Part 37

1.8K 75 10
                                    

Hampir setiap hari Dania ditumpangi oleh En Faiz ke tempat kerja. Dia juga turut dihantar pulang oleh lelaki itu. Sampaikan ada yang menyangka mereka mempunyai hubungan lebih dari hubungan persahabatan.

     "So.... Apa perkembangan kau dengan En Faiz? " tanya Shaza.

  Tersentak Dania dari minum. Lekas dua menarik tisu untuk mengelap bibirnya.

     "Soo..soalan apa kau ni?! " marah Dania tapi tidak menengking.

  Shaza tersenyum nakal.

     "Sebelum ni kau tanya pasal aku dengan si Iman tu. Sekarang turn aku pulalah" kata nakal Shaza.

  Dania berusaha menyembunyikan senyuman yang hampir terserlah.

     "So.. Apa jadi sampai setiap hari kau datang kerja dengan dia? Korang Couple ke? " tanya lagi Shaza.

  Terasa mahu membaling beg tangannya ke arah Dania. Sejak tadi setiap soalan yang dia lontarkan langsung tidak dijawab wanita itu. Geram pula hati ini.

     "Mana ada couple, aku cuma datang sekali dengan dia je. Tu pun dia suruh sebab katanya kawasan perumahan kita dulu bahaya. Lagipun aku kan selalu balik lambat. Overtime" kata Dania.

  Ditongkat dahu Shaza mendengar cerita Dania.

     "Ouhh jadi ni kes risaulah? En Faiz risaukan kau Ye... " kata Shaza dengan nada nakal.

  Hampir sahaja telapak tangan Dania hinggap di kepala Shaza. Hishhh terasa geram pula hati Dania ni melihat Shaza tersenyum-senyum seperti kerang busuk itu.

     "Ni peluang kau" kata Shaza lagi.

  Terangkat kening Dania.

     "Peluang? "

     "Yup.. P.E.L.U.A.N.G peluang"

  Dania mengeluh geram.

     "Aku tahulah macam mana ejaan dia"

  Ketawa kecil Shaza apabila melihat Dania semakin geram dengannya. Memang sejak dua menjak ini mereka jarang sekali berbual melainkan hal kerja. Ini mungkin kerana masing² sibuk dengan kerja masing². Dania dengan kerja pejabatnya manakal. Shaza masih tidak putus asa mencari tahu lebih dalam tentang suaminya.

  Terlintas di fikiran Shaza hal yang terjadi minggu lalu. Hal yang di mana Iman pulang dalam keadaan menangis sambil memegang surat yang mengatakan dirinya bukan anak kandung keluarganya. Dari mana surat itu hadir? Mahu dia tanya lagi kepada Iman namun tidak sanggup kerana Iman baharu sahaja melupakannya.

  Termenung seketika pula Shaza memikirkan hal peribadinya.

     "Hey... Sha!.. Mmph ni mesti tak dengar apa cakap apa tadi" kata Dania.

     "Ehh? Sorry hehe. Apa dia tadi? "

  Menggeleng kepala Dania. Mereka kembali berbual namun tidak lama selepas itu telefon Dania berbunyi.

     "Siapa? " tanya Shaza.

  Dania hanya melihat skrin telefon bimbitnya tanpa menjawab. Sekali lagi ibu tirinya yang menghubungi. Tidak lain tidak bukan ini mesti pasal duit jika wanita itu yang menghubungi dirinya.

     "Aku jawab kau makcik sekejab" kata Dania.

     "Makcik? Maksud kau Mak tiri kau yang asyik minta duit tu? Bukan bulan lepas kau nak bagi RM20000 ke?" tanya gusar Shaza.

  Dania mengeluh.

     "Nak buat macam mana, aku nak marah pun tak boleh. Nak bagi tahu ayah aku.. Aku balik yang kena. Aku pergi angkat Call sat" kata Dania lalu beredar dari situ.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now