Seperti biasa rutin harian setiap hari cuti. Cikgu Hanafi akan memeriksa peti surat rumahnya lalu menyiram pokok-pokok mawar yang dia tanam halaman rumahnya. Sedang sibuk dia melakukan rutin hariannya, ada tetamu yang mengunjungi dirinya. Jarang sekali Cikgu Hanafi diziarahi sesiapa memandangkan dia dikenali antara jiran yang jarang ada di rumah.
Lebih gemar Cikgu Hanafi menghabiskan masa di sekolah. Daripada sedang menyiram tanaman hiasan, Cikgu Hanafi kemudian bergegas ke pintu pagar. Tidak terkejut atau apa, yang datang mengunjungi ialah bekas isterinya. Mawar atau namanya yang baharu Kylin.
"Awak upah orang cari alamat saya?" tanya sangsi Cikgu Hanafi.
Aunty Kylin menganggat sebelah keningnya.
" I'm not that cruel " kata Aunty Kylin.
Masing-masing kemudian membisu. Kekok. Tidak lama kemudian, Cikgu Hanafi mempelawa Aunty Kylin untuk masuk ke dalam perkarangan rumahnya yang tidak besar dan tidak kecil.
Mereka tidak duduk di dalam rumah sebalik duduk di halaman rumah Cikgu Hanafi yang dihiasi dengan tanaman hiasan yang agak banyak variasinya. Tetapi mata Aunty Kylin menangkap pokok-pokok bunga mawar sahaja di halaman rumah bekas suaminya itu.
Seperti nama aslinya, Mawar. Kylin amat menyukai bunga mawar sejak daripada kecil lagi. Dan masih dia ingat, Hanafi sentiasa menghadiahkan bunga itu kepadanya setiap kali anniversarry perkahwinan mereka dahulu.
"Kenapa datang sini? " tanya Cikgu Hanafi tenang.
Dia kembali menyiram tanaman hiasan di situ manakala Aunty Kylin duduk di pondok kecil yang ada di halaman rumah itu.
"Isteri awak tak marah I datang sini?" tanya Aunty Kylin.
Ketawa hambar lelaki.
"Saya tak kahwin baru, tak ada siapa bagitahu awak" kata Cikgu Hanafi.
Sekali lagi keadaan menjadi kekok.
Diletakkan penyiram pokok bunga ditempatnya. Memandangkan kedua-dua tidak mempunyai idea untuk berbicara. Cikgu Hanafi memberikan satu lagi soalan kepada Aunty Kylin.
"Apa tujuan awak datang sini? Kalau awak datang nak salahkan saya lagi. Saya rasa baik awak balik" kata Cikgu Hanafi.
Dia mahu masuk ke dalam rumahnya dengan segera.
"I nak invite you untuk fashion event I nanti" kata Aunty Kylin terus terang.
Cikgu Hanafi menoleh kebelakang, dia berkerut dahi. Selepas berbelas tahun mereka berpisah baru ketika itu bekas isterinya itu datang bertemu diri Hanafi. Dan yang paling mengejutkan dia dijemput oleh wanita itu sendiri menjemput Cikgu Hanafi untuk hadir ke acara anjurannya.
"Awak yakin nak ajak saya? Kita bukan ada apa-apa untuk wajib ada sekali bukan?" tanya kembali Cikgu Hanafi.
Aunty Kylin menyilang tangan lalu menggelengkan kepalanya.
"No, I tak invite you untuk teman I or whatever. I invite you untuk you jumpa Iman. Your son.." kata tegas Aunty Kylin.
Wanita 40-an itu juga turut tegas memerhatikan Cikgu Hanafi. Daripada pemerhatian Aunty Kylin, Cikgu Hanafi cuba untuk membuka bicara namun dipotong oleh Aunty Kylin kembali.
"I know you will object. That why, I will not expect you to come. But I ingatkan you.. Iman never hate you. He always waiting for you" kata Aunty Kylin.
Kata-kata Aunty Kylin telah membuatkan Cikgu Hanafi untuk berdiam diri sahaja. Tanpa membuang masa, Aunty Kylin bangun dan pulang. Cikgu Hanafi kemudian ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomantikDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...