Berdering jam loceng Iman menandakan susah tiba waktu pagi. Dengan mampu tangan Iman menutup deringan jam loceng. Setelah itu Iman masih lagi berbaringan di atas katil. Tidak lama kemudian barulah dia bangun dari tidur.
"Uwahhh! Ngantuknya! " rungut Iman sambil mengosok-gosok matanya.
Turun dari katil Iman, tanpa mandi Iman terus keluar dari bilik menuju ke dapur. Biasa lah orang lelaki.. Setibanya di dapur Iman berasa hairan, di atas meja makan adanya tudung salji. Tanpa berlengah Iman mengangkat tudung salji tersebut dan terlihat hidangan sarapan pagi buat dirinya. Bukan itu sahaja terdapat juga nota kecil di sebelah hidang tersebut. Diambil nota itu lalu dibaca Iman.
📝📝
𝓓𝓪𝓱 𝓫𝓪𝓷𝓰𝓾𝓷?
𝓐𝓴𝓾 𝓭𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓭𝓲𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓑𝓻𝓮𝓪𝓴𝓯𝓪𝓼𝓽 𝓳𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓵𝓾𝓹𝓪 𝓶𝓪𝓴𝓪𝓷
𝓙𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓵𝓾𝓹𝓪 𝓹𝓪𝓷𝓪𝓼𝓴𝓪𝓷
💕📝📝
Tersenyum kecil Iman setelah membaca nota kecil itu. Diambil hidangan sarapan itu untuk dipanaskan Iman menggunakan microwave. Sedang memanaskan makanan Iman memasuki kembali ke dalam biliknya untuk mengambil telefon bimbit. Setelah itu dia kembali ke dapur, makanan juga sudah selesai dipanaskan.
Iman duduk di atas meja makan untuk menikmati sarapan itu. Sambil makan Iman bermain telefon bimbit, dia mencari nombor Shaza untuk dihubungi. Tanpa berfikir terus Iman menghubungi Shaza.
Ring Ring
Pantas Shaza mencari telefon bimbit yang berasa di dalam beg setelah mendengar deringan telefonnya. Tersenyum kecil Shaza melihat skrin telefon bimbitnya. Iman yang menghubungi dirinya.
"Hello kenapa call?.. " berlagak tenang Shaza walaupun dia gembira mendapat panggilan dari Iman.
"Hello, kau demam lagi ke? Sampai buatkan Breakfast untuk aku? " kata Iman lalu menyuap makan ke dalam mulutnya.
Shaza menjauhkan telefon bimbit dari dirinya sebelum dia mengeluh. Perangai Iman itu memang tak boleh hilang ehkkk?
"Ekkhhhh taklah, mana ada demam. Saja je.." kata Shaza sambil berjalan. Ketika itu dia berada di dalam perjalanan ke kereta.
"Ohhh.. Kat mana? Bila balik? " tanya Iman.
"Kat ofis lah? Balik? Lambat lagi. Tak akan dah rindu" sengaja Shaza bergurau sebegitu dengan Iman.
"Ye.. Aku rindu dengan isteri aku yang comel ni.. " kata manis Iman.
Terhenti langkah Shaza mendengar apa yang dikatakan Iman. Pantas dia menggelengkan kepala lalu cuba untuk menenangkan jantung yang sedang berdegup kencang gara² Iman.
"Okay.. Take care my Wife" kata Iman lalu meletak gagang.
Tersengih lebar Shaza, bahagia mulai menyentuh jauh di sudut hatinya. Walaupun dia tahu Iman masih lagi dalam proses mencuba mencintai dirinya. Dia sanggup menunggu Iman. Setibanya Shaza di kereta yang di parking yang terletak tidak jauh dari banguan syarikat tempat kerja Shaza.
Apabila dia membuka kunci pintu keretanya ada yang menyapa Shaza dari belakang. Shaza menoleh ke belakang. "Ohh Faiz? " Terlihatlah En Faiz yang sedang berjalan menuju ke arah dirinya.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...