Part 28

2.8K 109 15
                                    

Pagi Sabtu itu, Iman hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa. Dia tidak tahu hendak buat apa selain daripada bermain permainan video di rumah. Pada hari itu juga Shaza cuti hujung minggu, jadi adalah juga dia teman di rumah.

  Keluar dari bilik Shaza apabila dia selesai sahaja menyalin pakaian sukan. Diikutkan rancangan Shaza, dia mahu berjoging di taman yang dekat dengan apartment mereka berdua. Shaza tidak terus keluar. Pandangan mata dialihkan terhadap Iman yang sedang ralik bermain game.

     "Awak tak ada latihan ke? Hari tu kata ada" tanya Shaza. Iman mendengari apa yang dikata isterinya kerana dia memakai headphone disebelah telinganya sahaja.

     "Tak ada, cikgu suruh berlatih sendiri. Dia ada hal" kata Iman. Jari jemari sibuk mengemudikan alat kawalan jauh.

  Shaza berdiri untuk berfikir. Tidak lama selepas itu dia mendekati Iman. Ditarik manja lengan Iman untuk beberapa kali. Itu membuatkan Iman berhenti seketika dari permainannya.

     "Kenapa? " tanya Iman dengan nada lembut. Dia melihat wajah dirinya yang putih mulus tanpa di ganggu rambut hitam mayam yang diikat tocang.

     "Jom joging sama². Dikira latihan jugakan? Daripada duduk main game je.. Jomlah" kata Shaza. Secara tiba nada Shaza menjadi manja.

  Hal tersebut membuatkan Iman ketawa kecil, dia mengangguk kecil. Shaza cukup senang hati apabila Iman setuju dengan cadangannya tadi. Pantas Iman bangun dari duduk dan pergi ke biliknya untuk menukar pakaian yang sesuai.

.
.
.

  Suasana pagi hari yang nyaman dan menyenangkan. Itu membawa aura positif dan baik untuk semua makhluk. Namun begitu ada yang membuatkan suasana menjadi agak melelahkan...

     "Awak cepat awak! " kata Iman yang terus berlari meninggalkan Shaza. Tercungap-cungap Shaza di belakang mengejar Iman.

     "Iman tunggu.. Lajunya awakkk" kata Shaza. Dia lelah, baru satu pusing dia mengelilingi taman berkenaan namun sudah letih. Hal ini kerana dia perlu mengejar Iman yang senang sahaja untuk hilang daripada pandangan mata.

  Membongkokkan badan Shaza untuk mengambil nafas. Dia seakan-akan terputus nafas tadi. Tengah Shaza menghirup udara segar, Iman yang tadi jauh menghilang kini kembali mendapatkan sang isteri.

     "Tadi awak yang ajak jogingkan? Baru satu pusingan dah penat? " tanya Iman. Dia menepuk lembut beberapa kali kepala Shaza sambil tersenyum.

     "Memanglah saya ajak, tapi bukan berlari laju macam awak buat tu! Penat tahu tak" kata Shaza.

     "Faktor usia ke? " tanya jahat Iman. Terus lurus badan yang tadi membengkok. Tanpa mengisahkan orang di sekeliling Shaza mengejar Iman serta memukul lembut tubuh Iman.

     "Awak ingat saya ni tua sangat ke?! 8 tahun je jarak kita" marah Shaza.

  Iman ketawa apabila dia ditangkap oleh Shaza. Shaza memegang kedua belah lengan baju Iman sambil memandang wajah sang suami. Menoleh ke arah lain serta beranjak ke belakang sedikit Shaza apabila matanya bertentangan dengan Iman. Ketawa Iman kerana geli hati dengan Shaza.

  Dilihat ke sekeliling Iman kemudiannya. "Dahlah, jom beli mineral water. Tadi lupa nak bawak" kata Shaza. Tapi secara tiba² Iman berlari meninggalkan Shaza.

     "Hei Iman! " panggil Shaza namun tidak diendahkan Iman.

  Kerana rasa pelik, Shaza mengejar Iman. Agak jauh juga Iman berlari meninggalkan sehingga dia tiba dia salah satu taman permainan. Shaza menemui Iman duduk di sebalik pohon besar yang berada di jauh dari trek berjoging. Terlihat Iman duduk memeluk lutut, muka juga disembunyikan. Gaya Iman seperti seakan-akan takut akan sesuatu.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now