Part 24

3.6K 117 27
                                    

Seperti yang dirancang Iman, dia kini tiba di destinasi yang ditetapkan. Iman bukan berseorangan namun ditemani oleh teman rapatnya iaitu Aqil yang dipaksa tanpa rela oleh Iman.

  Langkah pertama yang diambil oleh Iman ialah daftar masuk ke salah satu challet. Sementara Iman sedang sibuk, Aqil berdiri tidak jauh dari kaunter pendaftaran. Matanya ralik meninjau ke kawasan yang resort itu. Susah baginya untuk bercuti ditempat sebegitu kerana dirinya berasal keluarga yang agak sederhana berbanding dengan Iman.

  Tengah ralik dibuai rasa, membuntang mata Aqil apabila menyedari Shaza dan beberapa orang lain datang mendekati kaunter pendaftaran. Tidak jauh dari lokasi dia berdiri. Melihat keadaan itu, Aqil pantas mendekati Iman.

     "Man cepat lah! " desak Aqil. Iman yang baru sahaja selesai urusannya melihat Aqil dengan wajah hairan.

     "Kau dah kenapa? Tiber je desak aku" kata Iman. Aqil merengus geram.

     "Sebelum kau kena tangkap baik kita chow sekarang. Dah ada kuncikan. Jomlah!" kata Aqil.

     "Memang dah dapat tapi kena beg dulu.... Qil! "

  Belum sempat menghabiskan hujah, lengan baju T Iman ditarik kasar oleh Aqil lalu Aqil membawa dirinya jauh dari situ tanpa mendengar sedikit kata² Iman.

.
.
.
  
     "Fiya nampak tak mana Dania? " tanya Shaza apabila menyedari bahawa Dia tiada disisinya.

  Fiya hanya sekadar menggelengkan kepala menandakan dia tidak tahu dimana keberadaan Dania. Setelah mendapat jawapan Shaza mengeluh sebentar, terpaksa dia mendaftar masuk berseorangan kerana dia tiada idea dimana Dania.

  Di masa yang sama, Dania keluar dari tandas yang terdapat agak jauh dari kaunter pendaftaran. Gara² salah makan di pagi hari, dia terpaksa meluangkan masa yang lama di dalam tandas itu.

     "Menyesal aku makan gulai tempoyak yang sejuk tu😣" rungut Dania.

  Dia berjalan lambat menuju ke kaunter pendaftaran semula agar Shaza tidak risau akan kehilangannya sebentar. Di dalam perjalanan Dania berselisir dengan suatu sosok badan yang mungkin dikenali. Atas hasrat ingin tahu Dania yang tinggi seperti gunung Dania menoleh kebelakang. Terbuntang mata Dania apabila sosok tersebut adalah Iman dan seorang lelaki yang dia tidak kenali. Barangkali sahabatnya?

     "Apa budak tu buat kat sini? Nak stalk Shaza? Mmm biarlah bagitahu jelah dekat Shaza nanti" kata Dania lalu dia menuju kembali ke destinasi yang dia mahu.

  Tiba² telefon Dania berdering, pantas wanita itu mengambil telefon pintar dari kocek seluar jeans. Diangkat gagang Dania.

     "Dania mana kau? Aku dah check in.. Cepat lah datang sini. Nanti kau sesat kang" kata Shaza tanpa memberi peluang untuk Dania berkata.

     "Ok ok.. Jab. Tengah jalan ni" kata Dania lalu meletak gagang.

  Berlari Dania menuju ke kaunter pendaftaran tapi apakah nasibnya di hari yang indah itu. Dia terlanggar tubuh seseorang dengan kuat sehingga dirinya jatuh terduduk. Terasa amat panas hatinya apabila ada yang menghalang dirinya segera menuju ke Shaza.

     "Kau ada mata tak? " marah orang yang dilanggar oleh Dania. Dania pantas mendongak kepala ke atas. Alangkah terkejutnya Dania apabila dia berlanggar dengan...

     "Aiman! " kata Dania dengan nada yang agak kuat.

  Aiman hanya sekadar memandang tajam Dania tanpa berkata apa. "Apa kau buat kat sini? " tanya Dania. Dia agak tertanya kehadiran Aiman di situ. Aiman mengeluh kecil lalu menjelang tajam matanya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now