"Tolong.. selamatkan isteri..dan anak saya dulu" kata Hanafi dalam keadaan yang lebih kurang sama dengan isteri dan anaknya yang berasa disisi.
**
"Macam mana isteri dengan anak saya? " tanya Hanafi
"Isteri encik baik² sahaja cuma dia belum sedarkan diri.. Tapi anak encik.. Maaf kami tidak dapat selamatkan "
**
"Sayang.. "
"Maaf I nak teruskan kerjaya I.. Hubungan kita sampai sini je"
"Uhhh! "
Akibat mimpi yang dialaminya, Cikgu Hanafi terjaga dari tidur. Badannya di penuhi dengan peluh yang melekit. Tidak sangka memori tragik yang menyebabkan dia kehilangan anak serta isterinya kembali mengganggunya. Masih segar di ingatan akan apa yang telah berlaku ketika itu. Isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka dan gara-gara dia kecuaian dirinya sendiri mereka berdua kehilangan anak mereka. Dia hanya mampu melihat anaknya hanya untuk jangka masa yang sangat singkat sahaja. Hanya untuk sehari sahaja mereka dapat melihat wajah anak mereka.
....
Setelah penat berlari mengelilingi taman yang berada dekat dengan kawasan perumahan Aqil. Iman dan Aqil mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi menghilangkan sedikit lelah. Di dalam tempoh berehat berkenaan Aqil mengambil kesempatan untuk menanyakan sesuatu pada sahabatnya.
"Semalam kau hantar Maya, family dia ada tak?" tanya Aqil.
"Aku tak hantar dia balik pun aku..."
"Apa?! Jadi kau bawa dia pergi mana?!" tanya gelabah Aqil. Seperti ibu kucing kehilangan anak. Iman agak bingung dengan sikap Aqil ketika itu.
"Hoi! Aku tak habis cakap kau dah potong. Kau ingat aku nak buat apa dengan dia, Shaza ajak dia stay dekat apartment aku malam tadi" kata Iman. Dia lalu membaringkan tubuh, Aqil juga berbuat perkara seperti Iman.
"Seriuslah" kata Aqil lagi sekali.
"Ye.. yang ambil berat pasal Maya ni dah kenapa?" tanya Iman.
Terkejut Aqil apabila Iman bertanyakan soalan sebegitu kepada dirinya. Pantas dia mencari akal untuk menukar topik. "Sukan lagi 2 minggukan? Jom sambung balik lari" kata Aqil. Iman yang berada di sisi menggeleng kepala.
"Malaslah, jom pergi mall jab. Aku nak cari pita kinesio " kata Iman. Lantas dia bangun dari baring dan berlari menuju ke superbike kesayangannya. Dalam keadaan yang masih penat, Aqil terpaksa mengikuti langkah sahabat karibnya itu.
Setibanya di mall, Aqil kehilangan jejak Iman apabila Iman dengan pantas meninggalkan dirinya. Iman tidak mahu membuang masa oleh sebab itu dia meninggalkan Aqil sebegitu sahaja kemudian menuju ke kedai yang ditargetnya. Tidak lama masa yang di ambil oleh Iman untuk membeli barangnya. Keluar Iman dari kedai yang masuki tadi dengan barangan yang dibeli.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...