052

414 75 9
                                    

Bulan Mac telahpun tiba dengan pantas sekali. Pejam, celik, pejam, celik, bulan dimana anak Jihae dan Renjun akan beranak telahpun tiba. Jihae semestinya gementar dan teruja pada waktu yang sama bahawa cahaya mata pertama mereka akan keluar tidak lama lagi.

Jihae yang telah siap dengan semua peralatan dan barang-barang untuk kelahiran bayinya itu membuat Jihae makin tidak sabar hingga berdoa agar bayinya akan selamat sampai ke dunia ini.

Tetapi setiap kegembiraan, mestilah ada kesedihan dia juga. Apa yang buat Jihae sedih pada bulan Mac ini?

"Perlukah Injoon pergi? Tak boleh ke Injoon work from home?" Ternyata, Renjun harus beredar dari Korea ke China kerana pekerjaannya.

"Diorang perlukan Injoon, Hae. Takkan Injoon nak tolak permintaan boss pula..." Renjun balas balik, tanpa meninggikan suaranya kepada Jihae.

"Lepas tu, Injoon takkan teman Hae di hospital ke?" Jihae menjuihkan bibirnya dengan sedih.

"Ibu Hae kan ada, Hyejin noona, Haruto, Jaemin, Jeno, ramai lagi. Takkan Hae asyik nak bergantung pada Injoon je selalu..." Renjun berkata dan Jihae mampu menjuihkan bibirnya kerana dia cakap itu adalah betul. Dia pun harus hidup berdikari juga.

Renjun faham perasaan isterinya itu tetapi sebanyak mana dia nak teman Jihae sepanjang dia beranak, dia harus ke China, sebelum ia terlambat.

"Jangan sedih, Hae. Setiap hari, Injoon mesej Hae, video call Hae dan terutamanya sekali, Injoon akan bawa balik macam-macam makanan dan cenderahati untuk Hae." Sebaik menyebut perkataan makanan, Jihae terus menjadi gembira. Bercakap tentang makanan sahaja, Jihae orang pertama.

"Okay, Hae benarkan Injoon pergi. Tapi jangan lupa janji yang Injoon akan mesej, call dan bawa balik makanan untuk Hae." Renjun angguk kepalanya dengan kefahaman dengan apa Jihae katakan itu.

"Semestinya, pernah ke Injoon ingkar janji kita..." Renjun mengusap perlahan kepala Jihae dengan penuh kasih sayang. Jihae setuju dengan apa Renjun cakapkan, Renjun tidak pernah patahkan apa-apa janji mereka sepanjang mereka berkahwin.

Dengan itu, Renjun pun beredar dari Korea untuk China dua minggu sebelum tarikh Jihae beranak. Sebenarnya, Renjun bukan balik ke China untuk kerja tetapi untuk luangkan masa dia dengan keluarga dia sebelum apa-apa berlaku padanya.

Renjun sendiri tidak percaya yang dia benar-benar tidak mahu lihat muka sedih atau muka menangis Jihae sebelum dia mati. Ia akan menyakitkan lagi hati dia untuk tinggalkan Jihae. Sudah cukup dia hadapi penyakit ini, tidak perlulah dia tambahkan lagi kesakitan pada hatinya.

Masa berjalan begitu pantas sekali dan sudahpun seminggu sebelum tarikh Jihae beranak. Semestinya Jihae meminta surat cuti bersalin dari Jaemin untuk seminggu agar dia boleh siap sedia dengan perkara ini.

Sepanjang Jihae di hospital itu, dia ditemani oleh ibunya. Kadangkala Hyejin, Haruto, Mina dan Wooyoung datang melawat dia untuk tengok keadaan dia. Dreamies turut berbuat demikian agar dapat memberi sokongan pada Jihae sebelum tarikh bersalin dia.

Jaemin tersenyum apabila melihat Jihae berperasaan baik sepanjang lawatan dia kerana seperti yang dia dijanjikan dengan Renjun, dia harus menjaga Jihae, termasuk juga menjaga mentaliti Jihae.

Malam hari sudah menjelang dan Jihae masih tidak tidur lagi. Kenapa? Dia sedang membuat panggilan video dengan Renjun, seperti yang Renjun janjikan sebelum di terbang ke China.

Video Call with Injoon 💘

Injoon okay tak kat sana?

Okay je, susahlah sikit tapi boleh je

Hmm, Hae cuma risau sebab Injoon kerja bawah panas dengan penyakit Injoon yang tak pulih lagi.

Ah, jangan risau lah. Injoon boleh.

Okay...tapi hati-hati tau.

Okay, milady!

Haha, comel. Hari ni, ramai orang datang lawat.

Ohhhh, siapa datang?

Hyejin unnie, Haruto, Mina, Wooyoung, Dreamies...Semua lah lawat.

Baguslah, see, kan Injoon kata, ada orang akan temankan Hae waktu Injoon tak ada.

Ye, tahu...tapi lagi best kalau Injoon temankan...

Yeah...tapi nak buat macam mana...nak kena jaga keluarga kita nanti..

Hehe, tak sabar pula nak bersalin sebab nak jumpa anak kita. Mesti dia comel.

Semestinya, dia kena comel macam Hae.

Tak tak, dia kena comel macam kita...dia kena ada mata macam Injoon, bibir macam Hae, hidung macam Injoon...semua lah. Hae nak bila dia dah keluar, dia kena radiate kita dua sebab dia anak kita.

Injoon setuju.

Injoon nampak penat, kita end call je lah.

Teruskanlah. Injoon boleh teman Hae sampai Hae tidur.

Tak pe lah. Injoon kan ada kerja esok jadi baik Injoon tidur awal. Nanti lambat pula, siapalah nak kejut Injoon kalau Injoon lambat...

Betul juga tu...

Haha. Okaylah, goodnight Injoon. Sweet dream~

Night night, sayang. Jumpa esok.

Ended Call with Injoon 💘

Jihae meletak telefonnya ke tepi dan tenung ke atas, lampu yang menerang bilik bersalinnya itu. Beberapa saat kemudian, dia menekup ke mukanya dan menjerit padanya.

Muka Jihae menukar menjadi merah kerana tidak pernah Renjun memanggilnya dengan nama panggilan sayang disebabkan dua-dua telah biasa memanggil Injoon dan Hae hingga tidak memanggil dengan nama panggilan selain dua itu.

Dia harus memberitahu Renjun agar mula memanggilnya sayang disebabkan ia betul-betul mencairkan hatinya dan dia suka akan panggilan itu. Walaupun agak klise tetapi Jihae suka.

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! haaaa nak dekat dah gais, the moment yall been waiting for >< semalam aku dah taip bnyak draf untuk story ni and gais, tak sangka aku boleh buat story sedih mcm ni 🥺 anyways, korang support siapa? jihaexrenjun or jihaexjaemin? btw hope korang enjoy chap kali ni dan abaikan if ada pembetulan 😂

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now