Part 43

1.4K 65 6
                                    

Pagi kini menjelang tiba. Perkara pertama yangn dilakukan Aunty Kylin ketika itu ialah melihat ke arah katil Iman. Alangkah terperanjatnya Aunty Kylin apabila melihat Iman tiada di atas katil tersebut.

     "Mana Iman? " kata Aunty Kylin.

Lekas dia bangun dari duduknya. Keluar dari bilik itu Aunty Kylin untuk mencari Iman. Sebaik sahaja dia keluar, terlihat Iman berdiri di hadapan seorang lelaki, iaitu Aiman.

     "Apa rancangan kau?" tanya Iman dengan muka serius.

Tajam mata memerhati Aiman dihadapan.

      "Kau still tak nak percayakan aku?" lagi dilontarkan oleh Aiman.

Iman tersengih sinis.

       "Kenapa aku patut percaya kau? Kau hancurkan aku, cuba rampas isteri aku dan sekarang balik dan jadi 'hero' kat sini?"

Kata-kata Iman benar dan itu membuat dia hilang kata-kata. Buntu fikirannya itu membalas apa-apa.

       "Maafkan aku" kata Aiman.

Nada Aiman yang lembut dan tenang menyentuh sedikit luka dihatinya. Untuk pertama kalinya ada yang meminta maaf darinya. Sebelum ini, tidak pernah yang melakukan perkara tersebut kecuali Shaza. Iman mengalihkan pandangannya. Dia kemudian pergi meninggal Aiman.

Perlahan langkahnya menuju kembali ke biliknya. Setelah beberapa langkah dia bertembung dengan Aunty Kylin yang sedang duduk di bangku biliknya.

      "Aunty?"

      "Iman"

.
.
.

Kekok suasana di dalam bilik itu. Masing-masing tidak tahu hendak bicara apa. Iman menarik nafas lalu dia memulakan bicara.

      "Saya dah tahu semua" kata Iman.

Aunty Kylin terkejut. Dia memandang Iman, dia ingin berbicarakan sesuatu tapi dipotong oleh Iman.

      "Maaf. Saya rasa lebih baik kalau kita jadi macam biasa" kata Iman.

Tersentak Aunty Kylin. Dia memandang Iman dengan wajah yang terkejut. Namun dia mengukir senyuman kecil.

      "I know, it must be difficult for you to accept me as your biological mother. Its okay " kata Aunty Kylin sambil tersenyum.

Iman mengetap bibirnya. Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

      "That not what I mean, I'm glad " kata Iman.

Aunty Kylin melihat Iman.

      "for a year.. Saya selalu harapkan ada seorang ibu yang sentiasa ada dengan saya. Keluarga yang sayangi saya seadanya. Its not like I hate my mum , I mean... " kaa Iman tergagap.

      "You mean Armanda?"

Iman mengangguk kepalanya. Dia memandang Aunty Kylin, melihat mata wanita itu berkaca semakin hancur dan senak hatinya.

      "I don't hate her, and the same time. After all of this, I can't say I love her as my mum. And you.. I never hating you " kata Iman.

Dia cuba mendapatkan tangan Aunty Kylin. Dia yakin wanita di hadapannya itu adalah ibu kandungnya. Dia mengenggam seerat mungkin tangan Aunty Kylin.

      "Iman"

      "I'm glad to know that you're my biological mother.. Tapi sangat tiba2 aunty. Saya sedangkan sukar untuk panggil awak as my mum. Bukan saya tak terima. Saya semuanya, dan I'm glad to accept you just please bagi saya masa untuk terima aunty sepenuhnya sebagai ibu saya" kata Iman.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now