Part 22

3.7K 110 16
                                    

Kereta yang dipandu meluru masuk ke dalam kawasan yang agak suram. Mereka tiba di kawasan yang berdekatan dengan kawasan bawah jambatan. Itu membuatkan Shaza berasa sedikit gusar apabila dipinta Iman menghantar diri menghantar dirinya ke tempat yang sebegitu. Terlintas juga di fikiran, mengapakah Iman mahu bertemu rakannya di tempat sebegitu.

     "Kau nak jumpa siapa kat tempat ni?" tanya Shaza. Iman yang duduk di sebelah memandang lembut Shaza.

     "Aqil, member aku" kata Iman lalu membuka pintu untuk keluar dari kenderaan tersebut.

  Tergendala tindak Iman menutup pintu kereta tersebut, dia membongkokkan tubuh untuk berbicara dengan Shaza yang berada di dalam kenderaan tersebut. "Shaza" panggil Iman.

     "Apa? "

     "Boleh tunggu? Dalam masa 20 minit aku tak sampai kau balik je. Aku balik dengan Aqil" kata Iman. Shaza was was.

     "Kenapa? Kau nak buat apa ni? " banyak soalan ditujukan ke arah Iman.

     "Tak apa yang serius, ingat tau. Bye" kata Iman. Diberikan 'flying kiss' untuk isterinya itu. Shaza tersebut namun di dalam senyum dia berasa agak gusar ketika itu.

  Diperhatikan Iman yang sedang berlalu pergi oleh Shaza. Seperti yang dikatakan Iman, Shaza menunggu kepulangan Iman. Namun setelah 30 minit berlalu, batang hidung Iman masih tidak kelihatan. Walaupun di dalam gaya mahu pergi, terdetik di hati kerisauan ke atas suami. Shaza berasa agak gusar dan kegusaran itu membuatkan dia berani untuk pergi mencari Iman dan melanggar arahan suaminya sebentar tadi.

~sebelum 30 minit, Iman...~

  Dengan laju Iman berlari mencari kewujudan orang di kawasan itu. Setelah penat berlari, akhirnya jumpa jua apa yang dicari. Terlihatlah Aqil yang sedang dibelasah oleh dua orang lelaki yang kelihatan lebih berusia daripadanya.

      "Hoi jangan kacau member aku! " terjah Iman. Tanpa amaran Iman terus menumbuk lelaki yang membelasah Aqil. Aqil tidak terlalu teruk cuma lebam di mata sahaja.

     "Kau lambat" rungut Aqil. Yang jatuh di tanah tempias pukulan Iman.

     "Kira untunglah aku datang ada hati nak merungut" balas Iman. Aqil ketawa hambar dia bangun dan berdiri sebelah Iman.

  Lelaki yang ditumbuk oleh Iman mengesat darah dari bibir yang luka akibat tumbukan Iman. Dia memandang Iman dengan tajam seperti pemangsa mahu menerkam mangsanya. Tidak berkelip langsung lelaki itu menjeling maut Iman.

     "Tumbukan lemah! Macam ni kau takut Faris?! " sombong lelaki itu bersuara.

  Sedikit bingung Iman apabila mendengar nama Faris dari mulut lelaki yang ditumbuknya. Dia mengerling mata ke arah belakang lelaki yang sedang menyorok balik tiang jambatan itu.

     "Engkau? "

     "Kaulah Iman? Gengster sekolah yang ramai orang takut tu? Uhh~! Aku rasa diorang semua buta, kau taklah kuat mana pun" kata lelaki itu. Memerli kekuatan tumbukan yang Iman lakukan terhadapnya.

     "Aku tak kenal kau siapa, kau asal kacau member aku? " kata Iman sambil memandang tempat lelaki itu.

     "Aku Farid, abang budak yang kau buli pagi tadi. Untuk pengetahuan kau, aku tak akan biarkan mana² budak sentuh adik aku dan kau berani buli dia. Maksudnya kau dah gali kubur kau sendiri... " terang panjang lelaki itu.

  Tidak semena-mena Iman ketawa, tawa Iman dicurigai oleh Aqil serta Farid. "Wei asal kau gelak? " tanya Aqil dalam keadaan berbisik.

     "Kau ingat aku bergurau ke?! " marah Farid bengang.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now