Aunty Kylin mengeluh kecil. Dia melihat tiket penerbangan ke Australia. Dia harus kembali ke sana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
"Macam mana ni? Kenapalah papa minat balik waktu macam ni? Dengan urusan kerja yang tidak habis habis lagi ni? Pelancaran design terbaru pun belum buat?.. Apa nak buat ni? " kata Aunty Kylin sendiri.
Dia meletakkan tiket penerbangan itu di tepi mejanya. Aunty Kylin segera bangun dan menuju ke ruang pejabat ketua pelancaran design yang di katanya sebentar tadi.
.
.
."Hari ni? Maaf aunty Iman dengan Shaza busy sikit tak dapat ikut serta acara pelancaran tu.. Ok apa2 Aunty boleh Call Iman" kata Iman lalu meletak gagang.
Shaza yang berada di dapur menanyakan hal itu kenapa Iman.
"Siapa call?" tanyanya.
"Ouhh Aunty Kylin. Dia ajak ikut sekali event pelancaran yang saya ceritakan dekat awak hari tu" kata Iman.
Shaza sedikit teruja dengan kata-kata Iman.
"Kenapa awak tolak? "
Iman mengeluh kecil.
"Hampir beribu kali Mummy call saya suruh balik rumah agam.. Jadi nak tak nak kita kena baliklah. Kalau diikutkan hati saya ni, lebih baik saya pergi events tu je awak.. " kata Iman. Dia mendongakkan kepala ke syiling rumah sambil bersandar pada sofa.
Shaza datang menghampirinya, dia memegang sisi kepala Iman lalu mengucup dahi Iman. Tindakannya itu sekali lagi berjaya memerahkan sepenuh wajah Iman. Iman pantas duduk seperti biasa dan memandang ke arah Shaza sambil memegang dahinya.
"Hehehe sudahlah.. Cepat siap. Kita kena pergi rumah Mummy kan hari ni? " kata Shaza. Iman mengangguk kecil sambil memuncungkan bibirnya.
Setibanya di rumah agam keluarganya. Iman dan Shaza masing-masing terkejut akan kewujudan Nenda Embun.
Terasa berat sekali kaki Iman untuk terus melangkah masuk ke dalam rumah itu apabila melihat wanita yang dahulunya pernah meninggalkan luka yang masih berdarah di memorinya. Iman menggelengkan kepala sedikit. Dia tidak mahu memasuki rumah itu. Tiba-tiba pernafasan Iman menjadi sangat berat, seperti mahu pengsan.
"Iman mari masuk. Kenapa tunggu lagi situ? " kata manis Nenda Embun.
Shaza melihat suaminya yang terkaku dimuka pintu. Datin Armanda juga menyedari perkara yang sama.
"Kenapa Mummy? "
Tanya Iman. Nadanya sedikit kedengaran nafas yang mulai tercunggap.
"Iman... Mummy tahu Iman terkejut. Tapi nenda... Nenda dia nak min.. "
"KENAPA PEREMPUAN TUA NI KAT SINI?! " tengking Iman.
Suara Iman yang tinggi itu sungguh mengejutkan Nenda serta Datin Armanda. Tidak pernah sekuat itu jika Iman menengking sebelum ini. Reaksi wajah Iman itu kelihatan sungguh begis.
"Apa yang kecoh2 ni? " tanya Dato' Emil yang datang ke pintu rumah.
Mata Iman memandang tajam ke arah Dato' Emil. Begitu juga lelaki tua itu.
"Kenapa kamu tinggikan suara pada nenda? Kamu lupa dia nenek kamu.. Lebih tua dari kamu?! " marah Dato' Emil.
Seperti Iman sangka dirinya tidak dibela sama sekali oleh Dato' Emil. Dada Iman masih lagi berdenyut laju. Satu demi satu memori gelap mulai terimbas kembali. Sehingga memori di mana dia...
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...