005

1.3K 173 24
                                    

Keesokan harinya, Renjun bangun pagi apabila penggeranya berdering buat kali ke berapa entah pada pagi itu. Ia sudahpun pukul 9 pagi.

Renjun bangun dari katil dia dan cuba ingat semula apa yang berlaku semalam. Dia sekarang berada di rumah mak mertua dia dan sebelahnya Jihae sedang tidur dengan nyenyak. Dia tersenyum melihat muka comel Jihae pada pagi hari itu. 

Kemudian, Renjun mencapai telefonnya untuk periksa apa-apa notifikasi dan ternyata ada mesej dari groupchat kawan-kawan dia. Dia baca satu per satu dan ternyata mereka mahu berjumpa pukul 2 petang nanti.

" Nak tak aku bawa Jihae sekali? " Monolog dalaman Renjun pada sambil melihat Jihae tidur. Lalu dia mesej Jeno secara peribadi.

jenojam

jeno
leh tak aku bawa
jihae sekali?

sure
the merrier the better right?

thanks
kenapa tetiba nak buat meet up?

oh, saja
nak lepak y'know

right
jumpa pkl 2

Renjun meletak semula telefonnya atas meja dan bangun dari katil tapi sebelum dia berbuat demikian, Jihae tarik dia sebelum Renjun bangun dari katil.

" Nak pergi mana awal-awal pagi ni... " Kata Jihae dengan mamai. Renjun tersenyum kecil dan genggam tangan Jihae dengan lembut.

" Bangun, sayang. Dah nak dekat pukul 10 pagi. " Renjun kata perlahan kepada Jihae dan sempat mengucup perlahan dahi Jihae.

" Tak mahu, nak tidur lagi. Nak Injoon baring sebelah Hae lagi. " Kata Jihae dengan kebudak-budakan. Renjun tawa kecil dengan kemamaian Jihae.

" Bangun yea sayang? Kita ada perjumpaan yang harus kita hadiri. " Kata Renjun, terlepas dari genggaman Jihae dan berlalu masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri.

Pasangan suami isteri itu telahpun pulang ke rumah mereka setelah bersarapan pagi di rumah ibu mereka.

Kini, mereka berdua sedang bersiap untuk keluar bersama. Renjun mengajak Jihae keluar bersama untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.

Jihae sudahpun siap dengan pakaiannya dan sedang membuat make up dia.

Renjun pula sedang menyikat rambutnya setelah mengeringkan rambutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Renjun pula sedang menyikat rambutnya setelah mengeringkan rambutnya. Jihae yang nampak Renjun sedang mempunyai masalah dalam membetulkan rambutnya lalu Jihae sukarela bantu dia cantikkan.

" Ish, rasa kesian pula tengok Injoon susah nak betulkan rambut. " Kata Jihae mendekatkan dirinya untuk cantikkan rambut Renjun dengan menjengket untuk sama tinggi dengan Renjun.

Renjun pejam matanya sambil senyum apabila Jihae betulkan rambut dia. Renjun ambil kesempatan itu untuk meletak lengannya pada pinggang Jihae lalu menarik Jihae lagi dekat dengan Renjun. Jihae tidak kisah dengan tindakan Renjun malah, lebih senang untuk dia sikat rambut Renjun.

Setelah selesai Jihae betulkan rambut Renjun, Renjun membuka matanya dan senyum pada Jihae.

" Thanks, sayang. " Ujar Renjun dan curi sekucup ciuman pada bibir Jihae sebelum dia melepaskan dirinya dari Jihae.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta mereka dan menuju ke lokasi mereka.

Sekumpulan rakan-rakan telahpun sampai ke tempat perjumpaan mereka. Seseorang telah membawa teman bersama dengan mereka.

" Wow! Sejak bila pula Haechan ada girlfriend ni? " Mereka semua mula mengusik Haechan apabila dia datang dengan seorang perempuan.

" Dia bukan girlfriend aku lah. Dia anak murid tarian aku. " Balas Haechan sambil memperkenalkan si gadis yang bernama Chaeyeon itu kepada mereka.

" Dan ada sebab kenapa kau bawa dia datang? " Ujar mereka lagi, mengusik Haechan yang berasa malu untuk beritahu apa sebab dia bawa Chaeyeon ke mari.

Mereka semua tertawa melihat Haechan yang bertukar menjadi merah itu manakala Chaeyeon tawa kecil melihat mentor dia malu.

" Ish, mana Huang Renjun ni? Dia pula yang lambat datang. " Kata Chenle, melihat Apple Watch dia untuk lihat masa.

Sebaik Chenle kata itu, datang sudah pasangan suami isteri itu sambil berlari dan berpegangan tangan.

" Ingatkan dah lupa jalan nak datang. " Mark kata secara bergurau senda. Renjun menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil minta maaf kepada mereka kerana lambat.

" Tadi sangkut di traffic jam. " Jihae bersuara kepada mereka.

" Yea yea ja. " Dengan itu, mereka semua singgah di kedai makan yang berdekatan di lokasi perjumpaan mereka. Mereka berborak dengan mesra dan menceritakan kehidupan mereka setelah lama tidak berjumpa.

Jihae tidak bersuara sangat kerana dia lebih kepada mendengar dari bercakap. Dia cakap apabila diperlukan atau seseorang bercakap dengan dia dahulu. Ataupun mungkin sebab ada kehadiran Jaemin di sana.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now