Part 45

1.1K 56 10
                                    

Pintu apartment dibuka oleh Iman. Kebetulan Shaza ada di dalam apartment itu. Shaza mendongak ke atas apabila dia mendengar rumah apartmentnya itu di buka.

Pantas Shaza bangun lalu berjalan ke arah Iman.

     "Awak dah balik? Macam mana sekolah hari.. ini.. "

Belum sempat Shaza menghabis katanya. Tubuh kecil wanita itu.

Iman memeluk tubuh Shaza tanpa mengeluar apa² kata daripada mulutnya. Oleh kerana dia sudah memahami tingkah laku Iman, Shaza membalas pelukan itu.

Dia mengusap lembut belakang Iman yang terbentuk luas dan lebar. Makin lama pelukan itu makin erat.

     "Macam mana hari awak? " tanya Iman.

     "... "

     "Tak apa.. Awak buat yang terbaik" kata Shaza.

Iman hanya mengiyakan apa yang dikatakan Shaza. Dia kemudian kembali membisu. Fikirannya masih lagi kusut dengan semula yang berlaku kepadanya. Semua ini berlaku secara tiba-tiba. Dan memberikan tamparan besar di dalam hidup Iman. Malah dia lagi menyakitkan daripada peristiwa nyawa hampir diragut salah seorang insan yang pernah dia sayangi dan sanjungi.

     "Shaza" panggil Iman.

Pelukan itu menjadi longgar. Iman menatap wajah putih mulus isterinya. Shaza juga hanya membalas pandangan Iman dengan senyuman.

Diusap lembut pipi Shaza oleh Iman, meskipun banyak kali Iman merasa perkara ini.

Dia sentiasa berasa bersyukur apabila dia dianugerahkan, dan dipertanggungjawabkan seorang wanita yang sentiasa menemaninya, mencintainya, menjaga dirinya, dan sentiasa sabar dengan kerenahnya.

Seorang wanita yang sah dia miliki jiwa dan raganya.

Seorang wanita yang mengajar dia erti kehidupan.

Seorang wanita yang mengajarnya erti kesabaran, kemaafan..

Dan seorang wanita yang mengajar dia untuk membuka hati mempercayai orang di sekelilingnya.

Terukir senyuman kecil di bibir Iman. Pipi Shaza ditarik lembut Iman untuk mendekatkan jarak di antara mereka. Tindakan Iman itu menyebabkan pipi Shaza memerah.

     "I.. Iman? " kata Shaza tergagap kerana sedikit segan.

     "Shaza, awak milik saya. Saya sayangkan awak. Saya masih muda.. Banyak lagi perkara yang saya tak tahu. Saya belum matang, saya ada ego saya. Saya banyak kelemahan dalam diri saya.. " kata Iman.

Shaza bingung.

Suasana ruang tamu menjadi sunyi buat seketika. Mata Shaza terbuka luas kerana tersentak dengan tindakan Iman. Mereka bertentangan mata dan kemudian kedengaran Iman ketawa kecil.

     "Kenapa awak terkejut macam tu? Saya cuma kiss awak" kata Iman dengan sisa tawa yang belum habis.

Baru sahaja tadi, bibir mereka bersentuhan untuk beberapa saat. Shaza menyentuh bibirnya. Itu kali pertama dia berada sedekat itu dengan seseorang!

     "Shaza, terima kasih" kata Iman apabila tawanya habis.

Shaza melihat wajah Iman lagi dengan bahang panas di wajahnya.

      "Ke.. Kenapa? " tanya gagap Shaza.

Dia tidak marah, dan tidak bermaksud dia tidak menyukainya. Cuma agak terkejut.

      "Sebab lahir dekat dunia. Jumpa saya, terima saya sebagai suami awak. Bantu saya uruskan mental health saya. Saya tak rasa kalau saya cuma perempuan lain, dia tak akan sekuat awak. " kata Iman.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now