Part 32

1.8K 89 21
                                    

Jam di dinding berdetik, terasa lambat masa berlalu. Shaza baring di sofa menanti kepulangan suaminya. Sejak dari petang tadi Iman keluar pergi latihan balapannya, namun masih belum pulang walaupun sudah malam. Tidak pun Iman memberitahunya bahawa dia akan pulang lewat hari itu. Sejak kebelakangan itu, Iman kerap pulang lewat. Kemanalah agaknya suaminya sehingga masih belum pulang lagi.

     "Mana Iman ni? " rungut Shaza.

  Benar kata orang tua-tua dulu, kalau benci sangat nanti boleh jatuh cinta. Benarlah, waktu pertama kali Shaza bertemu Iman, dia berasa sangat geram dan tidak suka akan Iman. Sikap Iman yang menjengkelkan serta nakal dan kejam. Tapi makin lama dia mengenali sosok suaminya itu, semakin dalam perasaan yang indah di hatinya. Perasaan sayang yang mulai membentuk dengan pantas sekali. Sehingga dia lupa siapa yang pernah bertahta di hatinya sebelum Iman.

  Memikirkan semua itu, membuatkan Shaza mengukir senyuman manis di bibirnya. Dia melihat ke siling rumahnya, fikirannya mulai melayang sehingga kedengaran loceng rumahnya. Pantas Shaza bangun dan pergi ke pintu rumahnya.

    "Iman awak dah balik? " tanya girang Shaza. Iman yang berada di depan muka pintu mengerut dahi.

     "Tak.. Saya nak keluar balik" perli Iman dengan senyuman sinis.

  Shaza geram, dia memukul lembut bahu Iman yang mulai berjalan menuju ke bilik. "Hish! Awak ni! " geram Shaza.

  Shaza tidak berhenti menganggu Iman sehinggalah mereka di kamar tidur. Tidak regang Shaza dari Iman sejak dia pulang ke rumah. Kerana berasa agak geram dan menjengkelkan. Iman secara tiba-tiba menarik tangan Shaza lalu menrebahkan mereka di atas katil.

     "Iman! Awak mana boleh tidur lagi, mandi dulu! " marah Shaza apabila dia melihat suaminya memejamkan mata. Shaza cuba untuk bangun kembali.

  Namun malang dia malah ditarik kembali oleh Iman. Kini dia berada dekat dengan dada Iman, boleh di rasai dagu Iman di kepalanya serta tangan kiri yang membelai rambut panjangnya.

    "10 minit, 10 minit je.. Saya penat sangat " kata Iman sambil mengeratkan pelukan.

  Penat? Ke mana sebenarnya Iman pergi? Sejak kebelakang ini juga, setiap kali Iman pulang dia pasti akan mengadu penat. Tidak sengaja sikap ingin tahu Shaza mulai menyerlah.

     "Awak pergi mana? " tanya Shaza. Iman membuka matanya, dia melihat ke arah isterinya.

     "Mm? Kerja" kata Iman. Dengan perkataan Iman itu, pantas Shaza melihat Iman.

     "Kerja? Tapi kenapa? Kerja apa? " tanya Shaza berkali-kali.

     "Nanti lepas sukan saya bagitahu ok? Saya kerja apa? " kata Iman sambil membeli pipi Shaza.

     "Tapi kenapa? " tanya lagi Shaza.

  Iman kembali melongarkan pelukannya agar mudah untuk dia melihat wajah isterinya itu.

     "Sebenarnya tak ada sebab pun awak, secara tiba-tiba dapat kerja. Janganlah risau sangat" kata Iman. Dengan sengaja dikucup dahi Shaza, tindakannya itu membuatkan Shaza sedikit tersentak, merah padam mukanya.

  Malam itu berlalu, akhirnya Iman lena sementara Shaza berada di dalam dakapannya. Entah kenapa malam itu tenang sekali dan mengembirakan diri Shaza. Dia berharap sangat bahawa Iman adalah jodoh tetapnya dan tidak akan berubah serta Shaza masih lagi mencuba untuk mengenali Iman dengan lebih dalam lagi. 

.

.

.

  Termenung jauh Dania, skrin komputernya direnung tajam olehnya. Fikiran Dania jauh melayang entah ke mana. Tanpa dia sedari, Shaza menghampirinya dengan beberapa fail di tangannya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now