Part 18

3.4K 118 21
                                    

Pintu pejabat En Faiz diserbu oleh Iman sebaik sahaja dia tiba di pejabat En Faiz setelah mendapat khabar mengenai Shaza daripada Dania. Anak matanya mencari kewujudan Shaza setelah jumpa Iman mendekati Shaza.

     "Kau okey tak? " kata Iman dengan gaya yang agak gelabah.

  Bukan hanya Iman dan Shaza berada di situ, malah En Faiz dan Dania juga berada di dalam pejabat itu. Tidak bersuara Shaza walaupun sudah diberikan soalan daripada suaminya. Dipegang bahu Shaza oleh Iman, Iman juga menundukkan kepala ke bawah. Namun tidak lama selepas itu Iman kembali bangun berdiri dan berjalan pantas ke arah En Faiz lalu..

Pummmkkk!

  Satu tumbukan dihadiahkan Iman kepada En Faiz. Terkejut Dania yang berada di situ begitu juga dengan Shaza.

     "Aku dah kata! Jagakan Shaza baik² waktu aku tak ada! " kata Iman sambil menarik kolar baju kemaja En Faiz. Ditumbuk lagi En Faiz sehingga jatuh ke lantai.

  Hairan, En Faiz langsung tidak membalas walaupun pipinya mula berada sakit akibat tumbukan Iman. Pantas Dania mendekati En Faiz. Sekali lagi Iman mendekati En Faiz bagi memukul lelaki itu namun dia ditahan Shaza.

     "Cukup! Iman sudahlah! " kata Shaza. Dia mengunci pergerakan Iman dengan memeluk pinggang Iman dari belakang.

  Terhenti sudahlah Iman dari bergerak, dia menjatuhkan tangan yang ingin membelasah En Faiz namun bukan matanya. Mata Iman masih lagi memandang En Faiz dengan pandangan tajam. Dania berada di sebelah En Faiz, dia turut memandang Iman namun sedikit berada gusar kerana pandangan mata Iman ketika kelihatan serius dan agak menakutkan. Bengis wajah budak lelaki yang berumur 17 tahun itu.

  Iman melepaskan tangan Shaza dari memeluk pinggangnya lagi. Dia menarik tangan Shaza lalu mengambil beg tangan milik Shaza di tempat Shaza duduk sebentar tadi. Dia mahu membawa Shaza keluar dari situ.

     "Kali ni kau selamat! " kata Iman lalu beredar dari situ bersama-sama dengan Shaza.

  Dibantu oleh Dania untuk bangun semula. En Faiz memegang wajahnya yang sudah membengkak kerana tumbukan kuat Iman. "Faiz saya ambilkan ais! " kata Dania sebelum dia juga turut beredar dari situ. En Faiz hanya menganggukan kepala sahaja.

.
.
.

Erat genggaman tangan Iman menarik Shaza agar wanita itu mengikut rentaknya. Sekali lagi Shaza kembali diam tidak bersuara hanya pandangan mata sahaja yang diberikan Shaza. Diperhatikan Iman dari belakang. Apabila mereka berdekatan dengan motosikal Iman melepaskan genggaman lalu dia berpaling. Sebaik sahaja dia berpaling kemudian..

     "Kenapa kau ni b*d*h sangat ahhhhh?! " tengking Iman. Tengkingan Iman membuatkan Shaza tersentak.

     "Ak.. " Belum dapat Shaza bersuara dia terhenti dan hilang kata² apabila Iman memegang bahunya. Tepat Iman melihat anak mata Shaza.

     "Aku siapa? " tanya Iman. Shaza sedikit takut dengan renungan mata yang dilakukan Iman terhadap dirinya.

     "Shaza aku tanya, siapa aku?! " kata Iman dengan nada yang lebih tinggi apabila Shaza tidak menjawab soalan yang diberinya.

     "Kau.. Suami aku... " kata Shaza dengan suara yang kedengaran tergetar-getar. Takut dia tidak pernah melihat Iman begitu marah seperti itu.

  Tertunduk kepala Iman  setelah mendengar jawapan dari mulut Shaza. Dia kemudian kembali memandang Shaza.

     "Suami? Kalau aku suami kau kenapa kau langsung tak call aku? Kenapa Dania! Yang beria call aku?! Kenapa? " tanya Iman bertalu-talu. Tergamam Shaza melihat suaminya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now