059

446 78 9
                                    

Setahun sudahpun berlalu sejak kematian Renjun dan Jihae sudahpun move on daripada kehidupan lamanya yang dibantu oleh ramai orang; ibunya, Jihoon, Jaemin, Jeno, Haechan, Chenle, Jisung, Hyejin dan semua orang disekelilingnya. 

Walaupun ia menyakitkan untuk Jihae meneruskan kehidupannya tanpa Renjun tetapi dia cuba yang terbaiknya dan menunjukkan pada Renjun bahawa dia bahagia dan menunaikan janjinya pada Renjun. 

"Okay itu sahaja untuk meeting hari ni, semua boleh bersurai." Semua pekerja yang berada dalam bilik perjumpaan itu beredar keluar setelah bos telah bersuraikan mereka, termasuk juga untuk Jihae. 

"Ah, Jihae. Tunggu kejap, saya ada sesuatu nak bagitau." Sebelum Jihae boleh keluar, Jaemin sudahpun tahan dia daripada keluar. Jihae berasa gementar kerana Jaemin kemungkinan tahan dia sebab dia ada buat kesalahan dalam kerjanya atau sebab lain. 

"Hujung minggu ni, awak free tak?" Soal Jaemin dan Jihae menggeleng kepalanya, menandakan dia tiada apa-apa hal pada hujung minggu itu kecuali jaga Haejun sahaja. 

"Minggu ni, jom pergi makan sama-sama. Nana belanjakan." Jihae terkejut yang Jaemin menjemput dia makan bersama-sama dengannya pada hujung minggu itu. 

"Sure, boleh je. Tapi kenapa tiba-tiba? Ada apa-apa berlaku ke?" Soal Jihae dengan kecurigaan. 

"Saja, kita dua dah lama tak keluar bersama dan Hae pun dah banyak bantu Nana dalam kerja ni jadi, apa kata Nana balas budi Hae dengan belanja makan..?" Jaemin jawab dengan rasa keraguan kerana takut jawapan tidak diterima oleh Jihae.

"Oh, okay. Nanti Nana mesej Hae details." Jawab Jihae dengan senyuman dan beredar dari bilik perjumpaan itu. Jaemin menghembuskan nafas berat yang dia tahan selama itu kerana telah berjaya mengajak Jihae keluar dengannya. 

"So, kau dah ajak ke?" Tiba-tiba, Jeno masuk ke dalam bilik perjumpaan itu, teruja untuk tahu apa jawapan Jihae itu dan Jaemin menunjukkan ibu jarinya, menandakan dia telah berjaya. 

"Yes, akhirnya! Kau pun akan..buat tu juga ke?" Jeno soal lagi tentang 'hal' yang Jaemin ingin beritahu pada Jihae tetapi tiada keyakinan.

"Yes. Dah berbulan aku simpan benda ni. It's now or never." Jaemin jawab dengan penuh keyakinan. 

"Good luck, bro. Aku harap everything goes well untuk kau." Jeno fist-bump Jaemin, mengucapkan selamat berjaya pada Jaemin agar semua berjalan dengan lancar untuknya. Apa sebenarnya Jaemin hendak lakukan?

;;;

Sabtu malam menjelang dan Jihae sudahpun siap-siap cantik dalam pakaiannya. Dengan gaun hitam tanpa lengan dan panjang paras baha, beg tangan hitam, kasut tumit tinggi hitam dan stail rambut yang elok telah melengkapkan penampilannya untuk keluar makan bersama Jaemin.

Ternyata, mereka akan pergi makan di restoran lima bintang. Ia terlalu mewah untuk membalas budi Jihae bantu Jaemin tetapi rezeki jangan ditolak maka, Jihae ikut sahaja apa yang Jaemin suruhkan. 

Sedang Jihae menyusu Haejun, terdengar bunyi kereta hon diluar rumahnya. 

"Ha, Jaemin dah sampai tu." Ibunya pesan dan Jihae serahkan Haejun pada ibunya.

"Jangan lupa tukar lampin Haejun tau."

"Okay."

"Dan jangan lupa basuh botol susu dia."

"Okay, eomma tahu."

"Dan jangan-"

"Okay, Jihae. Eomma tahu, jangan risau. Ingat eomma tak tahu ke..." Ibu Jihae berkata kepada Jihae yang tidak berhenti risau itu. Jihae cuma tunjukkan muka risaunya pada Haejun. 

"Tak perlu risau, eomma ada. Dah, jangan lambat, Jaemin tengah tunggu tu." Ibunya berkata dan Jihae sempat mencium Haejun sebelum dia pergi. Haejun cuma tersenyum apabila Jihae menciumnya. 

Jihae terus memasuki ke dalam kereta Jaemin sebaik pintu dibuka kepadanya. Jaemin yang berpakaian segak dalam sut hitamnya, membuat mereka sepadan untuk aktivit mereka. Jaemin tersenyum apabila melihat Jihae dalam pakaian cantiknya. 

Mereka berdua meneruskan perjalanan mereka ke restoran yang telah ditetapkan. Jihae berasa tidak sabar untuk aktiviti malam mereka itu. 

Setelah 10 minit perjalanan ke sana, akhirnya mereka telah sampai ke restoran tersebut. Jihae menjangkakan ia akan jadi satu aktiviti makan malam biasa tetapi sebaik mereka berdua keluar dari kereta, dua orang pengiring telah datang untuk mengiring mereka masuk ke dalam restoran. 

"Nana, tak rasa ni macam terlalu mewah untuk makan malam biasa ke?" Jihae yang merapatkan badannya pada Jaemin itu, berbisik pada Jaemin. 

"Nana tak kata pun makan malam biasa kan.." Jaemin balas dengan tersenyum sedikit di hujung bibirnya. Dia juga terasa tidak sabar apa akan mereka terungkap pada malam itu. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! korang rasa kenapa jaemin suddenly ajak jihar keluar makan malam? 😏 cer teka, cer teka 🤪 HAHAHA anyways, harap korang enjoy this chap ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now