Part 46

1.1K 57 7
                                    

Cikgu Hanafi memasuki kelas 5 sastera untuk waktu mata pelajaran pendidikan jasmani. Namun dia tidak mengajar mata pelajaran tersebut kerana pemeriksaan Sijil Pendidikan Malaysia yang semakin menghampiri ini. Oleh sebab itu, Cikgu Hanafi diarahkan untuk mengajar subjek teras yang dia mahiri iaitu mata pelajaran matematik.

Kelas 5 Sastera tidak lari daripada kekecohannya. Jikalau tiada guru di dalam kelas ini, pasti kelas ini akan menjadi sangat huru-hara.

Apabila Cikgu Hanafi berdiri di hadapan pelajar 5 Sastera, dia menyedari ketiadaan Iman di dalam kelas itu. Dia tidak mungkin silap kelas bukan? Iman daripada kelas 5 Sastera bukan?

     "Mana Iman? " tanya Cikgu Hanafi sebaik sahaja kelas 5 Sastera memberi salam.

     "Dia tak datang cikgu" kata Fahmi salah seorang rakan rapat Iman.

Cikgu Hanafi hanya mengangguk. Dia kemudian melanjutkan tugasannya sebagai seorang guru. Tengah Cikgu Hanafi mengajar, terdapat seorang pelajar yang tidak menumpukan perhatian kepada apa yang diajar.

Pelajar itu ialah Aqil. Daripada menumpukan perhatian, Aqil lebih memerhatikan setiap gerak-geri Cikgu Hanafi. Mata tertumpu pada guru itu namun fikirannya melayang jauh ke tempat lain.

Seusai sahaja Cikgu Hanafi menerangkan topik yang dibincangkan di dalam kelas itu. Dia memberikan tugasan untuk setiap pelajar 5 Sastera. Cikgu Hanafi duduk di meja guru dan melakukan tugasnya yang lain di dalam komputer ribanya.

Melihat kelapangan guru lelaki itu, Aqil bangun daripada tempat duduknya dan bertemu dengan guru itu.

      "Wei kau nak pergi mana? " tanya Fairuz tanpa dibalas.

      "Cikgu"

Panggil Aqil apabila dia tiba di meja guru itu. Cikgu Hanafi mengalihkan pandangan ke arah Aqil.

      "Ye Aqil? Kamu ada soalan nak tanya pasal topik cikgu terangkan tadi? " tanya Cikgu Hanafi.

Aqil menggelengkan kepala.

Cikgu Hanafi bingung.

      "Bukan tu niat saya. Saya nak cakap pasal Iman " kata Aqil.

Mendengar sahaja nama Iman, riak wajah Cikgu Hanafi berubah serius.

      "Kamu nak cakap apa? " tanya Cikgu Hanafi tenang dalam gusar.

Aqil mengeluh. Dia mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap selepas itu. Keadaan kelas yang tenang tatkala semua sedang menyiapkan tugasan yang diberi itu juga turut dilihat Aqil.

     "Boleh kita cakap tempat lain? Saya tak nak ada 'manusia gila' terdengar apa yang saya cakap ni" kata Aqil sinis.

Manusia gila itu dia tujukan kepada Aniff.

Cikgu Hanafi bersetuju walaupun dia menyedari nada Aqil agak biadap.

      "Baik semua, saya nak kamu semua siapkan sebelum saya datang balik kelas nk. Aqil kamu ikut saya" kata Cikgu Hanafi.

Kata-kata Cikgu Hanafi membingungkan semua pelajar di dalam kelas itu. Kenapa guru disiplin ini mahu pergi. Tidak pernah walaupun sesaat dia meninggalkan kelas mereka apabila dia ditugaskan untuk menjaga kelas mereka.

      "Aqil ada buat masalah ke? " bisik gusar Fairuz.

Dia dan rakan-rakan yang lain sudah lali masuk ke dalam bilik disiplin. Namun jarang sekali antara mereka berempat kecuali Iman di arah masuk ke dalam bilik disiplin seorang diri.

      "Mm.. Maybe pasal Iman Kut" bisik Fahmi.

Fairuz baru teringat akan apa yang diceritakan oleh Aqil. Kini mereka sudah mengetahui segalanya tentang rahsia Iman kecuali status berkahwin Iman.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now