056

393 73 1
                                    

Beberapa hari kemudian sudahpun berlalu dan Jihae mengambil keputusan untuk melawat kubur Renjun yang berada di kamung halaman Renjun di China itu. Jihae telah berhubung dengan ibu mertuanya untuk lawat kubur Renjun.

Setelah Jaemin mengetahui info tersebut kerana Jihae mesej dia, Jaemin turut juga menentukan yang dia akan pergi sekali dengan Jihae. Walaupun Jihae tidak mahu ditemani tapi Jaemin hendak juga sertai dia sekali. 

Jihae yang malas nak berkata lebih, benarkan sahaja Jaemin pergi sekali dengan dia dan mereka pun mendarat ke China bersama dan pandu dengan kereta sewa yang Jaemin sudah sewakan beberapa hari sebelum dia sampai ke China.

Sebaik sampai di rumah ibu mertua Jihae, Jihae terus memeluk ibu mertuanya apabila kelibat ibu mertuanya dalam pandangan Jihae. 

"Maafkan Jihae sebab lambat...Jihae ambil masa untuk kuatkan diri untuk datang sini.." Jihae berkata dengan sayu sekali dan ibu mertuanya faham akan perasaan Jihae. 

"It's okay, Jihae. Mama faham...Jaemin kenapa tak datang sekali dengan Chenle dan yang lain?" Soal ibu Renjun sebaik nampak Jaemin tidak jauh dengan dua wnaita itu. 

Ibu Renjun semestinya kenal Jaemin disebabkan Jaemin seringkali datang ke rumah Renjun ketika mereka di usia yang muda untuk bermain bersama.

"Oh, tolong temankan Jihae sekali. Tak nak dia datang seorang diri pula.." Jaemin jawab dan ibu Renjun angguk sahaja kepalanya, memahami situasi tersebut. 

Mereka yang telah sampai ke rumah Renjun pada pagi hari itu telah lawat ke kubur Renjun pada petang hari. Cuaca mendung memaparkan bagaimana perasaan mereka pada ketika itu. 

Jihae dan Jaemin mengambil masa mereka untuk mendoa dan juga berikan kata-kata mereka. Jihae mendekatkan dirinya pada batu nisan itu dan memberi sepatah dua kata. 

"Injoon, Hae harap Injoon sihat di sana. Maafkan Hae kalau Hae pernah buat salah pada Injoon dan Hae janji yang Hae akan sentiasa senyum untuk Injoon dimana sahaja Injoon berada." Jihae berkata yang cuba untuk senyum itu tetapi gagal kerana melihat kubur Renjun yang cantik dan bersih itu membuat semakin susah nak senyum. 

Jaemin memegang tangan Jihae dan memujuknya untuk tidak menangis. Ini terlalu susah untuk Jihae terima. Sehidup semati dia mati begitu sahaja, tanpa selamat tinggal. 

Setelah selesai lawatan mereka di sana, mereka berdua pulang ke rumah ibu Renjun semula, disebabkan ibu Renjun telah sediakan bilik untuk Jihae di rumahnya, di sanalah mereka akan bermalam. 

Malam menjelang dan ia masa untuk mereka tidur. Jaemin cuba untuk tidur dengan gerakkan badan dia ke kanan dan ke kiri tetapi masih tidak berjaya. Dia masih terjaga pada malam itu. Jaemin melihat sahaja Jihae yang tertidur di katil sebelahnya itu. Mereka berdua terpaksa tidur sebilik. 

Mukanya yang menghala ke arah lain itu merupakan pandangan untuk Jaemin. Jaemin risau bagaimana Jihae akan atasi perkara ini. Dan bagaimana harus dia cuba menjaga Jihae. Renjun, dare ni terlalu susah untuk aku sendiri. T.T

"Jihae, kau dah tidur ke?" Soal Jaemin dengan perlahan untuk tidak membising di dalam rumah warga orang tua itu. Tiada balas bermakna Jihae sudahpun tidur. 

"Aku tak tahu kau akan dengar atau tak tapi Renjun dah lama bagitau aku pasal penyakit dia. Aku dah lama simpan rahsia dia tapi dia tak nak kau risau pasal dia, dia suruh aku simpan rahsia dia dari kau." Jaemin mengaku akan perkara tersebut kepada Jihae.

"Kau mungkin akan benci aku lebih sebab simpan rahsia ni dari kau tapi dia betul-betul nak kau gembira selalu dan tak perlu risau pasal dia. Dia tak nak kau murung macam dulu, waktu aku tinggalkan kau dulu." Jaemin mula mengingat balik memori lama itu. 

"Dan dia dare aku something. Dia dare aku untuk jaga kau untuk dia selama seumur hidup aku. Kau mesti terfikir kenapa dia nak aku jaga kau kan? Sebab aku dengan dia je tahu kau macam mana." Jaemin teruskan lagi penerangan dia. 

"Kami dua je tahu yang kau ni susah nak berbuka kepada orang baharu, kalau ada pun, kau takkan bagitau keseluruhan hidup kau pada diorang. Sekadar basic info pasal kau je. Tapi kami berdua je yang kau paling percaya, paling layak untuk jaga kau." 

"Kalau aku tak ada, dia ada untuk jaga kau. Dan kalau dia tak ada, aku ada untuk jaga kau. Disebabkan dulu aku pernah janji dengan dia, suruh dia jaga kau lepas aku belajar di Autralia. Kali ni, giliran aku pula untuk jaga kau." Jaemin menghembuskan nafasnya setelah mengaku segala perkara yang dia dan Renjun simpankan. 

"Jadi, aku harap kau dapat berbuka semula dengan aku agar aku boleh buat dare Renjun bagikan dan juga jaga kau pada waktu yang sama." Sebaik Jaemin kata itu, dia memusing badannya ke arah lain dan menutup matanya untuk tidur. 

Setelah beberapa minit lalu, Jihae membuka matanya dan cuba untuk proses apa yang Jaemin cakapkan tadi. Sebenarnya, Jihae cuba hendak tidur tadi tapi sebaik Jaemin mula bercakap, rasa tidur itu hilang dan terdengar apa yang Jaemin mengakukan tadi. 

Tak sangka, ada orang seperti Renjun dan Jaemin wujud dalam hidup aku. Sesungguhnya hidup aku dibuta dengan kegembiraan yang dipanggil Renjun dan Jaemin di depan aku. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! hope korang enjoy chapter kali ni dan stay healthy, stay safe and be happy always ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now