Duduk memeluk lutut Maya sambil bersandar di pintu makmal komputer. Hari sudah semakin gelap dan masih tiada siapa yang hadir kebahagian blok itu untuk menemui mereka. Aqil menyepak serpihan kaca dan batu yang berada di jalannya. Dia hendak berbuat apa setelah terperangkap di dalam makmal itu.
Segala langkah Aqil diperhatikan Maya dengan wajah menahan geram. Dia mengeluh selepas itu.
"Ni semua salah kau! " marah Maya.
Terangkat sebelah kening Aqil, dia berpusing badan ke arah Maya. "Salah aku? Asal lak? " tanya kembali Aqil. Dia tidak berpuas hati dipersalahkan sebegitu.
"Ehhh Maya. Bukan aku yang ajak sorok dalam makmal ni. Kau ajak. Dan lagi satu kau juga yang bawa aku datang dekat blok ni.. Jadi semua ni salah kau! Bukan aku" kata Aqil mempertahankan diri.
Muncung mulut Maya apabila Aqil berkata demikian. Dia geram.
"Habis kita nak buat apa?! Tak akan nak duduk sini sampai esok kut? " tanya lagi Maya. Aqil mengeluh kecil.
"Aku pun tak naklah Maya. Tapi nak buat macam mana? Kita stay je lah dulu. Mana tahu nak ada yang perasaan kita hilang, mesti diorang cari kita punya.. " kata Aqil.
Dia mula berasa bosan. Aqil kemudian duduk di sebelah Maya tetapi masih kelihatan jarak di antara mereka. Masa berjalan, hari makin lama makin gelap sehinggakan tiada lagi cahaya matahari masuk melalui cermin lut sinar yang berada di pintu makmal. Keadaan di dalam makmal makin lama makin gelap.
"Aku nak cari lighter jab. Kut² ada ke dalam makmal ni. Tak delah gelap sangat" kata Aqil kemudian bangun untuk mencari apa yang dimahunya.
"Hey Qil! Jangan tinggal aku! " kata Maya. Segera dia bangun lalu mengikuti Aqil.
Mereka masuk ke dalam bilik kecil terdapat di dalam makmal tersebut. Bilik itu dahulunya adalah bilik untuk guru namun disebabkan makmal itu sudah lama tidak digunapakai. Bilik tersebut penuh dengan fail² lama serta komputer yang sudah rosak.
"Wah teruknya bilik ni?" kata Aqil sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam makmal berkenaan.
Aqil mendekati laci meja guru yang ada di situ. Dia mencari sesuatu benda yang berguna. Sementara Aqil mencari, Maya berjalan sekitar bilik itu memerhatikan setiap pepenjuru. Secara tiba² Maya menjerit sambil berlari menuju ke arah Aqil.
"Ahhhh! Aqil! " kata Maya. Bingkas Aqil bangun berdiri.
Belum sempat dia berkata apa, Maya secara tiba menarik bajunya sehingga membuat Aqil hilang keseimbangan badannya. Dengan berpaut pada tubuh Aqil, Maya dan Aqil masing hilang keseimbangan dan jatuh sehingga mengena almari lama yang berada di dalam bilik itu. Hal itu menyebabkan, barangan lama seperti kotak jatuh dari tempat tinggi sehingga mengena kepala Aqil.
"Adoiii"
Mengadu kesakitan Aqil apabila kotak yang sederhana berat menimpa kepalanya. Nasib baik hanya beberapa barangan sahaja yang berada di dalam kotak tersebut.
"Aqil.. Maaf aku tak sengaja. Aku nampak labah-labah tadi" kata cemas Maya. Lantas dia bangun berdiri.
"Hupss! Tak apa" kata Aqil. Walaupun geram, dia malas untuk bertengkar mulut dengan Maya. Lagi² di dalam keadaan yang samar-samar kerana tiada langsung cahaya yang ada.
"Ehh? Maya" panggil Aqil.
"Apa? "
"Aku dah jumpa lighter! " kata Aqil dengan senang hati.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...