Part 36

2K 80 7
                                    

"Sarah~ Raisya~ cukup main ye tu. Balik rumah nanti Mak kamu berdua risau karang" kata nenek tua dari tingkap rumahnya.

  Dilihat dua budak perempuan yang bermain teng-teng halaman rumahnya. Kerap sekali dua budak itu bermain di halaman rumahnya, walaupun begitu apabila hari semakin lewat akan dipinta ke dua budak untuk segera pulang ke rumah agar tidak membimbangkan ibu bapa mereka.

     "Baik nek embun " kata mereka serentak.

  Berlari anak mereka pulang ke rumah, itu membuatkan geli hati Nenda Embun. Budak-budak itu sahajalah yang memeriahkan rumahnya, sekali mereka melawat dan bermain di rumahnya.

  Nenda Embun masuk kembali ke dalam rumahnya. Diambil tempat di kerusi malas rotan yang berada di ruang tamunya. Seperti ruting hariannya, Nenda Embun menghidupkan televisyen bagi menghilangkan suasana sunyi rumahnya.

  Hanya dia seorang sahaja yang berada di rumah agam itu. Anak tunggalnya juga tinggal dia ibu kota menguruskan perniaga mendiang suaminya. Jikalau dahulu adalah dengar suara cucunya berkeliaran dan bermain di dalam rumah agam itu. Bergurau senda menghilangkan rasa kesunyian namun lepas detik gelap itu semuanya berubah.

     "Iman, Aiman... Mana cucu nenda sembunyi ni" cari Nenda Embun.

  Dipetang yang nyaman itu, seperti biasa dia meluangkan masa bermain bersama kedua-dua cucu kesayangannya. Di cari dari satu ke satu bilik di mana sembunyi cucunya.

     "Iman sana sikit.. Haha nanti nenda sedar karang "

  Kedengaran suara kecil dari balik langsir jendela yang panjang itu. Dia tahu di mana mereka bersembunyi. Di peluk tubuh kanak-kanak di balik langsir itu.

     "Sudah jumpa... "

     "Hahaha nenda jangan geletek Im.. Hahaha hentikan hahaha" kata Iman apabila Nenda menangkap tubuh kecil.

  Aiman yang berada di situ juga cuba loloskan diri namun gagal.

     "Cuba pun cucu kesayangannya nenda ni.. " kata Nenda sambil memeluk kedua cucunya.

'''

  Kini tidak lagi kedengaran suara kanak-kanak di rumahnya. Rumah agam itu kelihatan suram dan sunyi apabila kedua-dua cucunya tidak lagi tinggal di situ. Tengah menyiram pokok bunga, kedengaran telefon rumah berdering. Pantas Nenda Embun masuk ke dalam rumah.

     "Hello? Datanglah ibu rindu kamu semua" kata Nenda Embun apabila mendapat panggilan dari anaknya bahawa mereka akan pulang.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now