007

1.3K 164 3
                                    

Hari semakin senja dan mereka semua pulang ke rumah mereka masing-masing. Chenle pulang ke rumah banglo dia di Gangnam, Jisung pulang ke asrama dia awal kerana dia hendak siapkan kerja dia sebelum kelas pada esok hari dan Haechan menghantar Chaeyeon balik dahulu kemudian baru dia pulang.

Tinggal Jihae, Renjun, Jaemin dan Jeno sahaja di sana, ingin mengucap selamat tinggal kepada masing-masing.

" It was nice dapat jumpa semula dengan korang. " Ujar Renjun dengan mesra kepada mereka dengan Jihae berjalan sebelahnya dan menuju ke kereta pasangan suami isteri itu.

" Kan...aku rasa lega lepas kerja semalam. " Balas Jeno sambil tersenyum. Jaemin mengetap bibirnya, kelihatan seperti hendak berkata sesuatu tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak berkata.

Renjun sedar akan Jaemin lalu dia berkata...

" Jaemin, kau ada sesuatu nak kata pada Jihae? " Kata Renjun, membuat Jeno dan Jihae terkejut. Jaemin terus berpaling kepalanya kepada Jihae dan Jihae turut pandang Jaemin.

" Aku nak minta maaf pada apa yang aku buat pada kau dulu. " Ujar Jaemin sambil tunduk 90 darjah kepada Jihae. Jeno dan Jihae terkejut melihat Jaemin berkelakuan sebegitu.

" Aku sejujurnya tidak sengaja nak bagi kau menangis and segalanya lepas aku pergi Australia. Sebab dare bodoh tu lah. Sorry, again. " Kata Jaemin dengan ikhlas hati meminta maaf kepada Jihae.

Jihae tidak tahu hendak berkata apa lalu dia pandang Renjun untuk pertolongan. Renjun angguk kepalanya dan Jihae pandang balik Jaemin.

" Well, apa yang kau tu masih aku takkan lupa tapi aku akan buatnya sebagai pengajaran jadi aku maafkan kau. Also, ni tak bermakna aku akan lupakan apa yang kau buat tapi kita masih boleh berkawan. " Balas Jihae dan Jaemin tersenyum lebar apabila Jihae maafkan dia.

Jaemin menjadi gembira dan hendak peluk Jihae tetapi Renjun halang dia sebelum badannya membuat kontak dengan badan Jihae. Jeno dan Jihae tertawa kecil melihat aksi mereka.

" Also, aku nak tahu siapa yang bodoh bagi dare tu? " Kata Jihae sambil senyum padahal dalam diri dia, sudahpun membakar.

Renjun dan Jaemin tidak tergesa-gesa untuk menunding jari mereka kepada Jeno yang terus bereaksi secara terkejut. Jihae kelihatan marah dan mula mengejar Jeno yang sudahpun berlarian itu.

Renjun dan Jaemin mampu tergelak melihat mereka berdua berkejaran.

Keesokan harinya tiba dan Jihae pada petang hari sudahpun keluar rumah kerana dia hendak keluar dengan Hyejin.

" Kita datang ke mall nak beli barang-barang kau sahajakah? " Soal Hyejin apabila mereka berdua dalam pasar raya.

" Lepas ni kita pergi lah makan or lepak mana-mana. " Ujar Jihae, melihat barang-barang yang dia mahu beli telah ditawarkan di pasar raya itu.

Hyejin angguk sahaja kepalanya sambil mengikut Jihae dari belakang.

" So any occasion kenapa kau ajak aku datang? " Soal Hyejin yang turut juga melihat beberapa baju dalam.

" Oh, saja. Salahkah nak ajak unnie datang? Unnie sendiri kata unnie selalu bosan di rumah so, Jihae ajak unnie. " Jawab Jihae setelah mengutip beberapa barang.

" Hummm... " Itu sahaja Hyejin katakan kemudian. Mereka berdua sambung lagi mencari barang-barang yang Jihae mahukan bersama. Hyejin pun turut memutuskan untuk beli juga.

Setelah berada di dalam pasar raya selama satu jam, mereka berdua akhirnya keluar dari sana setelah membayar barangan pilihan mereka. Jihae banyak membeli barang- barang dapur manakala Hyejin membeli beberapa barang dapur dan juga barang untuk anak dia.

Mereka berdua singgah ke 4Fingers dan nikmati ayam yang sedap itu bersama.

" So, ada apa-apa rancangan lepas ni? " Hyejin tanya sambil makan kepak ayam dia.

" Urm, no. Same as usual. How about you, unnie? " Balas Jihae, menghirup minuman pilihan dia.

" Hubby nak ajak pergi Hawaii tapi si Haeyoung tengah sakit jadi plan kami tertunda sampai Haeyoung sihat. " Jawab Hyejin, mengelap mulutnya dengan tisu. Jihae agak cemburu yang rumahtangga Hyejin lebih bahagia darinya kerana sudahpun mempunyai cahaya mata mereka.

" Jihae cemburu tengok unnie, husband unnie dengan anak unnie. Mesti bahagia kan.. " Ujar Jihae, melepaskan keluhan berat.

" Kau masih tak cakap dengan Renjun lagi kah? " Soal Hyejin, bertanya tentang mereka mempunyai anak mereka tersendiri.

" Dah sembang pasal benda ni banyak kali dah tapi tu lah, kami dedua sibuk. " Balas Jihae, bermain-main dengan makanan dia. Hyejin pula melepaskan keluhan berat, kesian pada Jihae.

" Apa kata korang dua pergi bercuti? Mana tau boleh dapat. " Cadang Hyejin. Jihae pernah terfikir hendak bercuti tetapi dia sendiri mempunyai kerja yang sibuk.

" Nanti Jihae fikirkan. " Balas Jihae.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now