Tidak pernah walaupun sedikit Dania untuk ayah mengahwini dengan pilihan hatinya. Setelah ibunya meninggal dunia ayahnya seakan-akan tidak kisah akan dirinya dan tidak lagi mengenangkan akan arwah ibu kesayangannya. Ditambahkan lagi wanita yang kini sah bergelar ibu tirinya adalah salah satu individu yang tidak pernah menyukai ibunya.
Puan Siti nama diberi. Tidak pernah walau sekalipun Puan Siti menganggapnya sebagai anak malah wanita 40-an itu sentiasa mendesak Dania untuk menghantar wang dengan kuantiti yang cukup besar. Disebabkan perkara itu Dania harus melakukan kerja sambilan bagi menampung pembiayaan hidupnya di ibukota.
Termenung jauh Dania memikirkan masalahnya. Air kopi panas yang dipesankan kian sejuk. Tidak sikitpun air itu diminumnya. Itulah sikap Dania yang sentiasa menyimpan segala masalahnya dan hanya menunjukkan dirinya seakan-akan baik sahaja walaupun yang sebenarnya tidak.
"Apa yang aku boleh buat lagi?" kata Dania.
Ditemui En Faiz oleh Dania setelah habis sahaja waktu makan tengahari.
"Awak nak minta cuti?" tanya En Faiz. Dania mengangguk kecil.
"Atas alasan?" tanya lagi lelaki itu.
Satu nafas ditarik dan memandang tempat ke aah En Faiz. Dania tersenyum kecil.
"Saya..fuh~ saya ada urusan keluarga saya" katanya dengan sedikit riang.
Namun keriangan Dania diperhatikan oleh En Faiz dengan serius sekali.
"Dania"
"Ye?"
"Awak ada masalah?"
Tersentak Dania dengan soalan yang baru sahaja diberikan En Faiz kepada dirinya. Anak mata tidak mahu fokus ke mana. Mulutnya juga terasa berat untuk mengeluarkan bunyi.
"Sa..saya okey je. En Faiz tak yah risaulah hahahahaha" kata Dania sungguh positif sekali.
Dia sedikitpun tidak mahu En Faiz melihat sisi lemahnya. Dia hanya mahu En Faiz mengenali dirinya sebagai orang sentiasa gembira dan riang. Dia tidak mahu dianggap lemah dan lembek daripada insan yang dia cintai.
"Mmhh, baik saya luluskan pemohonan cuti awak" kata En Faiz. Dania tersenyum.
Dia mengucapkian termia kasih kepada En Faiz sebelum beredar. Sebaik sahaja Dania keluar dia terus dipinta orang atasannya untuk menyimpan fail di stor. Tanpa berlengah Dania melaksanakan arahan itu.
Tengah sibuk susun fail di dalam stor, Dania berhenti seketika. Ditenung setiap fail yamg di susun di rak itu. Tanpa dia sedar matanya mulai berlinang dengan air mata yang langsung tidak dipintanya. Rasa sebak sebab tekanan itu sukar sungguh untuk dia tampung lagi.
"Shaza " panggil En Faiz.
Terkejut kecil Shaza apabila En Faiz memanggil dirinya.
"En Faiz? Ye ada apa?" tanya Shaza.
"Boleh saya tahu mana kampung Dania"
"Kampung Dania?"
.
.
.Maya mengejar Aqil, lalu ditarik tangan Aqil tersebut. Itu membuat Aqil terhenti langkah. Tidak mahu dia meneruskan langkah takut Maya akan terjatuh.
"Apa kau nak lagi. Aku dah kata cukup sampai sini je fake couple kita ni" kata Aqil. Maya menggeleng.
"Tapi kenapa? Kau terasa dengan apa yangFadli cakap tu ke?" perli Maya pula.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...