Taklimat ringkas diberikan oleh Hanafi setibanya rombongan pelajar ke tempat perkhemahan. Taman riadah yang menjadi lokasi perkhemahan berdekatan dengan kawasan hutan dan sungai.
"Saya nak kamu semua jaga kelakuan, terutama sekali kamu Iman" kata Cikgu Hanafi sambil merenung tajam ke arah Iman yang duduk dibahagian belakang.
Tersengih hambar Iman mendengar amaran Cikgu Hanafi. "Benci betul cikgu tu dengan kau" kata Fahmi yang tiba² merangkul bahu Iman dari belakang. Iman berpaling wajah ke arah Fahmi. "Lepaskan bahu aku" arah Iman dengan nada dingin. Fahmi tersengih kecil lalu perlahan-lahan kembali ke tempat duduk asal. Fairuz ketawa kecil.
Tiba² Aqil yang berada di hadapan Iman berpaling pandangan setelah taklimat Cikgu Hanafi berakhir. "Jom pasang khemah ⛺" kata Aqil. Mereka berempat bangun dari tempat duduk lalu pergi ke lokasi mengambilan khemah yang disediakan pusat reaksi itu.
"Tunggu dulu! " halangan Cikgu Siva membuat semua pelajar yang ingin beredar tersentak.
Di tangan cikgu India yang berbadan gembal itu terdapat beg plastik hitam. Semua sudah tahu maksud beg plastik tersebut.
"Aduh tidak.. Janganlah tahun ni" rungutan salah seorang pelajar.
"Saya mahu kamu semua bagi itu handphone! Tak ada seorang pelajar boleh guna handphone sepanjang sesi perkhemahan. Cepat²" kata Cikgu Siva sambil menghampiri setiap pelajar untuk di rampas telefon bimbit yang mereka bawa. Ini bertujuan agar para pelajar tidak asyik bersama gajet berbanding aktiviti kokurikulum yang diadakan pihak sekolah.
Secara ragu² mereka semua memberikan telefon yang dibawa mereka. Sebelum Iman memberikan telefon bimbit, dia menghantar pesanan ringkas kepada Shaza, entah kenapa banyak² kenalannya Shaza menjadi pilihan dia untuk dihantar sebuah pesanan ringkas. Sedang dia menghantar pesanan tersebut, Maya mendekati dirinya. "Baby, you buat apa tu? Mesej siapa? " tanya Maya. Dihalang Maya dari melihat pesanan yang dihantarkan kepada Shaza.
Iman memandang Maya dengan tenungan mata yang agak dingin. "Mesej untuk makwe baru I" kata Iman lalu menghampiri Cikgu Siva untuk diberikan telefon bimbit tersebut. Maya geram.
"You jangan main². You curang I? " tanya Maya was was sambil mengikuti Iman. Walaupun tahu sikap Iman, Maya tetap percaya Iman akan selalu ada dengan dirinya.
"You rasa? Boleh ke I nak curang kalau you selalu kongkong I? Biy, jangan syak wasangkalah. I nak pergi pasang khemah jangan kacau I" kata Iman kemudian beredar. Malas hendak melayan sikap Maya. Lagipun dia bukan serius bersama dengan perempuan yang berada dihadapannya.
Terkial-kial Maya yang ditinggalkan sebegitu sahaja oleh Iman. Maya mengenggam tangan kerana berasa terlalu marah. "Takpe Im you tunggu. I pasti you hanya milik I"
Selepas beberapa minit, selesai sudah khemah yang dipasang oleh empat sekawan itu. Fahmi merupakan orang pertama yang memasuki ke dalam khemah. Penat katanya,
"Kitorang yang pasang, kau yang terjah dulu" kata Fairuz tidak puas hati. Fahmi memandangnya lalu menjelirkan lidah. Fairuz geram.
"Kau...! "
"Dahlah jangan gaduh" kata Iman. Dimasukkan bagasi mereka ke dalam khemah yang disiap pasang. Bagasi dibaling tempat ke arah Fahmi. "Kau kat dalam, kau kemas" kata Iman. Mencerut muka Fahmi apabila diarah Iman.
"Qil kau tengok siapa tu? " tanya Iman apabila sedar sahabat karibnya itu ralik memandang ke kawasan khemah pelajar perempuan.
"Tak ada siapa. Dah siap kemas? Jomlah pergi kumpul sebelum 'musuh ketat' kau cari kita" kata Aqil.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...