Dari Iman diperhatikan oleh Cikgu Hanafi yang berdiri dari kawasan parking kereta guru yang tidak jauh dari kawasan padang sekolah. Hanya Iman yang berada di padang, dia tidak menghadiri kelas hariannya seperti pelajar lain ketika itu. Namun sebaliknya, Iman dipantau oleh Cikgu Hanafi untuk latihan sukan balapan yang bakal diadakan 15haribulan nanti.Tengah ralik memerhatikan Iman, Cikgu Hanafi tidak menyedari akan kehadiran Tuan Pengetua di sebelah.
"Tak sangka awak boleh ubah perangai budak tu" kata Tuan Pengetua.
"Tuan pengetua, maaf saya tak sedar tuan datang tadi" kata Cikgu Hanafi apabila menyedari Tuan Pengetua berada di sebelahnya.
"Macam mana awak buat? Sepanjang saya kenal Iman, dia bukan mudah nak dengar cakap orang. Lagi-lagi cikgu. Bukan awak ada kata dia nak tarik diri ke? " kata Tuan Pengetua.
Cikgu Hanafi mengukir senyuman yang agak manis. Dia memerhatikan Iman yang masih lagi berlari mengelilingi kawasan padang. Kadar laju pelajar itu tidaklah terlalu laju mahupun perlahan.
"Ye memang dia kata nak tarik diri. Tapi tiba-tiba dia datang jumpa saya pagi tadi kata nak ikut serta. Sekarang Aniff yang tarik diri. Hari ni pun dia tak datang Tuan" kata Cikgu Hanafi.
Tuan pengetua hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia turut melihat Iman yang bersungguh-sungguh berlatih seorang diri dipadang.
"Tapi bukan dia hanya masuk untuk 4×100. Pas baton bukan? Kenapa kamu bagi dia berlatih seorang diri? " tanya lagi Tuan pengetua.
"Aniff puncanya, banyak acara yang Aniff masuk untuk balapan kali ni. Dan tiada siapa yang layak ganti dia melainkan Iman. Iman banyak kelebihan dia, dan dia dah tunjukkan pada saya. Saya latih dia seorang diri atas alasan itulah. Petang nanti lepas waktu pdp pun masih ada latihan untuk acara pas baton" terang panjang lebar Cikgu Hanafi.
"Ambil berat kamu tentang Iman. Seolah-olah kamu pula bapanya. Tak pelah saya pergi dulu" kata Tuan Pengetua lalu beredar dari situ.
Berfikir sejenak Cikgu Hanafi apabila mendengari perkataan 'bapa' dari Tuan Pengetua. Tetapi apa yang dikatakan oleh Tuan Pengetua itu sedikit sebanyak adalah benar. Tahun itu entah kenapa selepas dia balik dari bercuti banyak kali Allah bertemukan dia dengan Iman. Banyak kali juga dia mengambil berat mengenai Iman berbandingkan pelajar yang lain. Apakah benar? Tapi tidak! Itu mustahil... Iman sendiri adalah anak sahabat lamanya mustahil untuk Iman menjadi anak kandungnya yang telah meninggal dunia.
"Apa aku fikir ni? Zarif dah lama meninggal. " kata Cikgu Hanafi sendiri.
Mata Cikgu Hanafi masih lagi fokus kepada Iman yang sibuk berlatih. Tidak lama selepas itu, guru lelaki itu berjalan menuju ke Iman yang sudah berhenti dari berlatih. Kelihatan penat remaja lelaki itu. "Iman cukup sampai sini. Petang nanti kita sambung lagi dengan latihan berkumpulan" kata Cikgu Hanafi.
Tiada balas kata dari Iman melainkan reaksi sahaja. Iman sekadar menganggukkan kepalanya menandakan dia mengerti akan arahan cikgunya itu. Walaupun sikap Iman ketika itu agak tidak sopan, Cikgu Hanafi tidak mempedulikannya. Dia hanya menutup sebelah mata sahaja, sudah cukup Iman mahu mengikuti sukan itu. Cikgu Hanafi tidak mahu ada lagi pelajar yang tarik diri dari balapan tahun ini. Tanpa berlengah lagi, Iman terus beredar dari kawasan padang tanpa berbicara satu patah perkataan pun dengan Cikgu Hanafi. Dia menganggap seakan-akan Cikgu Hanafi tiada disitu. Tindakan yang diambil oleh Iman juga dihirau Cikgu Hanafi yang sememangnya sudah lali dengan sikap Iman.
.
.
.Hari itu, Aqil tidak pergi ke kantin bersama-sama dengan kawannya. Dia pergi berseorangan kerana dia perlu berjumpa guru selepas rehat. Fahmi tidak hadir ke sekolah, manakala Fairuz pula berada di pusat sumber kerana ditahan guru agar menolong cikgu untuk menghias rumah sukan. Iman pula, dipanggil lagi oleh Cikgu Hanafi untuk berbincang tentang balapan. Oleh sebab itu, Aqil perlu ke kantin seorang diri.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...