah selamat dilahirkan. Ibu Jihae bantu uruskan tentang informasi bayi Jihae dan Jihoon tidak berhenti bercakap kerana teruja akan dia akan pakcik. 

Jihoon yang teruja itu semestinya mesej pada Renjun akan kelahiran anak dia. 

Di China, telefon Renjun berdering yang telah membuat Renjun terjaga dari tidurnya. Dengan perlahan, Renjun mencapai telefonnya untuk lihat siapakah yang mesejnya dan setelah membaca mesej tersebut, Renjun tersenyum kerana syukur yang bayinya telah dilahir dengan selamat. 

"Siapa tu?" Soal ibu Renjun yang terduduk di sebelahnya di katil hospital itu. Ya, Renjun berada di hospital untuk dirawat kerana penyakitnya. Keluarganya ketahui akan penyakitnya dan sebab dia pulang ke China kerana ibunya suruh agar mereka dapat bantu Renjun sembuh dari penyakitnya. 

"Jihae, anak kami dah dilahirkan." Ibu Renjun menunjukkan riak wajah gembira kerana cucu pertamanya sudah dilahirkan. Tapi kegembiraan termati kerana teringat akan keadaan Renjun. 

"Rasanya kamu nak bagitahu Jihae tentang keadaan kamu sekarang?" Ibu Renjun soal dengan kerisauan. Renjun membuat muka berfikir untuk sementara dan menggeleng kepalanya. 

"Renjun janji dengan diri sendiri yang Renjun nak Jihae gembira sehingga Renjun tiada. Renjun tak nak dia menangis dan tak mahu tengok dia sedih sekalipun. Mahukan semua kegembiraan diberi pada Jihae sampai Renjun tiada." Renjun menjawab dengan menahan dirinya daripada menangis. 

"Mama pasti Renjun akan sihat, jangan risau. Mama akan doa, meminta semua bantuan yang diperlukan pada Renjun agar Renjun sihat okay?" Ibu Renjun berdiri dan terus memeluk lembut Renjun agar tidak cederakan dia. 

Dalam pelukan mereka itu, Renjun menitis airmata kerana ibunya masih lagi ada kepercayaan yang dia akan kekal hidup walaupun keputusan untuk setiap ujiannya di hospital itu sentiasa keputusan yang negatif atau buruk. 

;;;

Jihae terjaga dari tidurnya setelah lama tenggelam dalam dunia mimpinya dan apabila dia bangun, ibunya dan Jihoon telah menunggu Jihae bangun. 

"Eomma gembira untuk Jihae." Ibu Jihae memeluk Jihae dengan erat setelah Jihae sudah sedar akan apa yang telah berlaku. Jihae membalas pelukan ibunya dengan gembira. 

Jihae memandang ke kirinya dan disitulah cahaya matanya berada, sedang tertidur lena yang membuat Jihae hendak menangis kerana bayinya selamat dan sihat dilahirkan. 

"Muka dia separuh muka noona dengan Renjun hyung." Jihoon komenkan dan ibunya setuju dengan Jihoon. Jihae turut juga bersetuju tetapi dia tidak kisah tentang itu kerana dia lebih mementingkan yang cahaya mata dia telah dilahirkan. 

"Renjun dah tahu?" Jihae soal kepada dua ahli keluarganya dan Jihoon angguk kepalanya sambil menunjukkan mesejnya yang dihantar pada Renjun.

"Dia dah baca tapi belum balas lagi, mungkin sibuk dengan kerja dia." Jihoon kata dan Jihae pun fikir bahawa Renjun tengah sibuk bekerja di sana. 

"Tak pa, nanti dia balas lah balik tu." Ibu Jihae berkata untuk beri semangat pada Jihae agar dia tidak terkesan akan Renjun tidak membalas apa-apa tentang hal ini. 

Sejam kemudian, ramai datang lawat Jihae untuk melihat bayinya. Hyejin teruja untuk jumpa si bayi itu dan gembira kerana Jihae dah bersalin dengan selamat, Haruto pula tidak sabar untuk manja dengan bayi Jihae dan pastinya dia akan jadi pakcik yang terbaik diantara semua orang.

"Excuse me, aku lah yang akan jadi pakcik terbaik dia." Jihoon pula menyampuk dalam hal ini. 

"Diam, budak. Kau cuma budak, boleh buat apa je? Aku boleh beli semua mainan dia nak.." Haruto menyerang semula. 

"Aku boleh jadi pakcik dan abang dia pada waktu yang sama." Jihoon berkata dan Haruto seperti ditembak kerana serangan Jihoon. Haruto yang selalu sibuk itu semestinya tidak boleh berada di sisi Haejun (anak Jihae) sentiasa. 

Ibu Jihae keliru mengapa anaknya dan Haruto, bekas pelajar Jepun Jihae itu sedang bertengkar dan Jihae pun terangkan pada ibunya. Perbualan ini sudah menjadi satu gurauan diantara Jihae dan semua kawan dan adik lelakinya itu. Semua nak sangat jadi pakcik terbaik Haejun. 

.
.
.

t b c

ara's note 

hi hello semua! aku harap korang enjoy chap kali ni dan chap kali ni aku taip lebih panjang sikit sbb why not right hehe anyways stay safe semua dan stay healthy <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now