054

395 76 12
                                    

Seminggu sudahpun berlalu dan Jihae telahpun pulang balik ke rumahnya. Well, bukan rumah dia tapi rumah ibunya kerana Renjun masih lagi tak pulang maka, dia duduk sementara dengan ibunya.

Setiap hari Jihae adalah hari kegembiraannya kerana dapat melihat Haejun, sayang betul dia pada anaknya itu.

Setiap hari juga dia menunggu akan kepulangan Renjun dan tidak berhenti mesej dan hantar gambar Haejun padanya kerana Renjun harus tahu apa yang sedang berlaku dalam kehidupan Haejun.

Suatu hari, di petang hari, Jihae sedang menjaga Haejun yang ditemani oleh Jihoon dan ibunya di dapur sedang masak. Senyuman di bibir Jihae tidak lekang kerana melihat Haejun bermain-main dengannya.

"Wah...macam ni ke Jihoon dulu?" Soal Jihoon pada Jihae apabila melhat Haejun mengalir airliur dari bibirnya.

"Yes, Jihoon. Tapi kau tu, buas macam haiwan, tak pandai duduk diam. Suka sangat merayap sana-sini. Tu sebabnya jadi macam ni." Jihae balas balik apabila mengingat semula kenangannya apabila Jihoon sudah berusia dimana dia sudah ada akal minda dan Jihae penat menjaganya ketika itu.

"Eyy, mana ada."

"Tak percaya? Eomma, dulu Jihoon suka kelaur rumah dan main kan?" Jihae jerit pada ibunya untuk mendapat kepastian dari ibunya disebabkan Jihoon tidak percaya akan apa kakaknya cakapkan.

"Ye, tapi dia tak sebuas kamu, Jihae. Dua-dua sama saja, suka susahkan eomma." Ibu Jihae menyerang semula dan terbuat Jihae merungut kerana ibunya cakap sesuatu yang tidak benar tapi Jihoon cuma tertawa kerana dia dengan kakaknya tiada bezanya.

"Tapi, tanpa anak-anak kesayangan eomma, kehidupan eomma jadi makin meriah dan gembira." Ibu mereka yang baru lepas mencuci pinggan mangkuk itu terus memeluk mereka berdua dari belakang. Dua adik-beradik itu tersenyum gembira sambil tertawa.

Jihae suka akan saat ini: saat dimana semua masalahnya hilang dan digantikan dengan kegembiraan sesama ahli keluarga. Dia mahukan saat ini kekal buat selamanya tetapi dalam semua kegembiraan, mestilah ada kesedihannya.

Tiba-tiba, Jihae mendapat panggilan telefon dari ibu mertuanya dan Jihae meminta dirinya untuk ambil ruangnya sendiri untuk bercakap dengan ibu mertuanya.

Voice Call with Mother-In-Law 💖

Hello mama!

Hi Jihae sweetie...

Kenapa call ni? Nak tanya pasal Haejun ke? Dia okay je-

Ni pasal Renjun...

Oh? Kenapa dengan Renjun? Dia okay ke? Alamak, dia tak sihat ke..?

Pertama sekali, jangan terkejut bila Mama cakap ni. Dan, janji dengan Mama yang Jihae jangan menangis pasal benda ni-

Apa ni, Mama? Macam benda yang serius je berlaku...?

....

Mama? Mama masih dalam call ke?

Renjun...dia dah meninggal dunia semalam...

Ma...Biar betul? Renjun mungkin sakit tapi takkan sampai dia mati...kan?

Sebenarnya, Renjun ada penyakit kanser paru-paru semenjak kamu mengandung lagi dan...Penyakit dia makin merebak sampai...doktor tak sempat nak selamatkan dia...Maafkan Mama, Jihae. Mama cakap benda betul ni...

....

Okay, Mama pergi dulu. Kalau Jihae nak datang lawat kubur dia, bagitau Mama. Mama sediakan flight untuk Jihae. Tapi janji dengan Mama yang Jihae jangan nangis okay...Bye...

Ended Call with Mother-In-Law 💖

Dan begitu sahaja, dunia Jihae yang gembira dan penuh dengan kata-kata positif itu hancur depan matanya dengan sekelip mata.

Renjun, suami kesayangannya yang sudah lebih lima tahun mereka kahwin itu sudahpun meninggal dunia, kerana penyakit kanser paru-paru yang dia sendiri tidak tahu dari Renjun.

"Noona, jom makan. Eomma dah siap masak!" Jihoon pergi ke Jihae untuk memanggilnya kerana ibunya telah siap masak makanan tapi Jihae tidak balas.

Jihoon keliru mengapa kakaknya tidak menyahut panggilannya lalu memeriksa jika ada sesuatu berlaku pada kakaknya dan terkejut untuk melihat Jihae kelihatan menangis tiba-tiba.

"Noona! Noona okay tak? Kenapa menangis?" Jihoon mula panik dan risau akan kakaknya yang menangis teresak-esak itu.

Ibu mereka pula datang untuk panggil dua beranak itu kerana apa yang diambil masa lama untuk Jihoon panggil Jihae dan terkejut untuk melihat Jihoon cuba untuk memujuk Jihae daripada menangis.

"Ya Tuhanku, kenapa menangis ni, Jihae?" Ibunya soal dengan penuh kerisauan.

"Eomma...Injoon...dia tinggalkan Jihae...Uwahhhhh!" Jihae mula menangis dengan teresak-esak sambil teriak kerana berita buruk itu.

Ibunya tidak faham apa yang dimaksudkan Jihae tapi terus memeluknya tanpa sebarang ragu. Injoon, kenapa tinggalkan Hae? Kenapa?! Injoon dah janji yang kita akan jaga anak kita sama-sama?! Kenapa?!

.
.
.

t b c

ara's note

dun dun dun! ok kematian renjun tu tak...mcm mna nak kata, boom sngat sbb aku srsly nak forward cepat citer ni and yeah...sorry if anyone of yall menangis. T.T anyways hope yall enjoy(?) chap ni, agak depressing sikit chap ni T.T

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now