Part 26

3.5K 112 19
                                    

Jatuh tersungkur Iman ketika dia sedang menjalani latihan balapan yang bakal diadakan pada 15 haribulan. Semua peserta yang terlibat memerhatikan Iman yang sedang bangun sendiri gara-gara kecuaiannya. Tiada siapa yang berani mendekati Iman kerana mereka tahu apa yang bakal menimpa jika mereka mendekati Iman. 

  Cikgu Hanafi yang tadi memerhati para peserta berlatih datang mendekati Iman untuk membantu memandangkan tiada sesiapa yang keluar memberikan bantuan sebaliknya hanya menjadi pemerhati. "Kenapa kamu semua langsung tak nak bantu Iman. Bukan dia terjatuh ke tadi?" kata Cikgu Hanafi.

     "Kenapa kami kena tolong budak gengster tu?!" bantah salah satu pelajar. Dia melontarkan hasrat tidak puas hati akan Cikgu Hanafi. Iman memandang wajah pelajar yang berkata tadi. Iman lalu mengepis tangan Cikgu Hanafi dengan kasar. Dia tidak mahu dibantu oleh lelaki yang berada di hadapannya. 

     "Cikgu kenapa cikgu pilih budak ni sekali dalam acara ni? Dia tak layaklah cikgu. Sukan dah nak dekat baru nak hadir latihan pastu buat hal macam tadi. KAU INGAT KAU ANAK DATO' KAU BOLEH BUAT APA YANG KAU SUKA KAT SEKOLAH NI KE?!" marah pelajar itu lagi. Kali ni lebih biadap, langsung tidak menghiraukan Cikgu Hanafi yang berada di situ. 

  Tanpa berfikir panjang Iman terus berpatah balik langkahnya lalu mendekati pelajar yang menghina dirinya. Satu tumbukkan ditujukan pada wajah pelajar itu. Terjatuh pelajar itu kerana tenaga Iman yang kuat ketika itu. Jadi kecoh keadaan disitu Cikgu Hanafi mula bertindak untuk meleraikan pergaduhan yang sudah tercetus. Iman dan pelajar itu saling bertumbuk menujukan siapa yang lagi hebat. 

  Di dalam masa yang sama, Aqil kembali semula ke padang sekolah dari kantin sekolah kerana tadi dia membeli minuman bagi menyegarkan semula tekak kerana penat berlatih. Aqil tidak berseorang dia bersama Fiza yang kebetulan berada disekolah kerana latihan lompat tinggi wanita. Tengah mereka berbual, Fiza mula menyedari ada sesuatu terjadi di padang sekolah. "Aqil! Tengok tu Iman!!!" kata Fiza dengan keadaan gelabah.

     "Uuhhh? Iman ?" kata Aqil, kepala ditoleh ke kanan. Terbeliak matanya apabila situasi tersebut, tanpa bercakap apa Fiza dan Aqil terus berlari menuju ke padang. 

  Setibanya dipadang, Aqil terus memperhatikan Iman dari pergaduhan yang terjadi tersebut. Aqil menarik Iman manakala Cikgu Hanafi pula menarik pelajar yang satu itu. "Iman sudahlah, jangan jadi gila!" marah Aqil.

  Tubuh Aqil ditolak Iman dengan kuat, agar lelaki remaja itu tidak menghalang pergerakkannya. " AKU GILA?! S*TAN NI YANG CARI PASAL DENGAN AKU.. SH*T!!  " marah Iman. 

     "Iman jaga cara kamu bertutur, saya masih di sini" kata Cikgu Hanafi apabila mendengar perkataan yang tidak sopan keluar dari mulut Iman. 

     "Sudahlah cikgu! Saya tak nak ambil bahagian dalam sukan ni! Ia langsung tak ada makna, Cikgu carilah orang yang lebih layak. Saya balik dulu" kata Iman. 

  Pantas Iman mengambil beg sekolahnya lalu berlari laju menuju ke tempat parking motosikal. Cikgu Hanafi tidak hanya mendiamkan diri, pantas lelaki pertengahan usia itu mengejar Iman yang berlalu meninggalkan kawasan padang. Pelajar lelaki yang terlibat dengan pergaduhan tadi mengemas pakaian sekolahnya. "Entah apalah Iman jampi cikgu sampai beria orang tua tu dengan dia" katanya lagi. Pelajar itu langsung tidak mengambil pelajaran atas apa yang terjadi sebentar tadi. 

     "Aniff!" Fiza baru sahaja hendak memarahi pelajar yang bernama Aniff, dihalang oleh Aqil dari teruskan niatnya. Fiza mengeluh, dia langsung tidak menyukai Iman diperlakukan buruk oleh orang lain. Aqil menarik nafas panjang sebelum dia menyambung latihannya.  

PAKKK!! 

Sehingga berdarah permukaan atas jari Iman gara-gara tindakannya yang drastik yang diambilnya itu. Untuk melepaskan rasa marah, Iman menumbuk kuat dinding bangunan dengan tumbukkannya. Oleh disebabkan tindakan itu, jari daraj jernih mula mengalir. Iman masih tidak beredar dari kawasan sekolah, dia berada di kawasan parking motosikal untuk para pelajar. Hanya dirinya ketika itu, tiada sesiapa melainkan dirinya. 

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now