Part 42

1.2K 77 6
                                    

Selesai sahaja mandi dan mengena pakaian, Aunty Kylin terus duduk di ruang tamu. Dia menonton televisyen sebelum dia masuk tidur. Perlu dia untuk tidur awal kerana esok dia perlu berlepas ke Australia atas permintaan bapanya.

     "tak ada cerita yang menarik ke?" katanya.

Tengah sibuk mencari siaran untuk ditontoni, kedengaran loceng apartment yang laju di tekan. Ada tetamu. Dan tetamu itu kedengaran terdesak untuk bertemu dengannya.

     "Sally ke? Tapi aku dah kata kalau ada apa esok je bagitahu. Nak rest pun tak tenang" kata Aunty Kylin.

Dengan raa geram, Aunty Kylin bangun dan menuju ke arah pintu rumah. Loceng pakai laju ditekan.

     "Wait! Wait! I coming " kata Auunty Kylin.

Pintu dibuka.

     "Sally kan I dah cakap, apa esok....!"

     "Mawar!"

Alangkah terkejutnya Aunty Kylin mengetahui bahawa bukan PA nya yang datang mengunjungi malah bekas suaminya iaitu Cikgu Hanafi.

     "Hanafi? You buat apa dekat sini? And how do you know my house?" tanya bingung Aunty Kylin.

     "Enough talking, follow me "

Cikgu Hanafi menarik tangan Aunty Kylin agar mengikuti dirinya. Pada awal Aunty Kylin membantah, namun melihat Cikgu Hanafi yang hilang sejuta kata dan kedua-dua anak mata lelaki yang tidak ditelan usia itu 'berkata'. Dia akhirnya mengikuti Cikgu Hanafi tanpa mempersoalkan apa-apa.

Di dalam kereta, Cikgu Hanafi tidak berbicara apa-apa. Suasana di dalam kereta itu hanya dipenuhi dengan muzik radio sahaja. Aunty Kylin menoleh ke arah bekas suaminya. Berada di dalam kereta pada waktu malam begitu mengingatkan dirinya kembali akan peristiwa yang pernah menimpa mereka.

     "Abang!!!"

Pantas matanya dipejam rapat. Tidak mahu dia mengingat kembali tragedi pahit itu.

     "You nak bawak I pergi mana malam2 ni?" tanya Aunty Kylin.

Cikgu Hanafi mengeluh.

     "Balas balik 'dosa' saya dekat awak"

Jelas lagi bersuluh perubahan wanita di sebelahnya. Sebelum dan selepas bercerai, Mawar mengantikan namanya sebagai Kylin. Bukan itu sahaja, perwatakan kasarnya juga berubah menjadi yang sekarang. Daripada seseorang yang tidak tahu apa2 mengenai perhiasan mahupun makeup berubah menjadi model yang terkenal di negara orang.

     "Apa maksud you?"

     "Lepas kita sampai hospital nanti baru you faham" kata Cikgu Hanafi.

Hospital?

Setelah beberapa ketika, mereka tiba di hospital. Cikgu Hanafi membawa Iman menuju ke arah satu wad. Tidak lain tidak bukan wad Iman.

     "Zarif kat dalam" kata Cikgu Hanafi.

Zarif? Itu nama anak mereka tapi kanak-kanak itu sudah lama terkorban setelah kemalangan yang mereka alami.

     "Jangan merepek! You lupa ke? Zarif terkorban waktu tu and that why we.."

     "Divorce ? "

Kata-kata yang keluar dari mulut Cikgu Hanafi amat memberi kesan jauh di sudut hati Aunty Kylin. Ditambahkan lagi wajah yang tidak menuju langsung perasaan Hanafi ketika itu.

     "Masuk dulu, and someone akan datang dan jelaskan dekat you" kata Cikgu Hanafi.

Tubuhnya sedikit ditolak oleh Cikgu Hanafi, sedikit ragu2 Aunty Kylin ketika itu. Dia pasti anaknya sudah terkorban, tapi entah kenapa dalam ragu itu firasatnya begitu kuat untuk memasuki ke dalam bilik tersebut. Seolah-olah, di sebalik pintu ada anak kecil yang menanti dirinya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now