013

1.1K 141 13
                                    

Sejak Cik Choi bertindak ganas kepada Jaemin, dia menjadi semakin liar dengan Jaemin. Contohnya, apabila Jaemin sedang membuat mesyuarat dengan pekerja-pekerja dia, Cik Choi akan berada di sana, melihat Jaemin memberi taklimat atau apa-apa tentang mesyuarat mereka dengan penuh nafsu dalam dirinya.

Jihae yang asyik perhatikan Cik Choi, makin meluat melihat Cik Choi yang asyik mengenyit mata, menggigit bibirnya atau apa-apa yang melibatkan untuk Jaemin perhati padanya.

Ada juga kadangkala Jaemin sedang berborak atau bercakap dengan pekerja-pekerja dia, datang Cik Choi dengan suara paling menjengkelkan keluar dari mulut dia, membuat bukan sahaja Jihae tetapi orang lain juga terganggu dengan kerja mereka atau senang kata, meluat.

Mereka tahu Cik Choi orang yang paling menjengkelkan dan benci di pejabat mereka tetapi mereka diam sahaja kerana mereka tidak mahu imej syarikat mereka tercalar atau buat CEO mereka, Jaemin, marah pada mereka.

Beberapa minggu berlalu dan Encik Choi, CEO syarikat perkongsian ayah Jaemin telah bersetuju untuk bantu dan merancang pelbagai rancangan dengan syarikat Jaemin. Jaemin cukup gembira yang dia dapat menarik perhatian Encik Choi agar syarikat dia tidak runtuh atau apa-apa yang berkenaan dengan kejatuhan keuntungan.

Disebabkan Encik Choi gembira dapat bekerjasama dengan syarikat Jaemin untuk rancangan masa hadapan, itu bermakna Cik Choi tidak perlu lagi untuk pantau syarikat Jaemin. Dan itu juga buat ramai pekerja di syarikat Jaemin gembira kerana kehadiran Cik Choi sudah hapus dari persekitaran kerja mereka.

" Saya harap kita boleh merancang pelbagai jenis projek pada masa hadapan. " Ujar Encik Choi sambil berjabat dengan Jaemin setelah mereka telah bersetuju untuk bekerjasama. Cik Choi yang berdiri di sebelah Encik Choi turut juga gembira.

" Terima kasih, Encik Choi. " Balas Jaemin sambil senyum.

" Ayah kamu membesarkan kamu dengan betul. " Kata Encik Choi lagi, memuji tentang ayah Jaemin telah membesar Jaemin dengan baik. Jaemin cuma senyum sahaja. Jeno yang berdiri di sebelah Jaemin sepanjang masa itu cuma senyum sahaja.

" You know, syarikat saya akan anjurkan parti untuk menyambut ulangtahun syarikat saya maka, syarikat perkongsian saya dijemput hadir, termasuklah kamu. " Kata Encik Choi sambil menghulurkan sampul surat pada Jaemin. Jaemin mengambilnya dengan hati terbuka.

" Maknanya, Jaemin akan datang ke parti tu? Jadi, Jaemin boleh jadi partner Seojin untuk parti tu. " Ujar Cik Choi dengan teruja.

" Now, now Seojin. Kamu tak tahu jika Encik Na akan datang ke parti tersebut dengan pasangan sendiri, kita tak tahu. " Kata Encik Choi, cuba tenangkan anak perempuannya yang teruja itu. Cik Choi cuma memuncung bibirnya dengan merajuk.

Jaemin mampu melepaskan tawa kekok sahaja kerana melihat kecomelan Cik Choi yang menjijikan untuk mata Jaemin dan juga Jeno.

" Saya harap Encik Na dapat hadir ke parti tersebut. " Ujar Encik Choi.

" Saya pasti akan datang, Encik Choi. Jangan risau. " Balas Jaemin dan Encik Choi tersenyum kecil. Lalu, Encik Choi beredar dari pejabat Jaemin dengan Cik Choi ikut dari belakang, dia masih lagi merajuk tentang Jaemin tak dapat jadi pasangan dia di parti tersebut.

Sebelum Jeno beredar dari pejabat Jaemin, Jaemin meminta Jeno untuk panggil Jihae untuk bercakap dengannya.

Jihae yang sibuk menaip dalam komputernya terus berhenti apabila kehadiran Jeno di depan mejanya.

" Jihae, boss panggil kau.  " Ujar Jeno. Jihae membulat matanya dengan terkejut sambil bertanya kenapa.

" Entah, mungkin sebab paperwork kau yang tak lengkap, I don't know. " Balas Jeno. Jihae menelan air liurnya dan berjalan ke pejabat Jaemin seperti yang disuruhnya.

Apabila kelibat Jihae kelihatan dalam pejabat Jaemin, Jaemin berasa lega.

" Kenapa tuan panggil? Saya dalam masalah kah? " Soal Jihae dengan kerisauan. Dia mengharapkan ia tiada kena-mengena dengan kertas kerja dia yang dia hantar minggu lepas.

" Tak, awak bukan dalam masalah. Tujuan saya panggil awak ke sini bukan sebab kerja awak. " Balas Jaemin dan Jihae lega bahawa Jaemin berkata begitu.

" Awak ada masa lapang tak Sabtu minggu ini? " Soal Jaemin. Jihae keliru mengapa Jaemin bertanyakan begitu.

" Kerana, saya nak ajak awak datang ke parti dengan saya. Untuk jadi pasangan saya pada malam itu. " Kata Jaemin. Jihae membalas dengan membulat matanya. Dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni, aku juga dia pilih? Is he crazy?

.
.
.

t b c

ara's note 

kalau aku tak update for few days, aku mungkin masih mengedit chaps akan datang so, sorry if lambat 

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now