Di bawah sinaran panas tengahari, Shaza terperangkap dalam suatu masalah yang paling kurang gemari. Di cekak pinggang sambil memandang kosong ke arah tayar kereta yang pancit.
"Banyak² hari, hari ni juga kau nak pancit tayar? " katanya geram.
Dilihat jam tangan, kalau diikutkan masa mesti acara sukan sekolah Iman sudah bermula. Hai apa dia hendak buat ni? Sudah dipanggil tukang baiki namun belum tiba. Dania juga sudah dihubungi namun masih tidak dapat membantunya.
Kebetulan Dania perlu menemui klien hari itu juga. Samakan mahu mengganggunya.
"Agaknya... Jauhkan kalau jalan kaki dari sini? " kata sendiri Shaza.
Tidak lama selepas itu tiba tukang baiki. Sementara tengah menunggu keretanya dibaiki Shaza bersilang tangan mencari akal agar dia segera ke sekolah Iman.
Namun tiada suatupun idea bernas yang muncul dia fikirannya. Adakah dia gagal tiba? Ahhh mesti Iman akan marah dengan dirinya.... Tengah dalam kebuntuan itu, ada sebuat kereta berhenti berhampiran dengan dirinya.
Bingung Shaza apabila kereta berhenti berhampiran dengannya. Kenalan dia ke? Siapa? Cermin tingkap kereta diturunkan secara perlahan dan terungkaplah En Faiz tuan punya kereta itu.
"Shaza, kereta awak rosak ke? " tanya En Faiz. Shaza hanya mengangguk kerana dia masih memikirkan cara untuk segera tiba di sekolah.
"Awak nampak macam dah lambat je. Nak saya hantar? "
Bersinar mata gadis bertengahan tahun itu.
"Betulkan?! " bersemangat dia bertanya. En Faiz mengangguk.
"Ouhhh ok jab! " kata Shaza.
Setelah beberapa saat begitu, Shaza segera masuk ke dalam kereta En Faiz dan memberitahu lokasi ke mana yang ingin dia tuju.
.
.
.Deva ju kembali lagi, sekali lagi Iman kelihatan seperti mayat hidup. Dia berbaring di rumput padang yang tidak terlalu jauh dari kawasan rumah sukannya. Kini bukan dirinya sahaja yang kelihatan mayat hidup, Aqil dan Fahmi juga kelihatan seperti mayat hidup.
"Hey² aku tahu korang penat tapi tak yah lah nampak parah sangat" kata Fairuz yang berdiri di hadapan mereka sambil memegang beberapa botol air mineral.
"Nah! "
Diberi air mineral itu kepada tiga kawan baiknya. Lalu Fairuz mengambil tempat di sebelah Iman yang kelihatan seperti manusia sedikit selepas membasahi tekak yang kering.
"Thank you" kata Iman tanpa memandang ke arah Fairuz. Fairuz hanya meng'hmm' sahaja.
Pandangan Iman di pandang ke arah Fahmi. Tajam dia memandang kawannya yang satu itu.
"Aku boleh faham kalau Aqil dengan aku penat... Tapi kau Fahmi? Apa yang kau penatkan? " tanya Iman.
Fahmi mengeluh hampa.
"Mmmm! Aku jadi Pak sanggup! Wakil rumah suka aku tak datang cikgu tarik nama aku suruh ganti.. " katq Fahmi lalu merebahkan badan ke tanah bumi.
"Dahlah aku tak datang latihan.. Kena ganti orang yang tak datang.. Hish!" marah Fahmi. Dia memejam matanya.
Keadaan Fahmi yang pasrah itu membuatkan Iman, Aqil dan Fairuz geli hati. Terukirlah tawa mereka tidak sekawan. Fahmi malas hendak membalas apa-apa itu pun turut sama ketawa. Namun dalam tawa itu masih ada yang menganggu fikiran Iman.
Dia melihat ke seluruh tempat mencari keberadaan isterinya, Shaza. Namun masih tidak kelihatan mana perginya Shaza. Adakah dia belum tiba ataupun tidak akan tiba.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...