Part 21

3.6K 98 11
                                    

Dengan sekuat hati kanak² lelaki itu melarikan diri daripada dikejar oleh wanita yang lebih kurang berusia 50-an itu. Tercungap-cungap nafasnya kerana penat.

     "Mana kamu nak lari?! Sini! " teriak wanita itu.

  Pintu bilik yang berada di hadapan menjadi pilihan kanak² itu, dengan tergesa-gesa dia masuk dan bersembunyi di suatu sudut di dalam bilik yang agak gelap itu. Dia menutup mulut agak nafasnya tidak kedengaran terlalu kuat.

     "Iman! Kau ingat aku tak boleh cari kau?! Dah dalam aku tahan! Kali ni aku tak akan biarkan kau, sebabkan anak aku mati! " marah wanita itu, dia mencari kelibat kanak² yang dicarinya. Tangannya membawa sebilah pisau dapur.

  Pintu bilik yang kelihatan sedikit terbuka menarik perhatian wanita tersebut, di kuak kuat pintu itu dari luar.

Pukk!

     "Sini kamu! " katanya apabila menjumpai matlamat dirinya.

  Kanak² itu mula menjadi tak keruan, takut diapa-apakan oleh wanita itu.

     "Jangan dekat dengan aku! Pergi! " kata kanak² itu.

  Wanita itu mengendahkan apa yang dikatakan kanak² itu, dengan tanpa rasa belah kasihan wanita mendekati kanak² tersebut lalu pisau yang dipegangnya diayun ke arah ke arah kanak² itu.

     "Berhenti! "

     "Berhenti! " terjaga Iman dari lena. Pantas remaja lelaki itu bangun dari baringnya. Diraut wajah sebelum berbicara apa², mata juga mengerling jam yang sekata detiknya.

  Jam menunjukkan waktu dua pagi, Iman mengeluh kecil lalu sengaja Iman menyusutkan rambut yang sememangnya sudah kusut. "Ya Allah, kenapa mimpi ni datang balik? " tanya sendirian Iman. Badan direbahkan semula di atas katil dan cuba untuk melelapkan mata kembali namun...

.
.
.

  Agak mamai Iman pada pagi itu, sejak dari rumah lagi dia mamai gara² tidak boleh tidur di malam semalam. Perlahan sahaja langkah Iman menuju ke kelasnya. Kalau diikutkan hati, Iman tidak mahu menjejakkan kaki ke sekolah pada hari itu sebaliknya duduk di rumah untuk mengisi waktu tidur yang 'tergendala'.

  Tengah di dalam keadaan mamai dan mengantuk, tiba² ada seorang pelajar secara tidak sengaja terlanggar Iman sehingga jatuh barangan pelajar itu.

      "Hish buta ke apa?! Tak nampak ke aku sebesar alam ni" rungut pelajar lelaki yang terlanggar dengan Iman itu.

  Dia langsung tidak mengetahui bahawa dirinya terlanggar dengan Iman yang merupakan pelajar paling bermasalah di sekolah itu. Banyak rungut yang keluar dari mulut pelajar lelaki tersebut. Diperhatikan seperti harimau mahu menerkam mangsa Iman terhadap pelajar itu. Sudahlah tidak minta maaf, merungut pula tu! Desis hati Iman.

  Atas rasa amarah yang mulai terbentuk, tanpa berfikir Iman menarik kolar baju pelajar lelaki itu lalu ditolak kuat ke dinding bangunan sekolah di kaki lima. Terkejut beruk pelajar lelaki itu melihat Iman!

     "Kau asal ahhh?! Pagi² dah buat aku marah! " marah Iman.

     "Im... Iman! Maaf aku tak.. " belum sempat pelajar lelaki itu menghabiskan kata²nya Iman terus mencelah.

    "Kau tak apa?! Aku dah lah tengah kusut, pasti kau entah datang dari mana langgar aku! Bukan setakat langgar, ada hati nak merungut bagai! Siapa salah sekarang ni ahh?! " marah Iman.

  Kejut perut pelajar itu dengan gaya Iman. Nada yang diguna pakai amat tinggi bukan itu sahaja wajah Iman juga nampak amat bengis. Senang cakap, mengantuk yang tadinya menguasai diri telah lenyap kerana amarah yang di rasanya ketika itu. "Maafkan aku" kata pelajar itu. Dia tidak mahu diapa-apakan Iman.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now