Part 14

3.3K 96 4
                                    

Tidak pernah dalam hidup Aiman menjejakkan kaki di tempat yang sehina ini. Disebabkan Emily yang membuat pengakuan yang mengejutkan hatinya Aiman terasa bagaikan segala 'tiang harapan', 'mimpi indah' milik dirinya telah hancur musnah. Masa depan dia dengan Shaza telahpun hancur berkecai. Sebagaimana dia mampu menambat hati Shaza semula sekiranya dia sudah bergelar bapa?

  Minuman keras yang berada di hadapannya di tuang ke dalam cawan lalu diteguk sekali gus minuman keras itu. Tanpa henti Aiman meminum minuman yang sememangnya telah diharamkan dalam hukum syarak Islam. Segala nasihat orang tua telah hanyut ke mana. Tiba² telefonnya berbunyi ada yang menghubungi dirinya. Terpapar di atas skrin orang yang berhubunginya adalah sahabat baiknya, Khairul.

     "Hello Dude kau kat mana? Kata nak beli tiket flight balik KL.. "  tanya Khairul. Kedengaran dalam talian gelak tawa hampar Aiman.

     "Macam mana? Macam mana aku nak balik?! Dengan keadaan aku ni? Ahhhhh?! " marah Aiman yang diselitkan sekali dengan tawa hambar yang mampu dia luaskan dalam keadaan mabuk itu.

     "Man? Kau mabuk? Man kau kata mana?! " kata Khairul risau dengan keadaan kawannya yang sudah lama tidak berperangai sebegitu.

  Gagang diletakkan oleh Aiman, Aiman kembali menghanyutkan dirinya dalam ketidakwarasan itu.

Beberapa seketika...

Bar yang dikunjungi oleh Aiman telahpun berkurangan pelangan, Aiman masih disitu. Dia sangat mabuk ketika itu sehingga membuatkan dirinya tidak berganjak. Kepala diletak di atas meja. Seorang pelangan masuk dan pelangan itu adalah Khairul. Sebaik sahaja Khairul melihat kelibat Aiman terus dia pergi mendapatkan Aiman.

     "Berapa banyak mamat ni minum? " tanya Khairul sendiri apabila melihat lonjakan botal dan tin minuman keras yang berada di atas meja yang diduduki oleh Aiman.

  Khairul memapah Aiman keluar dari bar tersebut. "Amboi beratnya kau! " keluh kecil Khairul. Khairul memapah kawan baiknya itu beredar dari tempat tersebut.

  Dalam perjalanan Khairul membawa Aiman pulang ke hotel. Aiman tiba² menolak tubuhnya. Membuatkan kedua-dua mereka terjatuh. Khairul bingkas bangun setelah dia terjatuh. "Kau dah kenapa ahh?! " marah Khairul geram dengan tindakan Aiman sebentar tadi.

  Aiman tiba² menjerit sekuat hati di situ. Khairul binggung dia meratap wajahnya. "Kau dah kenapa ahh Man? Dah lama kau tak sentuh air todi tiba² hari ni kau mabuk macam ni" kata Khairul.

  Dia tahu dirinya tidak sebaik mana namun dia tak mahu menganjak kawannya mengikut sekali jejak dirinya. Khairul sekali mendekati Aiman untuk di papah sehingga ke hotel namun ditolak lagi Aiman.

     "Aku tak pernah sentuh pun Emily! " kata Aiman secara mengejut. Khairul tergamam kecil.

     "Apa maksud kau ni? " tanya Khairul. Aiman memandangnya dengan pandangan sayu.

     "Khai, kau percaya aku kan?.. Sumpah aku tak pernah sentuh Emily, kitorang... Kitorang kena tangkap basah.. Sebab ada orang... Khianat... Aku tak pernah sentuh.. Macam mana Minah tu boleh pregnant ? " kata Aiman. Khairul terkaku kecil lalu senyum hambar..

.
.
.

Lingtang-pungkang Iman berlari menuju ke bilik guru. Dia perlu segera menghantar borang kebenaran ibu bapa ini kepada Cikgu Vivi sebelum cikgu itu masuk ke dalam bilik guru seperti mana arahannya tadi. Tanpa salam atau ketukan Iman terus menjergah bilik guru. Dia menuju ke meja Cikgu Vivi untuk meletakkan borang miliknya di atas meja cikgu tersebut. Selepas berbuat demikian, Iman keluar.

     "Fuh~~ nasib baik sempat "

     Dengan tenang Iman berjalan menuju ke kelasnya yang berada di blok A yang amat jauh dari bilik guru. Lagipun alasan lain dia berjalan dengan kadar perlahan kerana sekarang ada waktu Cikgu Siva yang paling tidak digemari Iman. Daripada dia masuk ke dalam kelas cikgu yang cerewet lagikan garang itu baik dia ponteng.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now