Mata terikut dengan rentak Maya yang asyik termundar-mandir di luar kelas 5 Sains. Aqil mengeluh kecil dan keluhannya disedari oleh Fairuz.
"Panjang keluh, kau okey tak? " tanya Fairuz yang baru selesai membuat latihan yang diberikan oleh Puan Sofiyah. Selalunya dialah orang yang paling akhir siapkan segala tugasan dari Puan Sofiyah.
"Tu, Maya tu dari tadi asyik ulang-alik depan kelas kita ni.. Rimas aku tengok dia" kata Aqil. Fairuz ketawa kecil.
"Relaxlah dude, macam kau tak kenal si Maya tu. Dah prince charming dia ada dalam kelas kita " balas Fairuz selamba.
Aqil mengalihkan semula pandangannya daripada Maya, dia kini melihat buku tulis yang berada di hadapannya. Fairuz senyum kecil melihat gelagat Aqil.
"Kau jealous ke? Yelah Maya tu kan pilih Iman bukan kau" kata Fairuz lagi. Sahaja ingin bergurau kasar dengan Aqil. Dihadiahkan jelingan tajam buat Fairuz.
"Aku jealous?! Buang masa aku je" kata Aqil.
"Mmmm yelah Aqil. Suka hati kaulah.. " kata Fairuz.
Benar apa yang dikatakan oleh Fairuz, Aqil memang pernah menyukai Maya sebelum Maya bercinta dengan Iman. Namun apakah nasib, Maya memilih Iman daripada dirinya. Tidak lama lebih kurang beberapa minit begitu, Puan Sofiyah membenarkan pelajar kelas 5Sains keluar memandangkan waktu rehat sudah tiba.
Seperti biasa, Aqil dan rakan yang lain keluar dari kelas untuk ke kantin. Memandangkan Iman tidak hadir, mereka tidak bercadang untuk menganiaya pelajar lain ketika itu. Bukan kerana takut tapi mereka malas mencari sakit. Sebaik sahaja keluar dari kelas, Maya terlebih dahulu menangkap Aqil.
"Apa kau nak? Prince Charming kau bukan datang pun hari ni" kata malas Aqil. Maya senyum kecil.
Dengan gaya lagaknya Maya memulakan bicara. "Tak aku tak nak jumpa Iman. Aku tahulah dia tak datang. Aku ada benda nak cakap dengan kau Aqil" kata Maya.
"So.. " kata Maya sengaja dihentikan, matanya sengaja melirik ke arah Fahmi dan Fairuz. Fahmi perasaan lalu berkata "mmmm.. Emergency ke nak kita orang dua blah?" perli Fahmi. Fairuz cuba menenangkan Fahmi.
"Dahlah, Jom kita pergi kantin dulu, Aqil kitaorang gerak dulu" kata Fairuz sambil membawa Fahmi jauh dari situ.
Diperhatikan gerak-geri Fairuz dan Fahmi dari jauh sehinggalah kelibat mereka tidak kelihatan lagi. "Dia orang dah blah, cakaplah apa yang ko nak cakap" kata Aqil. Maya menggelengkan kepala.
"I will to talk, but not here. Follow me " kata Maya memberi arahan kepada Aqil.
Acuh tak acuh Aqil menurut kata² Maya. Mereka berdua pergi ke Taman Bunga Orkid yang berada berhampiran dengan makmal biologi di bahagian blok B kawasan sekolah. "Okay not someone in here. Okey aku ada benda nak minta tolong" kata Maya. Aqil ketawa sinis.
"Kau memangkan, kalau ada benda je kau nak cakap personal dengan aku kan" perli Aqil. Maya menyampah.
"Tak yahlah nak perli² aku. Kau boleh tolong aku ke tak? " tanya lagi Maya. Aqil mengeluh kuat.
"Yelah yelah! Apa yang kau nak aku tolong? "
Dalam masa yang sama, Noorul yang kebetulan berada di situ terdengar apa yang dibualkan diantara Maya dan Aqil. Terkejut besar dia apabila mendengar kata² Maya.
"No away! Aku tak akan tolong kau! Kau nak aniaya orang Maya kalau macam tu" kata Aqil.
"Ni bukan aniaya ni cuma nak buktikan Iman serius dengan aku atau tidak je" kata Maya. Aqil menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...