Part 7

3.8K 100 9
                                    

Iman mendekati meja makan. Di situ sudah ada Dato'Emil menunggu dirinya. Dato'Emil yang sedang membaca surat khabar berhenti dari bacaannya dan memandang Iman. Dia melirik ke belakang Iman. Iman melabuh punggung di kerusi yang berhampiran dengan Dato'Emil.

     "morning dad.." kata Iman setelah dia sudah duduk di sebelah tempat duduknya.

  Dato'Emil tidak menjawab sapaan dari Iman. Dia kembali membaca surat khabar. Seperti biasa Iman sudah lali dengan hal demikian.

  Tidak lama kemudian, Shaza turun dari atas ke tingkat bawah dan mendekati meja makan manakala Datin Armanda tiba dengan membawa dulang minuman diikuti oleh Mak Jah yang menjinjing pinggan yang berisi mee goreng.

     "semua dah ada jom breakfast " kata Datin Armanda setelah meletak jag dan cawan² di atas meja.

  Di tolong oleh Shaza menuangkan air ke dalam setiap cawan mengikut bilangan orang yang terdapat di dalam rumah itu. Setelah itu mereka sekeluarga menjamah sarapan pagi yang di sediakan oleh Mak Jah dan Datin Armanda.

  Tengah sibuk makan, lebih kurang beberapa minit kemudian Dato'Emil membuka bicara. Soalan yang di tujukan ke arah Iman.

     "apa Iman dah buat dekat sekolah hari tu? " tanya Dato'Emil. Iman sedikit binggung.

     "buat apa daddy? " tanya kembali Iman.

  Dato'Emil menelan makanan yang di kunyah dahulu sebelum dia bersuara kembali. "apa kamu buat dekat Fiza hari tu? " yang Dato'Emil tanpa memandang Iman. Iman berhenti menguis makanan yang berada di dalam pinggan makannya. Dia mengeluh.

     "abang, tak payahlah cakap pasal tu. Sekarangkan waktu makan" kata Datin Armanda. Dato'Emil memperdulikan seketika kata² isterinya.

  Dia mula mengalih pandangan ke arah Iman. Iman kelihatan sedikit bengis wajahnya.

     "kamu buli Fiza? Kamu lupakan Fiza tu anak kawan daddy. Habislah tender daddy kalau kamu anak daddy buli anak kawan sekerja daddy" marah Dato'Emil.

  Shaza yang berada di situ menyaksikan sendiri pertelingkahan kecil di antara Iman dan Dato'Emil. Buli? Iman ini pembuli ke? Shaza mengalihkan pandangan ke arah Iman apabila Iman meletakkan sudu dan garpu di dalam pinggan.

  Iman bangun, "Iman nak pergi mana? Makanan tak habis lagi.. " kata Datin Armanda.

     "Im dah kenyang. Im nak pergi sekolah dulu " kata Iman. Dato'Emil memandang Iman yang mengatur langkah ke ruang tamu. Dia beredar dari situ.

     "Im daddy tanya ni! " kata tegas Dato'Emil membuatkan Iman kehilangan langkah. Dia tidak berpaling, hanya mata melirik ke tepi.

     "Daddy dari dulu memang lebih pentingkan kerja dari Im kan? Im dah besar, Im tahu apa yang Im patut buat dengan yang tak patut buat. Jangan nak atur Im lagi" kata Iman kemudian dia beredar dari situ. Dato'Emil menggaru kepala yang tidak gatal.

  Shaza menyaksikan pertelingkahan kecil anak beranak tersebut. Sedikit demi sedikit dia melihat sisi Iman yang sebenar. Dari pemerhatiannya Iman amat berbeza dengan Aiman. Seolah-olah mereka dari latar belakang yang berbeza atau lebih senang fahami tidak terlihat seolah-olah macam adik beradik sejak kali pertama Iman, Aiman dan Shaza bertemu.

.
.

  Senyap-sayup kelas 5 Sastera apabila Cikgu Zulkarnain a.k.a guru dispilin mengajar di dalam kelas. Semua pelajar menumpukan perhatian terhadap apa yang diajari oleh cikgu tersebut.

  Selepas 1 jam, "okey murid² saya nak kamu buat latihan dalam buku kerja muka surat 45 hingga 49. Esok hantar " kata Cikgu Zulkarnain.

  Habis sahaja Cikgu Zulkarnain bersuara beliau keluar dari kelas. Dan waktu rehat tiba. Iman orang pertama yang keluar dari kelas. Tingkah-laku Iman di perhatikan oleh rakan²nya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now