Kuyu mata Iman, dia langsung tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Iman sungguh penat semalaman dia asyik dengan majlis sanding. Pandangan mata makin lama makin gelap dan akhirnya Iman tertidur.
Cikgu Rabiatul melihat kepada para pelajar untuk menerangkan apa yang di tulis di papan putih. Mata Cikgu Rabiatul tertumpu pada Iman yang sedang tidur.
"Iman Shazwan! Bangun! " terjah Cikgu Rabiatul di depan khalayak ramai. Ima terjaga. Dia memandang Cikgu Rabiatul. Binggung.
"ahh? Ye cikgu? " kata Iman mamai. Cikgu Rabiatul mencengkak pinggang dan berjalan menuju ke Iman. Setibanya dia di Iman, telinga Iman di tarik oleh Cikgu Rabiatul.
"ahh cikgu sakit! " Iman mengadu rasa sakit. Cikgu Rabiatul membawa Iman ke luar kelas. Setiap pelajar kelas 5Sains mengertawakan Iman.
"tahupun sakit. Berani awak tidur dalam kelas saya, sekarang berdiri dekat luar sampai habis waktu saya!" marah Cikgu Rabiatul. Telinga Iman di lepaskan.
Iman memegang telinganya yang mula berasa sakit. Cikgu Rabiatul masuk ke dalam kelas semula. Iman mengeluh, dia berdiri di luar kelas itu. Kelihatan pelajar dari kelas lainnya melihat dirinya. Hai~ apalah nasib..
[Tamat waktu Cikgu Rabiatul]
Selepas Cikgu Rabiatul beredar, Iman masuk semula ke dalam kelas dia duduk di tempatnya. Kepala diletakkan di atas meja, dia memejamkan matanya. Cuba untuk tidur sebentar. Namun tindakannya terhalang apabila Aqil menghampirinya.
"kau okey ke tak dude? " tanya Aqil. Iman mengeluh.
"janganlah kacau aku, semalaman aku tak tidur.. " kata Iman. Dia menutup mukanya. Dicuba untuk melelapkan mata sebentar.
"semalaman tak tidur kenapa? Setahu aku semalam kita semua mana ada main pubg. Kenapa kau boleh tak tidur?" tanya lagi. Iman geram dia bingkas bangun dan memandang Aqil.
"banyak tanyalah kau ni.. Aku nak tidur, please jangan kacau.. Shoo hoo" halau Iman. Dia kembali meletakkan kepala atas meja untuk tidur. Tak ada masa nak jawab semua pertanyaan Aqil waktu itu. Yang Iman tahu dia nak tidur! Ngantuk.
Aqil memandang seketika sahabatnya, kemudian kembali ke tempat duduknya. Fahmi dan Fairuz memandang Aqil. "apa macam? " tanya Fahmi.
"macam tulah.. Peliklah aku, abang dia yabg sanding tapi dia yang penat semacam.. " kata Aqil merungut sedikit tentang Iman.
"ala biasalah tu.. Diakan anak mak.. Mestilah tolong. Kalau aku pun macam tu.." kata Fairuz pula. Aqil hanya meniyakan sahaja kata² Fairuz.
.
.
.Shaza sedang mencetak kertas kerja yang di minta En Faiz di tempat pencetak di dalam ofis itu. Di waktu dia asyik menyiapkan kerjanya, Dania datang menghampiri sahabat baiknya.
"ekk baru semalam kahwin dah masuk kerja? Apa kata orang nanti? " kata Dania. Shaza memandang kosong pada Dania.
"ye cik Dania hoi... Kenapa kalau aku buat kerja ni. Daripada duduk termenung dekat rumah tu baik aku datang ofis kerja lagipun mummy okey je.. " kata Shaza. Dania membuat mulut seakan-akan huruf 'o'.
Dania mendekatkan tubuh dan memandang ke arah Shaza yang sedang sibuk melakukan kerjanya. Shaza hairan. Kenapa tiba² sahaja kawannya itu memandang nakal pada dirinya.
"yang kau tenung aku macam tu ni dah kenapa? "tanya Shaza. Dania senyum subing.
"macam mana kau dengan suami muda kau tu? " tanya Dania. Shaza mengerut dahi. Dia malas hendak berbicara mengenai Iman. Nasib baik mesin pencetak itu selesai mencentak kertas kerjanya. Shaza ambil dan keluar dari kawasan itu.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...